"ingat nak buat roti sosej. Tadikan kita ada beli sosej dengan roti...Cuma tepung dengan breadcrumb je takde" kata wani
"nak abang pergi beli ke?" tanya naqib
"tak susahkan ke?" tanya wani pula serba salah.
"takdelah, Kejap abang ambil kunci kereta dengan dompet" kata naqib dan berdiri lalu panjat tangga menuju ke biliknya
Selang beberapa minit naqib turun semula
"sayang nak breadcrumbs warna putih tu erk?" tanya naqib
"aah...Tepung tak kesah brand apa je" kata wani
"okay! Ni kalau nak main laptop ni main la" kata naqib dan mula keluar dari rumah
Pintu rumah dikunci dan naqib mula ke kereta dan menghidupkan kereta lalu meninggalkan kawasan perumahannya
Wani melangkah ke ruang tamu semula dan duduk menghadap laptop naqib dan wani mula buka youtube dilaptop naqib tu
-skip-
Selepas 30 minit naqib balik dengan barang ditangan. Naqib masuk kedalam rumah
"sayang nah ni barangnya" kata naqib dan bagi barang tadi dekat wani
Wani sambut dan dia terus ke dapur. Wani ambil 5 batang sosej dan mula rebus. Sementara tunggu sosej direbus, Roti diambil dan kulit roti dibahagian tepi dipotong.
Wani potong bucu tepung sikit dan dituang dalam 1 mangkuk kecil lepastu dicampur sikit air untuk dijadikan gam untuk roti sosej itu
Selepas sosej tadi dah siap rebus...Wani tutup api dan mula tapis sosej tadi di singki
Naqib masuk dapur dan tengok je wani buat kerja
'lincah jugak dia dekat dapur' puji naqib sambil melihat gelagat isteri dia seperti kipas kudung didapur.
"nak abang tolong ke?" tanya naqib dan hampiri isterinya.
"eh tak payah..Wani boleh buat sendiri..cikgu duduk la dekat depan..Kejap lagi dah siap semua wani bawa pergi depan" kata wani
Naqib hanya angguk sahaja dan wani sengih dan sambung buat kerja dia tadi
Wani mula potong sosej tadi ke 3 bahagian, kemudian wani ambik sosej yang dah potong tadi dan letak diatas roti dan balut. Lepastu wani calit sikit tepung dan letak dihujung roti tadi jadikan gam
Dah siap semua
Wani ambil 2 biji telur dan basuh telur dulu lepastu dia pecahkan dalam 1 lagi mangkuk besar
Dalam telur tu diletaknya garam sikit dan sedikit serbuk lada. Garfu dicapai dan mula gaul telur tadi.
Roti sosej yang dah siap dibalut tadi mula dicapai dan diletakkan dalam telur tadi
Lepastu breadcrumbs yang naqib beli tadi diletakkan dalam 1 mangkuk lagi dan roti yang disaluti telur tadi dimasukkan ke dalam breadcrumbs tadi
Wani mula capai minyak dan dituangkan kedalam kuali
Api dibuka
Selepas minyak tadi panas wani mula goreng roti sosej tadi dan dah siap
Setelah semuanya selesai wani bawa ke depan dan letak dihadapan naqib dengan senyuman bangga.
"ni ke sayang masak?" tanya naqib
"iye...cikgu makan la" ujar wani
Naqib capai 1 roti sosej tadi dan gigit sikit
"macam mana cikgu? Okay tak?" tanya wani
"okay...Sosej lembut....Tak hangit sangat..." kata naqib
Wani sengih dengan pujian naqib tadi dan dia mula mengambil 1 roti sosej dan terus ngap kedalam mulutnya.
"Awak kata tak reti masak" kata naqib
"memang la" balas wani sambil mengunyah.
"ni boleh je" kata naqib
"ala benda ni simple..Semua orang boleh buat" kata wani dan pandang tv
"apa lagi yang wani boleh masak?" tanya naqib
"erm bihun goreng,nasi goreng,cucur bawang,roti sosej ni,murtabak maggie,kek kukus oreo ni je la setakat ni...Ha lagi 1 sambal ikan bilis" kata wani dan capai lagi 1 roti sosej
"banyak la tu..Mesti sedap kan wani masak" kata naqib
"tak!! Tak sedap pun!!" kata wani
"mana wani tahu tak sedap?" tanya naqib
"haritu mama dan papa balik lambat..Wani try masak sambal ikan bilis dengan telur dadar" cerita wani
"okay lepastu?" tanya naqib yang berminat dengan cerita wani
"papa kata sedap...Sedangkan time tu telur dadar hitam,ikan bilis keras" kata wani
"ha kan papa kata sedap tu" yakin naqib
"papa ambil hati je tu! Wani sendiri tak lalu nak makan benda tu, Papa dan mama makan dengan penuh selera" kata wani lagi
"mungkin bagi wani. Tapi bagi mama dan papa lain...Ye la wani dah masak untuk diorang, nak buang takut wani sedih tu yang diorang makan jugak tu" kata naqib
Wani diam dan sibuk kenyangkan perut dia
"so malam ni wani nak makan apa?" tanya naqib
"cikgu pandai masak apa?" tanya wani
"benda simple...." kata naqib
"erm cikgu masak je la apa apa...Wani tak kesah..Yang penting kenyang" kata wani
Naqib sengih dan angguk
"wani naik atas dulu pergi mandi..Lepastu ambil wudhuk kita asar sekali" kata naqib
"okay!! Ni nanti dah habis nanti cikgu basuh pinggan erk" kata wani dan panjat tangga ke biliknya
Naqib angguk dan mengambil roti sosej terakhir dan masukkan kedalam mulutnya.
Laptopnya ditutup dan dia bangun bersama dengan pinggan ditangan. Naqib ke dapur dan membesar matanya bila dapur dia bersepah sangat. Naqib hembuskan nafas dia dan melangkah ke singki dan mula membasuh mula basuh semua benda yang wani pakai tadi
-skip-
Setelah itu, naqib dan wani berjemaah sekali. Setelah selesai solat berjemaah, wani menyalami naqib seperti biasa
"petang ni nak buat apa?" tanya naqib
"petang macam ni wani selalu jogging" kata wani
"so nak ajak abang pergi jogging la ni?" tanya naqib
"eh tak pe..Wani boleh pergi jogging seorang diri je. Mana tahu cikgu busy" tolak wani
"Abang mana ada kerja...Kerja tadi dah siap dah..Now nak layan isteri abang yang comel ni je" ujar naqib dan cubit pipi wani
"adoi cikgu sakit la" adu wani dan gosok pipi dia yang kena cubit tadi tapi hanya naqib jelir lidah
"pergi siap..Kita pergi jogging" kata naqib
"okay" jawab wani dan keluar dari bilik naqib bersama dengan telekung.
-skip-
-TASIK-
mereka berdua sudah pun bersiap dengan pakaian sukan.
Mereka mula berjogging berdua ditasik itu. Wani dah kehadapan dulu manakala naqib pula dibelakang.
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
Storie d'amoreDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...