Sedang dia mengajar tu kan tiba tiba ada 2 orang pelajar datang ke kelas itu. Pelajar itu masuk dan menghampiri dia
"cikgu kami datang nak minta bantuan untuk arwah ayah cikgu Halim" ujar pelajar tadi. Pelajar yang datang tadi ialah Wani dan intan. Naqib pusing menghadap pelajar kelas itu
"siapa nak menderma boleh datang ke depan dan derma" kata naqib
Ramai pelajar mula bangun dan hampiri mereka berdua dan masukkan duit ke dalam tabung yang dipegang wani
Lepastu si ameer yang nak date dengan wani tu buat eye contact dengan wani. Apa lagi, Wani dah malu malu dah
Selepas semua dah derma mereka berdua pusing pandang naqib
"cikgu taknak derma?" tanya wani sengaja
Naqib diam je bila wani tanya dia.
"cikgu" panggil wani
"ouh nah" kata naqib dan mula masukkan duit dlm tabung yang dipegang wani
"ok terima kasih cikgu..Terima kasih semua" ucap mereka berdua dan mula keluar dari kelas tu dan kekelas lain pulak
"okay kita sambung pembelajaran kita" kata naqib dan sambung mengajar
-skip-
waktu rehat, mereka semua ke kantin dan Wani macam biasa akan ke kantin dengan intan. Lepastu datang la si ameer ni dekat meja yang mereka selalu duduk
"hai" sapa ameer
"hai" jawab wani dan intan serentak
"mana dapat nombor saya?" tanya wani ingin tahu, lagipun jantung dia dah dup dap dah
"kawan saya bagi...Lagipun dah lama nak call awak tapi takut awak marah, dan taknak kawan saya" kata ameer dan wani hanya senyum je.
"sekejap ye saya pergi beli makanan" kata ameer dan bangun semula kearah kaunter makanan
Wani pandang intan
"wei aku tak mimpi kan?" tanya wani dekat intan dan laju je Intan cubit pipi wani
"auww" adu wani sambil pegang pipi dia
"so kau memang tak mimpi la" kata intan
"wei finally aku cakap dengan dia..Crush aku!!!!" kata wani teruja
"crush orang lain jugak...Kiranya kau bertuah sebab dia nak date dengan kau dan bukan dengan yang lain" kata intan
Wani hanya sengih je bila intan cakap macam itu. Ameer datang semula dengan 3 pinggan nasi ayam. Ameer bagi dekat wani dan intan dan lagi satu dia punya dan Mereka makan sambil berborak macam biasa
-skip-Mereka masuk ke kelas semula setelah jam loceng berbunyi
-skip-
Tepat jam 2 ameer ke kelas wani
Masa itu wani tak tamat pembelajaran dia lagi sebab macam biasa dia akan kena denda dengan naqib sebab tak siapkan subject account
Ameer nampak intan yang dah keluar dari kelas
"wani mana?" tanya ameer
"dia balik lambat sebab tak siapkan acc lagi" kata intan
"ouh ye ke" kata ameer
"nak balik dengan dia ke?" tanya intan
"aah...Takpe saya tunggu dia la..Bye terima kasih" ucap ameer dan sengih dekat intan
"sama sama bye" ucap intan dan dia tinggalkan ameer dekat situ
Ameer tunggu je depan kelas wani tapi wani tak tahu pun ameer tunggu dia. Naqib nampak ameer depan kelas tapi dia abaikan je
YOU ARE READING
[C] [RE EDIT] Cikgu Itu Suami Aku
RomanceDALAM PROSES EDIT SEMULA!! TENGAH BETULKAN SEMUA AYAT, TATABAHASA, TYPO DALAM NOVEL NI. JALAN CERITA MASIH SAMA, CUMA BETULKAN SPELLING JE ❤️ --------------------------------------------------------------------- Disebabkan perjanjian bodoh antara n...