Naqib yang dah sampai rumah dia masih setia menunggu wani. Mereka tak balik sekali sebab takut kantoi dengan kawan dan guru dekat sekolah
Wani tarik nafas dan hembus bila dia dah pun tiba dirumah. Bila dah tenang dan relex dia masuk ke dalam rumah
Sebaik sahaja dia masuk dia nampak naqib dekat ruang tamu duduk atas sofa sambil tenung tv screen hitam tu. Wani tutup pintu rumah dan dia nak melangkah ke tangga
"kenapa degil sangat nak dengar cakap saya?" tanya naqib geram
"kenapa? Salah ke saya wakil sekolah?" tanya wani geram tapi dia tahan api kemarahan dia tu
"tak salah tapi yang salahnya niat wani tu!!! Wani pergi sebab ada ameer tu!!! Kalau dia tak terlibat, wani pun takkan pergi" marah naqib
"cikgu, saya tahu kita sekarang suami isteri!! Tapi saya pun ada hak nak tentukan hidup saya sendiri..Tak semestinya saya isteri cikgu, saya perlu ikut sebijik sebijik...Saya still remaja budak mentah!!! Saya dipaksa kahwin sebab arwah nenek dan mama..Kalau tak saya tak akan ada dekat rumah ni....Dan cikgu before this kita dah janji...Cikgu cari pasangan sendiri dan saya pasangan sendiri.....Tak semestinya kita akan kekal sampai bila bila....Saya taknak pun!!! Saya nak kawan dengan ameer....Cikgu nak kawan dengan cikgu alisya dan cikgu amira pergi la...Saya tak larang.. Kita ada kehidupan masing masing" bebel wani panjang lebar
"saya tahu...Tapi saya lelaki dan ameer pun lelaki..Saya boleh tengok dari muka dia perangai dia macam mana semua...Saya lelaki dewasa manakala ameer remaja....saya boleh agak yang dia cuba ambil perhatian wani perlahan demi perlahan dan last sekali wani jadi milik dia.....Dan saya tahu wani mesti tak tahu pasal ameer kan" naqib melepaskan geramnya
Kini tiada lagi panggilan abang dan sayang di mulut naqib
"memang wani nak dia jadi hak wani pun....Memang wani nak dia jadi suami wani...Suami yang wani cintai dan wani sayang...Bukan dengan cikgu yang dipilih oleh keluarga...Wani nak pilih pasangan hidup wani tapi semuanya dah musnah...Dah musnah tahu tak!!" jerit wani pulak melepaskan geram
"so wani masih tak tahu pasal ameer la kan?" kata naqib dan sengih sinis
"semua pasal dia wani tahu...Cikgu yang baru dekat sekolah tu takpayah nak memandai" kata wani geram
"memang cikgu baru dekat sini tapi tak bermakna cikgu tak tahu latar belakang student sendiri" kata naqib lagi
"dan untuk pengetahuan cikgu,tadi ameer yang selamatkan wani dari sekumpulan remaja lelaki yang dah kepung wani" kata wani dan pusing dan panjat tangga
Riak muka naqib tadi yang marah dan geram bertukar ke riak muka terkejut
'wani kena kacau dan dikepung?' dia mengulangi semula ayat wani tadi
"wani!!" panggil naqib tapi wani dah masuk bilik dah
Naqib pun panjat la tangga dan menuju ke bilik dia
Dia pegang tombol pintu biliknya tapi dikunci
"wani buka pintu ni!!" Laung naqib menguatkan suara dia
Wani diam tak berjawab dan pintu tak dibuka
"wani buka pintu ni!!" jerit naqib kuat
Dan keadaan pintu masih sama
"saya kira sampai 3...Kalau awak tak buka saya akan pecahkan pintu ni!! 1!!!!" kata naqib dan mula mengira
Sebaik sahaja naqib sebut nombor 2 wani buka pintu bilik itu
"dah pekak ke?? Orang suruh buka pintu tu buka la" jerit naqib
"orang dah bukak kan....Dah la....Tepi!!" kata wani dan dia nak keluar dari bilik tu tapi tak berjaya bila naqib halang dia
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
RomanceDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...