58 - cerita sebenar

8.4K 220 25
                                    

"Asyraff dia sakit.. dia harap dia dapat jumpa awak dan dapat minta maaf dekat awak sebelum dia pergi" kata arsyad

Wani pusing pandang arsyad

"Kau serius ke ni? Tak tipu?" Tanya wani

Arsyad cepat cepat geleng kepala

"Hurm so sekarang ni kau nak bawa aku pergi jumpa twin kau la ni?" Tanya wani

Arsyad cepat cepat anggukkan kepala dia

"Okay tapi sekejap je. okay?" Kata wani

Arsyad segera anggukkan kepala dia

"Jom" ajak wani dan mereka sama sama gerak keluar dari kelas

-skip-

-Rumah Arsyad-

Setibanya wani dihadapan rumah arsyad dia ikut langkah arsyad dari belakang

"Jom la masuk" ajak arsyad

"Parents kau?" Tanya wani

"Papa aku kerja, ada mama aku je.. kau masuk la duduk dekat dalam, aku panggil mama aku" kata arsyad

Wani angguk.. kasut sekolah dibuka dan wani duduk dekat sofa yang berada diruang tamu. Wani hantar kelibat arsyad naik ke atas sehingga hilang

Selang beberapa minit seorang wanita yang agak berusia datang hampiri wani lalu laju sahaja Wani berdiri

"Wani, auntie rindu kamu" kata wanita itu segera memeluk wani

Wani yang masih terkejut dengan perbuatan ini hanya kaku berdiri di situ, kemudian pelukan dileraikan oleh wanita ni

"Arsyad suruh cik tipah buatkan air" kata wanita ini

"Baik ma" kata arsyad dan segera melangkah ke dapur

"Jom duduk" jemput wanita ini dan wani pun duduk

"Finally auntie jumpa kamu....terima kasih sudi datang sini...arsyad bagitahu auntie kamu masih sekolah dekat situ sebab tu auntie hantar dia seko-" ayat mama arsyad dipotong oleh wani

"Betul ke arsyad ada twin? Kalau ye kenapa saya tak pernah tahu?" Tanya wani straight to the point

"Iye arsyad ada twin" jawab mama arsyad

"Tapi siapa asyraff? Siapa dia? Saya tak kenal pun" kata wani lagi

"Asyraff ialah arsyad 2 tahun yang lepas" kata mama arsyad

"Ha?" Hanya ini yang keluar dari mukut wani

Pada masa itu arsyad yang dari dapur datang duduk depan mereka berdua

"Sebenarnya asyraff guna identiti saya untuk masuk sekolah tu...sebaik sahaja dia masuk sekolah tu dia nampak awak dan dia terus suka awak...tapi disebabkan farzana perempuan yang pernah jadi girlfriend dia, dia jadi tak tentu arah. sebab dia suka awak dan farzana pada masa yang sama.. sebabtu dia buat keputusan untuk buat benda tak sepatutnya dekat awak supaya awak jadi hak dia. tapi dia tak sangka awak lari daripada dia.. awak pindah rumah. awak tak datang sekolah almost 3 month..dia jadi tak tentu arah wani" cerita arsyad

"What?" Tanya wani tak percaya

"Ye saya tahu benda ni macam tak masuk akal...saya tahu semua benda...dia ceritakan semua benda dekat saya sampai yang dia hampir buat benda tak elok tu pun dia cerita dekat saya tapi dia cakap dia tak terniat pun nak buat macam tu...dia masih setia tunggu awak wani...dia pun tahu yang lepas awak cuti sebulan tu awak datang sekolah semula sebab nak ambil pt3 lepastu awak cuti balik sampai awal tingkatan 4..semua dia tahu..dia ada cari awak dekat rumah tapi awak sekeluarga dah pindah" cerita arsyad

Wani terdiam dengan apa yang arsyad cakap

"Wani, auntie tahu wani tak kejam nak benci dia..tapi auntie harap wani maafkan dia...auntie taknak tengok dia sengsara dekat sana nanti" ucap mama arsyad

"S..saya nak balik" kata wani

Arsyad dan mama arsyad terkejut dengan apa yang wani cakap ni

"Sory but i need to think.. please give me time....i need to go home" kata wani dan berdiri sambil capai beg sekolah dia

"Wani, auntie minta pak majid hantarkan"  kata mama arsyad lagi

"Takpe auntie, saya boleh balik sendiri" kata wani

Tangan wanita itu disalam dan dia terus keluar dari rumah tu. kasut dipakai dan dia terus keluar

"Ma!" Kata arsyad perlahan dan tengok wani yang dah jauh

"Mama pasti dia akan datang balik...kita bagi dia masa...nanti kamu pujuk la dia" kata mama arsyad

Arsyad angguk perlahan kepala dia

"Kesian adik ma" mata arsyad lagi

"Kita doakan baik baik" kata mama arsyad lagi

-skip-

Wani sampai rumah agak lewat dan dia nampak kereta naqib turut ada, Wani terus masuk rumah dan tak pandang naqib

"Pergi mana? Baru reti nak balik?" Tanya naqib dalam nada garangnya

"Wani ada hal, maaf tak bagitahu" ucap wani dan segera panjat tangga menuju ke bilik

Naqib yang pelik dengan nada suara wani dia turut panjat tangga dan masuk bilik

Naqib lambat bila wani dah pun masuk dalam bilik air

-skip-

Naqib setia tunggu wani sampai la wani keluar dari bilik air

Terkejut juga wani bila suami dia ada dekat dalam bilik tu

Wani abaikan naqib, dia melangkah ke almari baju, baju dicapai lepastu dia nak melangkah ke bilik air semula tapi naqib halang

"Sayang what wrong" kata naqib dan pegang kedua belah tangan isteri dia

Wani geleng dan dia tak pandang muka naqib, well mata dia bengkak sebab menangis. Naqib pegang dagu wani dan dia tolak naik keatas supaya wani tengok dia

"What wrong? Siapa buat? Kenapa menangis?" Tanya naqib risau bila dia nampak mata wani bengkak

Wani segera geleng

"Dont lie,tell me now" kata naqib

[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now