13 - cikgu baru

9.9K 201 6
                                    

Dan sebaik sahaja wani sampai dihadapan pagar sekolah, dia nampak kelibat ameer yang dah pun berdiri dekat situ dan laju sahaja kaki wani hampiri dia

"awak tidur rumah siapa?" tanya ameer

Terkejut wani dengan pertanyaan ameer tu

"rumah abang saya..Kenapa?" tanya wani

"tapi kenapa saya datang rumah awak tadi mama awak cakap awak tidur rumah naqib...Siapa naqib??" tanya ameer dengan nada cemburu dia

"erm ouhh tu rumah abang saya la....Abang saya naqib" kata wani cover

"naqib tu abang awak..Naqib abang awak dengan cikgu naqib orang yang sama ke?" tanya ameer inginkan kepastian tapi kaki mereka tetap juga melangkah ke kantin.

"haah" kata wani

"tapi tak silap saya nama ayah awak dengan nama ayah cikgu naqib lain..Macam mana dia boleh jadi abang awak?" kata ameer

"eh saya lupa harini saya bertugas..Saya masuk kelas dulu ye, bye!! Jumpa waktu rehat nanti" kata wani dan tinggalkan ameer dekat situ.

Jantung wani berdegup kencang bila dia kena bersoal jawab dengan ameer

"baru rapat dah banyak soal" bebel wani

"siapa yang banyak soal?" tanya seseorang

"ada la orang tu" jawab wani yang dia tak pernah tahu pun siapa yang tanya dia soalan tu

"siapa?" tanya orang itu lagi

"kau siapa menyebuk nak tahu hal ora-" ayat wani tak habis bila dia pusing je belakang, ada naqib dekat belakang dia.

"im your husband..So can i know who are u talking about?" tanya naqib dalam nada perlahan dan bongkok depan wani

"ada la orang tu...Dah la nak masuk kelas, wani bertugas" kata wani dan terus berlari masuk dalam kelas

Naqib berdiri tegak semula dan gelak dengan tingkah laku wani tadi

"cikgu naqib!" panggil seseorang dan naqib pusing pandang student yang panggil dia tadi

"iye kenapa?" tanya naqib dekat student tu

"cikgu boleh tak datang rumah saya malam ni?" tanya student tu

"ha kenapa?" tanya naqib blurr

"saya nak minta cikgu jadi cikgu tusyen saya boleh?" tanya student itu lagi

"tasha..Bukan tak boleh tapi saya bukan cikgu tusyen..Saya cikgu sekolah" kata naqib

"bukannya cikgu ajar saya free...Mak ayah saya bayar....Please boleh erk cikgu" rayu tasha

"bukan soal duit tapi-" ayat naqib tak habis bila tasha potong

"exam pertengahan tahun nak dekat..Dan saya taknak gagal....Cikgu ajar seminggu 3 kali pun dah cukup...Kalau cikgu setuju nanti saya cakap dengan mak saya" kata tasha tak putus asa.

"esok atau lusa nanti cikgu bagi jawapan boleh?" tanya naqib

"boleh je cikgu!! Terima kasih cikgu byee" ucap tasha gembira dan berlalu tinggalkan naqib

Naqib lepaskan lelah dia dan dia menuju ke bilik guru. Sebaik sahaja naqib masuk bilik guru, dia nampak ada 2 orang guru yang dia tak pernah nampak sebelum ni. Naqib abaikan 2 orang guru tu dan duduk dekat tempat dia, selang beberapa minit 2 orang guru itu datang dekat meja dia

"assalammualaikum, saya cikgu anita dan ini cikgu amira. Kami baru dekat sini" kata cikgu baru itu

Naqib berdiri dan senyum dekat 2 orang cikgu itu

[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now