"Wani nak pindah sekolah" kata wani
Mama dan papa dia terkejut dengan hasrat anak dia ni
"Wani kamu ni dah kenapa? Tiada angin tiada ribut tiba tiba nak pindah sekolah..sekolah kamu sekarang okey sajakan" kata mama geram dengan perangai wani
"Ma..buat apa lagi stay dekat situ..kalau suami wani sendiri tak ingat wani..wani rindu dia tahu tak" kata wani
"Tu la papa cakap, stay je dengan naqib dekat sana kamu taknak" kata papa pula
"Pa, buat apa kalau stay sana.. entah dia buat wani ni macam tunggul" kata wani lagi
"Sekurang kurangnya dia memang tahu yang kamu ni isteri dia" kata papa
"Ishhh....ma please nak pindah sekolah" rayu wani
"No..tahun depan je tinggal untuk spm. lepastu dah tak sekolah situ dah" kata mama
Wani mencebik dia berdiri dan panjat tangga masuk dalam bilik dia
-skip-
-makan malam-
Dalam wani dalam bilik tengah buat latihan matematik tambahan tiba tiba pintu bilik dia diketuk, Wani pun bangun dan buka pintu bilik dia
"Sayang turun makan jom" kata mama
"Mama papa makan dulu, nak study dulu" kata wani
"Makan dulu sayang, baru study" kata mama
"Fine..tunggu jap nak kemas" kata wani dan melangkah dekat meja study dia
Mama wani setia tunggu wani depan pintu, Lepas wani dah siap kemas meja study dia, dia dapatkan mama dia semula
Mama dia tutup suis lampu dan aircond bilik wani
Mereka turun ke meja makan sama sama
Sesampai sahaja wani dekat meja makan dia terkejut bila keluarga mertua dia dekat situ bersama naqib
"Wani tak lapar lagi" kata wani dan dia nak larikan diri tapi mama dia halang
"Jangan nak mengada..duduk" arah mama
Wani buat muka monyok dia dan duduk dekat meja makan, Sebenarnya dia taknak duduk sebelah naqib tapi terpaksa
Naqib yang dekat sebelah je pandang je wani
"Cikgu dah kenapa pandang saya? Sakit?" Tanya wani malas
"Saja...sebab mama saya cakap awak isteri saya..jadi salah ke saya nak tengok isteri saya ni?" Kata naqib
"Bila kita kahwin? Saya kalau boleh taknak kahwin..spm tak lepas dah kahwin..cikgu ni salah orang kut....kalau cikgu nak kahwin sangat..tu cikgu alisya ada..cikgu amira ada pergi la kahwin..dah gila ke nak kahwin dengan pelajar sendiri?" Bebel wani
Masa tu keluarga wani dan keluarga naqib tengok je diorang tapi diorang taknak masuk campur sebab cara ni je nak bagi naqib ingat semula
"Kahwin dengan cikgu alisya? Taknak cikgu...dah la acah cantik, sexy sorry not my taste" kata naqib
"Not my taste konon...ha kalau taknak cikgu alisya tu cikgu amira ada pergi la" kata wani lagi
"Ha cakap pasal cikgu amira, dia dah ada pakwe belum?" Tanya naqib
Retak hati wani bila naqib tanya dia soalan tu
"Cikgu tanya saya buat apa? Tanya la dia sendiri" kata wani marah
"Wani!" Tegur mama
"Apa?" Kata wani dan pandang mama dia
"Naqib suami kamu, kenapa nak tinggikan suara" tegur mama
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
RomanceDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...