32 - amnesia

8.3K 206 71
                                    

Tiba tiba wani nampak naqib dah buka mata dia

"Abang!" Jerit wani kuat

Mama dan papa yang nak keluar tu masuk balik dapatkan menantu dia

"Saya panggilkan doktor" kata cikgu amira dan keluar dari wad naqib tu

Wani terus genggam tangan naqib sambil menangis, Naqib yang dah buka mata tu pandang je wani

Selang beberapa minit cikgu amira datang dengan doktor, Wani ketepi dan bagi doktor tu hampiri naqib

Doktor tu bawa keluar torchlight dan suluh mata naqib

"Boleh saya tahu nama encik apa?" Tanya doktor tu dekat naqib

"Naqib" jawab naqib

Doktor tu senyum

"Encik ingat mereka semua?" Tanya doktor tu

Naqib angguk dan mata dia pandang wani

"Tapi saya tak kenal yang sebelah doktor ni" kata naqib

"Boleh saya tahu umur encik sekarang berapa?" Tanya doktor ni lagi

"22 tahun" jawab naqib

Mata mereka semua membuntang bila naqib cakap macam tu

Doktor tu diam dan pandang wani

"Encik rest dulu ye..jangan banyakkan gerak" kata doktor tu

Naqib angguk je

Doktor tu dapatkan papa naqib dan papa wani

"Boleh saya bercakap dengan encik berdua?" Kata doktor tu

Papa naqib dan wani angguk dan mereka bertiga keluar dari wad tu

Wani pulak dah dapatkan mama dia

-luar wad-

"Kenapa ye doktor?" Tanya papa naqib

"Anak encik mengalami amnesia..... sekarang umur dia dah 24 tahun dan bila dia sedar tadi dia ingat yang umur dia 22 tahun..maknanya dia hanya ingat masa umur 22 tahun je...selepas dari tu dia tak ingat" kata doktor ini

Papa wani mengeluh

"Saya faham..tiada cara lain ke supaya dia ingat yang lain?" Tanya papa naqib

"Ada iaitu kamu cuba ingatkan apa yang berlaku pada dia lepas pada tu..tapi saya harap tak boleh nak memaksa sebab takut dia akan sakit kepala bila dia cuba ingat" pesan doktor ni lagi

Mereka berdua angguk tanda faham

"Saya pergi dulu,kalau ada apa apa panggil saja saya atau nurse yang lain" kata doktor tu dan salam dengan papa wani dan papa naqib

Doktor ni mula beredar

Kedua dua papa ni masuk dalam wad naqib semula, Mereka berdua nampak yang masing masing dalan wad tu diam membisu

"Pa" panggil naqib perlahan

Papa naqib hampiri dia

"Iye?" Tanya papa

"Siapa diorang? Naqib tak kenal pon" kata naqib dan pandang keluar wani

"Mak dan ayah mertua kamu" kata papa

"Bila naqib kahwin? Kalau ye naqib kahwin mana isteri naqib?" Tanya naqib

"Wa-" ayat papa wani tak habis bila naqib bersuara

"Amira ni ke isteri naqib?" Kata naqib dan pandang amira

Amira, wani dan mereka semua terkejut dengan apa yang naqib cakap

[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now