Wani pusing pandang naqib
"Saya okey, cikgu tak payah risau" kata wani lemah dan sambung masukkan buku dalam beg
Naqib angguk dan tengok wani
-skip-
Mereka ke sekolah seperti biasa
And yes that time wani demam naqib cuba halang wani supaya tak pergi sekolah tapi wani taknak dengar
Setiap hari semua pelajar dan guru akan berada di tapak perhimpunan
Ketika semua pelajar berdiri, tetapi hanya wani sahaja yang duduk. Seorang pengawas datang ke arah wani dan mencangkung depan wani
"Kenapa duduk?" Tanya pengawas tu
"Tak larat, demam" jawab wani lemah
"Dah tahu demam datang sekolah kenapa? berdiri!! nanti tak larat pergi bilik sakit" arah pengawas ni masih lemah lembut
Wani pun angguk je, Wani mula berdiri dengan perlahan.
Pengawas yang tadinya mencangkung mula nak berdiri, Tiba tiba wani rebah dan pengawas ni sempat sambut wani
Semua pelajar dekat situ pandang ke arah wani dan pengawas tu
Disebabkan ramai pelajar pandang ke arah mereka, cikgu yang berucap atas pentas pun pandang
"Dekat belakang tu kenapa?" Tanya cikgu atas pentas tu
"Ada pelajar pengsan" jawab salah seorang dari mereka
"Wani? wani bangunlah" kata pengawas tu dan tepuk pipi wani perlahan
"Bawa dia pergi bilik sakit" kata guru bertugas tu
Ameer cuba nak bantu pengawas tu tapi pengawas tu lebih awal cepung badan wani gaya bridal style dan tinggalkan kawasan tapak perhimpunan
Ameer dapat dengar la yang ada pelajar cakap cakap dekat situ
"Wah!! sweet gila wei abang hilmi tu" puji salah seorang pelajar dekat situ
Ameer melangkah masuk dalam barisan semula
Bilik sakit sebelah bilik guru
Masa naqib baru keluar bilik guru dia nampak seorang pengawas cepung badan wani dan menuju ke bilik sakit
Naqib melangkah ke bilik sakit, dan dia nampak hilmi dah pun baringkan wani atas katil
"Kenapa ni?" Tanya naqib
"Ouh assalammualaikum cikgu, wani pengsan" kata hilmi
"Waalaikummusalam...ouh okey awak boleh pergi, tak elok berdua dalam ni" kata naqib
Hilmi mengganggukkan kepala dia dan mula keluar dari bilik sakit tu
Naqib melangkah ke katil yang wani baring, selimut dicapai dan dia menyelimuti wani
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
RomanceDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...