54 - intan

7.8K 227 22
                                    

Sebaik sahaja naqib masuk bilik dia nampak mama wani menyuap wani makan dalam keadaan wani sandar dekat kepala katil

"Ha naqib baru balik" kata mama sambil toleh pandang naqib

"Haah ada kerja sikit tadi, tu lambat tu" kata naqib dan hampiri isteri dan mak mertua dia

Mama masih menyuap wani makan.

"Ma, erm mari la mangkuk tu, biar qib pulak suap dia" kata naqib

"Eh takpe, dah nak habis dah ni" kata mama

Naqib anggukkan kepala dia dan tengok je mama dengan wani silih berganti

Selepas 3 suapan, wani dah pun habis makan

"Kamu berdua borak dulu lepastu bagi wani makan ubat, ni mama turun bawah dulu" kata mama dan mula berdiri

"Baik ma" ucap naqib

Mama wani terus keluar dari bilik wani tu

"Sayang, jadual kelas dah ada, nanti abang bagi"kata naqib

Wani angguk lemah. Wani diam dan cuba nak baringkan badan dia

Naqib cepat cepat tolong wani, sebelum wani merebahkan badan dia semula daripada tidir, naqib halang tindakan wani dulu.

"Sayang duduk jap, ni nak bagi makan ubat, takut sayang tertidur" kata naqib

Wani geleng lemah

"Sayang, kalau tak makan nanti lagi sakit, bila nak sembuh" kata naqib pujuk

Wani pun diam dan cuba bangun untuk duduk atas katil semula

Naqib pun tolong la

Naqib duduk sebelah wani, wani landingkan kepala dia dekat dada naqib

Naqib capai sepapan panadol dan dia keluarkan 2 biji

Lepastu naqib ambil segelas air tepi katil tu dan mula bagi dekat wani

Wani ambil sebiji panadol dan mula masukkan dalam mulut lepastu dia capai gelas yang ada dekat tangan naqib tu

Lepas dia dah telan sebiji, dia terus nak baring tapi laju sahaja Naqib tahan dia

"Sayang makan lagi sebiji" kata naqib memujuk

Wani geleng

"Sayang" panggil naqib

Wani hembuskan nafas berat dan ambil lagi sebiji dan telan dan lagi sekali minum air

"Ha macam ni la...so now sayang rehat" kata naqib

Wani pun terus baring atas katil

Naqib letak gelas tu dekat tepi katil semula dan dia betulkan selimut wani

Dahi wani dipegang sekejap untuk rasa suhu badan wani

"Panas lagi isteri abang ni, takpe la kejap lagi okey dah ni" kata naqib dan dia cium dahi wani

Wani tak melawan sebab dia dah rasa mengantuk

-skip-

Wani buka mata dari tidurnya. Dan kini wani tidur dengan keadaan mengiring ke kanan

Wani cuba angkat kepala dan cuba bangun tapi dia dapat rasakan ada 1 tangan peluk pinggang dia

Dia raba tangan tu dan pusing belakang perlahan untuk tengok siapa dibelakangnya, dan orang itu adalah suami dia

Wani bangun perlahan lahan. Tanpa wani perasan naqib turut tersedar

"Eh sayang dah bangun" kata naqib mamai dan turut duduk atas katil

"Hurm" sahut wani

Naqib diam dan letak lengan dia atas dahi wani

"Ouh panas dah surut dah ni" kata naqib

Wani angguk lemah

"Kenapa cikgu bangun jugak? Cikgu tidur la" kata wani

Naqib geleng

"Sukahati cikgu la, saya nak mandi" kata wani dan turun dari katil

-skip-

Wani yang baru turun ke ruang tamu tu terdengar loceng rumah dia. Wani terus menapak ke pintu dan buka pintu

Terkejut wani dibuatnya bila depannya kini ialah intan

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya wani

"Jumpa kau la" kata intan

"Tahu, tapi nak buat apa?" Tanya wani pelik

"Abang yang suruh dia datang sini" kata naqib yang baru turun dari tingkat atas

Wani terus pusing belakang pandang suami dia

"Kenapa? Dia dah tahu pasal kita..erm intan masuklah" suruh naqib dan duduk dekat sofa diruang tamu

Intan terus masuk dalam rumah dan peluk wani

"Sampai hati kau tak bagitahu" kata intan sambil cubit cubit pipi wani

"Auww wei sakit....aku ada sebab taknak bagitahu..kan kau minat cikgu naqib...so kalau aku bagitahu kau, kau mesti macam marah" kata wani dan tutup pintu

"Hahaha takdelah..aku lagi suka....sebab aku memang tahu dia ada something relationship dengan kau..last2 dia suami kau" kata intan

"Kau jangan bagitahu sesiapa tau" kata wani

"Iye aku janji" kata intan dan buat tabik hormat dekat wani

Wani senyum dan peluk intan

"Eh kejap, bila dia bagitahu kau? Dan mesti ada sebabkan dia bagitahu kau" kata wani

Masatu wani membelakangi naqib, Intan diam dan mata dia sesekali pandang naqib

Naqib pandang mereka berdua dan letak 1 jari dekat bibir dia tanda jangan bagitahu benda sebenar, Wani yang pelik sebab intan tengok naqib dia turut pusing belakang pandang naqib

Tapi naqib cepat cepat pusing pandang tv

"Takde pape la...aku rasa cikgu naqib bagitahu sebab aku kawan baik kau" kata intan

"Ye ke?" Tanya wani yang ragu ragu dengan jawapan intan

"Iyelah...erm jom" kata intan

"Ha pergi mana?" Tanya wani blurr

"Eh bukan ke cikgu naqib ajak kita keluar?" Kata intan

Naqib yang tengah dengar perbualan diorang membuntang mata

Wani pun terkejut dengan apa yang intan cakap

"Cikgu naqib tak cakap apa apa pun" kata wani dan dia pandang naqib dan intan silih berganti

"Mungkin kau demam kot sebab tu dia taknak bagitahu..and lagipun cikgu naqib suruh aku datang sebab teman kau yang sakit ni" kata intan cover

"Ouh....erm aku dah sihat sikit" kata wani

"Eh jap kita memang nak diri je ke??" Tanya intan

Wani gelak lepas intan cakap macam tu

"Sory beb aku lupa..erm jemput la duduk" pelawa wani

Intan pon duduk dekat sofa kosong

"Sayang, naik la atas tukar baju" naqib bersuara

"Ha??? nak pergi mana?" Tanya wani

[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami AkuWhere stories live. Discover now