Dalam naqib tengah berjoging itu kan, naqib terlanggar seseorang iaitu cikgu alisya
"omg!! sorry maaf saya tak perasan" ucap naqib dan bantu orang jatuh tadi. naqib tak perasan wajah wanita itu. Wanita ini angkat wajah dia dan membesar mata naqib bila orang yang dia terlanggar tadi adalah cikgu alisya tapi Naqib masih juga bantu cikgu alisya yang terjatuh tadi.
"maaf! Tak perasan terlanggar" ucap naqib
"maaf jugak" ucap cikgu alisya
Mereka sama sama diam
"awak selalu jogging dekat sini ke?" tanya cikgu alisya dekat naqib
"jarang....Bawa adik jogging dekat sini" kata naqib
"ouh..Mana adiknya? Nak la jugak kenal" kata cikgu alisya dan tengok keadaan sekeliling mereka
"dah jauh kedepan dah dia jogging" jawab naqib
"ouh kalau macam tu jom jogging sekali?" ajak cikgu alisya.
"takpe la, Nanti kalau ada cikgu lain jogging dekat sini lain pula jadinya nanti." Tolak naqib dan senyum
"saya selalu jogging sini..Tak pernah pulak nampak cikgu lain jogging juga dekat sini kecuali naqib" balas cikgu alisya pula.
Naqib hanya senyum dan cuba fikirkan alasan supaya dia berjauhan dengan cikgu alisya ni.Alisya hanya pandang naqib dan dia ternampak cincin dijari naqib
"awak dah kahwin?" tanya cikgu alisya
"tunang" jawab naqib
"ouh tunang. Untung perempuan tu dapat tunang hensem macam awak" puji cikgu alisya
"Alhamdullilah, terima kasih cikgu alisya lagipun tunang saya pun cantik..Macam bidadari dari kayangan" balas naqib dan bayangan wani terpacar didalam fikirannya.
Cikgu alisya hanya senyum sahaja bila naqib cakap macam tu.
"saya pergi jogging dulu la. Jumpa esok dekat sekolah..Bye!! assalammualaikum" ucap naqib dan mula tinggalkan cikgu alisya dekat situ
'dah bertunang? Let see, kalau aku tak dapat kau,tunang kau pun tak akan dapat kau..Aku akan buat apa sahaja cara supaya kau aku punya' omel cikgu alisya ni dan sengih senget
-skip-
Naqib dan wani balik ke rumah setelah berjoging lebih kurang 2 jam tadi ditasik.
"dah!! pergi naik atas mandi...Bau busuk dah" suruh naqib dan cubit hidung wani
"adoi cikgu sakit la...Jangan la cubit hidung saya" marah wani dan gosok hidung dia tapi Naqib jelir lidah dekat wani
"lepas mandi turun..." arah naqib lagi
"kenapa? Kalau taknak turun tak boleh?" tanya wani
"sebelum maghrib abang nak cakap sikit..Sebab tu abang suruh turun" kata naqib
"okay" jawab wani dan dia mula panjat tangga masuk dalam bilik diikuti naqib dibelakangnya dan berpisah dihadapan bilik masing masing.
-skip-
Mereka berdua kini berada diruang tamu
"cikgu nak cakap apa?" tanya wani
"esok wani nak pergi sekolah dengan abang ke?" tanya naqib
"erm entah!! Rasa tak kot... Cikgu pergi sendiri wani pergi sendiri..." jawab wani
"kenapa?" tanya naqib
"wani tak biasa pergi sekolah awal. Lagipun kalau naik sekali dengan cikgu mesti nanti student lain nampak, nanti diaorang rasa pelik dengan kita" kata wani
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
RomanceDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...