23 - tergeliat

8.1K 188 19
                                    

-malam-

Mereka semua berkumpul seperti yang diarahkan oleh cikgu alisya

"Okey aktiviti malam ni ialah memasak...jadi kami cikgu cikgu dah sediakan bahan makanan,tempat masak semua. kamu semua perlu masak je dan hidupkan api sendiri" kata cikgu syamsul

Mereka semua angguk tanda faham

"Jadi saya minta 2 orang dari setiap kumpulan datang kedepan dan ambil barang barang ni" kata cikgu syamsul

Ameer tarik tangan wani supaya ambil barang tu

Wani yang ditarik tu pun ikut je

Sebenarnya naqib nampak tapi nak buat macam manakan, dia geram geram jugak tapi ditahankan geramnya tu

"Semua dah ambil?" Tanya cikgu alisya

"DAH!!!" jawab mereka semua

"Jadi kamu boleh pilih tempat nak masak dekat mana....tapi kayu api kamu kena cari sendiri..kami hanya akan beri pemetik api dan surat khabar sahaja..faham?" Kata cikgu syamsul

"Faham!!" Jawab mereka semua lagi

"Jadi boleh pilih tempat kamu" kata cikgu syamsul

Semua pelajar mula pergi dekat tempat yang mereka nak masak

-kumpulan wani-

"Group kita dapat sardin, telur, beras" kata naqib

"Aah..jadi macam mana cikgu?" Tanya ameer

"Kumpulan kita ada 6 orang....termasuk saya 7 jadi kita pecahkan kepada 2 kumpulan...ameer,saya,helmi cari kayu api..selebihnya bahagian masak..kamu syarif stay sini tolong pelajar perempuan mana yang boleh tolong..boleh?" Terang naqib panjang lebar dekat kumpulan dia

"Boleh cikgu" jawab mereka perlahan

"Jadi jom pergi sekarang" kata naqib dan berdiri diikuti ameer dan helmi

Mereka bertiga mula masuk dalam hutan dan mula cari kayu api

Kumpulan lain pun mula melakukan aktiviti yg sama, Wani dengan yang lain dekat tempat tadi

"Syarif...teman aku jom"ajak wani

"Pergi mana?" Tanya syarif

"Basuh sardin dengan beras ni" kata wani

Syarif angguk dan dia ikut langkah wani

Mereka berdua jauh sikit dari tempat situ sebab nak basuh sardin dengan beras.

Lepas tu, mereka berdua patah balik nak pergi tempat tadi..tapi entah macam mana kaki wani terpelecet

"Argh!" Adu wani dan terus terduduk atas tanah

"Wani kau okey tak?" Tanya syarif risau.

Wani angguk tapi muka dia tahan sakit

"Jom sini aku tolong" kata syarif yang nak bantu wani

"Takpe..sikit je" kata wani muka tahan sakit

Syarif abaikan apa yang wani cakap

Dia mula dirikan wani dan letak tangan kiri wani dekat leher dia manakala tangan kanan syarif dia letak dekat sisi perut

Tangan kanan wani pulak pegang bekas yang ada sardin dengan beras dalam tu

Sampai je tempat masak tadi, syarif dudukkan wani dekat batang pokok terbiar dekat situ

"Kau duduk sini,biar aku panggilkan cikgu" kata syarif dekat wani

Bekas yang ada sardin tadi diambil olehnya

"Tak payah,ni sikit je la" kata wani

Syarif abaikan dia dan terus tinggalkan wani dekat situ

Selang beberapa minit naqib, ameer dan helmi datang balik dekat tempat tadi dengan kayu api

Syarif hampiri naqib

"Cikgu, kaki wani terpelecet tadi lepas cuci sardin tadi" kata syarif dan tunjuk dekat wani

"Macam mana boleh terpelecet ni" kata naqib risau dan terus ke arah wani

Naqib bongkok depan wani

"Mana kaki yang sakit tu?" Tanya naqib dan tengok kaki wani

Wani tunjuk kaki kiri dia. Naqib capai kaki kiri wani dan mula buka kasut sukan wani dan stokin, Naqib pusingkan sikit kaki wani tu terus wani cengkam baju naqib

"Sakit sangat ke?" Tanya ameer yang baru tiba dekat wani

Wani pandang ameer dan dia anggukkan kepala dia

"tahan jap" kata naqib dan mula pusingkan lagi kaki wani tu, Lagi kuat cengkaman dekat baju naqib tu

"Cikgu sakit" adu wani

"Saya tahu.... tahan sikit" kata naqib dan pusingkan lagi kaki dia tu

Wani muka berkerut tahan sakit

"Kamu buat apa sampai tergeliat kaki kamu ni" kata naqib dan mula urut kaki wani slow slow

"Basuh sardin dengan beras tadi, masa otw balik sini tak tahu macam mana boleh tergeliat" kata wani tapi muka dah nak menangis dah sebab sakit.

"Dah pakai balik kasut..kamu duduk sini jangan pergi mana mana dan jangan buat apa apa" arah naqib dan letakkan kaki wani atas tanah semula

"Ala bosan la tak buat apa apa" kata wani

"Kaki awakkan sakit, awak duduk je sini, kalau awak nak apa apa bagitahu saya" kata ameer

Wani hanya buat muka sedih dan anggukkan kepala dia

"Awak ni comellah" kata ameer dan cubit pipi wani

Masalahnya dia buat depan naqib, Terus membuntang mata naqib dan juga mata wani

"Dah sambung masak" kata naqib dekat ameer

Ameer sengih dan mula melangkah ke tempat masak tu

Naqib ikut langkah ameer

Hati dia dah mengelegak dah panas dengan ameer dan wani ni. Gila tak cemburu, isteri sendiri kena puji dengan lelaki lain masalahnya lelaki tu pulak crush isteri aku

Naqib pun tolong mereka masak. Sesekali mata naqib dapat tangkap yang ameer kerap ke wani

Bagi air la bagi tu la bagi ni la

"Ameer!" Panggil naqib

Ameer yang tadinya duduk sebelah wani atas batang pokok tu, Segera bangun dan hampiri naqib

"Ye cikgu?" Tanya ameer

"Boleh la minta pinggan dekat cikgu syamsul atau cikgu alisya" kata naqib dan pandang ameer

"Ouh okey sekejap" kata ameer dan dia berlari ke tempat keberadaan cikgu alisya

Naqib pandang wani

Dia nampak wani bukan main sengih lagi, Naqib pun melangkah ke arah wani

Naqib duduk sebelah wani

"Happy nampak" perli naqib

Wani agak terkejut bila naqib duduk sebelah dia

"Mestilah happy...crush ambil berat" kata wani dan mata dia still dekat ameer

Ameer yang tadinya ambil pinggan terus ke ahli kumpulan dia

Dia bagi pinggan sorang satu dan mereka mula makan

Selang beberapa minit ameer datang dengan 2 buah pinggan dekat tangan dia

"Wani, untuk awak" kata ameer dan bagi pinggan tadi dekat wani, Wani ambil huluran dari ameer itu.

[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now