"Ameer, awak buat apa dekat sini?" Tanya wani dan lambai dekat ameer
Ameer masuk ke dalam kelas wani
"Tunggu awak rehat sekali" kata ameer
"Ouh sekejap saya kemas barang jap" kata wani dan masih simpan alat tulis dia
"Jom" ajak ameer bila wani dan intan dah siap simpan alat tulis
Wani dan intan ikut ameer dan mereka sama sama ke kantin, Ameer jalan seiringan dengan wani
"Wani....kalau saya tanya awak..awak jangan marah erk?" Tanya ameer dekat wani
"Awak nak tanya apa?" Tanya wani
"Pasal last day ki-" ayat ameer tak habis bila seseorang tarik tangan dia
Ternganga wani bila ada orang tarik tangan dia
"Wei intan asal kau tarik aku ni" kata wani
Intan diam dan masih tarik wani
Lepastu mereka berhenti, Wani dongak pandang atas dan depan dia kini ialah cikgu amira
"Wani...saya nak minta tolong awak ni" kata cikgu amira
"Tolong apa cikgu?" Tanya wani
"Boleh ikut saya ke bilik guru tak?" Tanya cikgu amira
"Tapi sekarang waktu rehat" kata wani dan sengih sambil tunjuk ke arah kantin
"Ya allah lupa pulak cikgu..ni lepas rehat kamu datang bilik guru ye" kata cikgu amira
"Ouh okay boleh je" kata wani dan sengih
"Terima kasih ye" ucap cikgu amira
"Sama sama" kata wani dan mereka berdua tinggalkan cikgu amira
Wani pandang intan
"Kau kenapa tarik aku? Kau boleh je kan tolong cikgu amira" kata wani dan pukul lengan intan
"Memang la..tapikan tak elok kau berduaan dengan ameer" kata intan
"La kenapa pulak??" Tanya wani
"Sebab nanti-" ayat intan tak habis bila ameer diri depan mereka berdua
"Cikgu amira nak apa?" Tanya ameer
"Minta tolong..tapi tak tahu tolong apa...erm lepas rehat nanti saya pergi jumpa dia balik" kata wani
Ameer angguk je wani cakap tu
"So shall we?" Tanya ameer
Wani gelak dan mereka melangkah ke kantin semula
-skip-
Wani dan intan ke bilik guru
"Iye nak jumpa siapa?" Tanya naqib yang kebetulan nak masuk ke dalam bilik guru
"Cikgu amira" jawab intan
Naqib angguk dan dia masuk dalam bilik guru, Selang beberapa minit naqib dapatkan intan dan wani semula
"Cikgu amira suruh masuk" kata naqib
Wani dan intan buka kasut lepastu masuk dalam bilik guru, Well bilik guru diorang moden sikit,berkarpet sebab tu kena buka kasut
Wani dan intan terus menuju ke tempat cikgu amira
"Iye cikgu kenapa?" Tanya wani sebaik sahaja mereka berdiri sebelah meja cikgu amira
"Cikgu bahasa inggeris kamu kan cuti bersalin,jadi saya akan ganti untuk 3 bulan" kata cikgu amira
"Ouh okey cikgu" kata wani dan sengih
"Ha kamu wani berdua ambil kotak tu....tu notes dengan latihan sekali..sepatutnya saya masuk kejap lagi..tapi saya terpaksa pergi kursus....dan wani saya nak awak collect duit...erm seorang ambil 1 salinan total rm4.80 je so nanti awak collect duit lepastu nanti bagi saya boleh?" Terang cikgu amira panjang lebar
"Boleh..cikgu kursus berapa lama?" Tanya wani
"almost 1 weeks..so dalam rabu minggu depan baru saya jumpa dengan classmate kamu" kata cikgu amira
"ouh okey okey" kata wani dan intan serentak
Wani dan intan mula angkat kotak yang cikgu amira cakap tadi
"Cikgu amira..kenapa tak panggil je budak lelaki kelas dia?" Tanya naqib dan pandang mereka bertiga
"Sebenarnya saya tak kenal lagi pelajar kelas wani...saya kenal wani je..sebabtu saya minta tolong dia..saya pulak lupa nak pesan suruh 2 orang budak lelaki datang sini" kata cikgu amira dan sengih pandang naqib
"Intan, kamu masuk kelas, panggil si asyraff dan saiful datang sini ambil kotak ni..berat kotak ni" suruh naqib
Intan angguk dan segera keluar dari bilik guru
"Ha wani, sebelum saya lupa, sepanjang saya takde ni, saya nak kamu suruh kelas awak buat latihan latihan ni" kata cikgu amira lagi dekat
"Okey cikgu baik" kata wani
Selang beberapa minit intan datang semula bersama asyraff dan saiful
"Ha kamu berdua angkat kotak ni" suruh cikgu amira
"Baik cikgu" kata mereka berdua serentak
Pelajar lelaki tadi mula angkat kotak tu
"Kamu 4 orang boleh pergi" kata cikgu amira
"Terima kasih cikgu" ucap mereka berempat dan mereka sama sama melangkah ke pintu bilik guru
-skip-
"Wani letak mana?" Tanya saiful
"Letak dekat meja depan ni" kata wani
Diorang dua pun letak la kotak tu dekat atas meja pelajar yang paling depan
"Korang" panggil wani dekat budak kelas dia
"Ni apa?" Tanya hidayah
"Kan cikgu syafikah cuti bersalin,jadi cikgu amira akan ganti kelas bahasa inggeris kita..so ni notes yang cikgu syafikah bagi dekat cikgu amira, dan cikgu amira bagi kita...tapi aku kena collect seorang rm4.80...bayar bebila pun boleh.....and kalau boleh kena bayar dalam minggu ni la" kata wani jerit depan kelas
"Sekarang kan waktu english, mana cikgu amira?" Tanya tehah
"And cikgu amira pulak pergi kursus 1 week...but dia ada tinggalkan kita kerja je" kata wani
"Yeah boleh buat dekat rumah" kata mereka
"So korang meh sini ambik ni...ni ada notes sekali dengan latihan" kata wani dan mula mula permukaan atas kotak yang mereka bawa tadi
Wani bagi seorang satu
-skip-
-rumah (malam)-
wani tengah baring atas katil sambil layan youtube dekat hp dia
Manakala naqib pulak dekat sebelah dia buat kerja dekat laptop, Setelah selesai naqib buat kerja dekat laptop tu, dia tutup laptop tu dan pandang wani
Actually dia nak cakap something dekat wani, tapi dia tak tahu nak mulakan macam mana
"Erm wani" panggil naqib
"Hurm?" Sahut wani tapi mata dia still fokus dekat handphone
"Kan cuti sekolah dah nak mula....wani ada nak buat apa apa tak?? Or bercuti dekat memana ke?" Tanya naqib
"Entah la...cuti macam tak cuti je rasa nanti" kata wani
"Why?" Tanya naqib
"Kan next year dah spm..so mesti la time cuti ni cikgu cikgu nak buat kelas tambahan bagai" rungut wani dengan mata still fokus dekat telefon
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
RomansDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...