"Encik naqib kenal dengan ahmad syamsul?" Tanya anggota polis itu Naqib geleng kepala dia
Tapi wani dekat sebelah dah membuntang mata dia bila nama cikgu syamsul iaitu cikgu yang hampir rogol dia
"Betul ke encik naqib tak ingat?? Sebab dia yang langgar encik naqib sebulan yang lepas" kata anggota polis itu
"Boleh saya cakap?" Sampuk wani
Mereka yang ada dekat ruang tamu tu pandang ke arah wani, Amira yang dari dapur ke ruang tamu turut pandang wani
"Boleh" kata polis itu
"Saya kenal cikgu syamsul..cikgu naqib pun kenal..tapi semua tahu kan cikgu naqib tak ingat sebab dia amnesia..." kata wani
"Okey then, boleh wani cerita siapa dia? Dan tahu kenapa dia langgar naqib? Abang saudara awak?" Tanya polis itu
"Haritu waktu balik kem...cikgu syamsul hampir nak rogol saya...and that time cikgu naqib datang selamatkan saya dari kena rogol...sampai sekolah cikgu naqib tumbuk, sepak cikgu syamsul..lepastu esoknya cikgu syamsul kena pecat..dan masatu cikgu syamsul ada cakap yang dia akan balas dendam..sebabtu ke cikgu naqib kena langgar?" Cerita wani..masa dia cerita airmata dia bertakung sebab dia ingat balik moments yang dia hampir kena rogol tu
Amira nampak airmata wani bertakung, amira datang dan peluk wani untuk tenangkan anak murid dia ini.
Kedua anggota polis tu angguk tanda faham dengan cerita wani tu
"Saya ada tanya syamsul ni..dan dia cakap ada orang upah dia...selain itu cik wani tahu siapa musuh encik naqib?" Tanya polis itu dekat wani
Wani geleng dan lap air mata dia
"Encik tak cuba tanya dia, siapa yang upah dia?" Tanya amira
"Kami dah tanya banyak kali, dia taknak cakap" kata polis itu
Amira mengeluh
"Sekarang saya nak minta tolong cik amira dan wani boleh?" Tanya pegawai polis ni
Wani dan amira pandang polis ni
"Boleh tolong apa?" Tanya amira
-skip-
Pihak polis mula balik dan kini dekat rumah naqib hanya tinggal amira dan wani
"Cikgu, pergi la naik atas mandi" suruh wani
"Sekejap, saya tak larat...saya pening kepala ni" ujar naqib lemah.
Wani kan duduk sebelah naqib, Jadi naqib baring dan dia letak kepala dia dekat atas peha wani
Terkejut wani dibuatnya, malah Amira hanya tengok je wani dan naqib
"Picitkan kepala saya kejap" pinta naqib sambil pejam mata
"Ish apa ni..tak malu erk? Dah la depan cikgu amira" kata wani dan cuba tolak kepala wani
"Buat apa nak malu? Dah la cepat urut saya pening kepala ni" arah naqib
"Ishhh ye la" kata wani dan mula urut kepala naqib
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
RomanceDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...