"Y/n bagi tahulah" pujuk minji manakala y/n pula hanya berpura pura tidak mendengar apa yang di katakan oleh minji
Daripada tadi minji asyik memujuk y/n agar memberitahunya bagaimana y/n boleh menjadi rapat dengan daniel. Walaupun tidak rapat tetapi pada pandangan minji , y/n dan daniel sudah amat rapat. Tanpa minji sedari akibat dari tadi memujuk y/n akhirnya mereka tiba di hadapan rumahnya.
"Dah sampai pergi masuk sana , aku nak balik" kata y/n sambil menjuihkan bibirnya ke arah rumah minji
"Taknak bagitahu dulu" kata minji sambil mencebik
"Yelah yelah , esok nanti bila ada masa aku bagitahu" kata y/n malas melayan perangai minji jika berkaitan dengan orang yang di sukainya.
"Janji eh, kalau tak-" tidak sempat minji menghabiskan ayatnya tiba tiba y/n memotong
"Ya ya , masuk cepat lepas tu buka ig entah entah Dorang tengah live" kata y/n dan dengan serta merta minji masuk ke dalam rumah sempat dia menjerit agar tidak lupa untuk memberitahunya.
Y/n hanya menggelengkan kepalanya lalu berjalan meninggalkan kawasan rumah minji. Semasa perjalanan nya ke rumah , dia teringat bagaimana dia boleh bercakap dengan santai dengan daniel.
Flashback
"Hehe aku tahu mesti kau hairan kan" kata daniel sambil tersenyum. Lalu menggosok belakang lehernya. Y/n hanya mengangguk .
"Aku cuma nak bagitahu yang Eomma aku tak dapat nak datang hari ni , tolong bagitahu kat eomma kau" kata daniel dan membuatkan y/n mengerutkan dahinya.
"Kenapa pula Eomma kau nak pergi rumah aku" soal y/n hairan dengan daniel. Kemudian daniel teringat sesuatu.
"Ahhh lupa nak cakap sebelum ni kau tak kenal aku kan" y/n mengangguk apabila daniel berkata
"Takkan kau tak kenal Eomma aku , kang ji eun" kata daniel
"Kenal , wait . Hah! Aunty kang tu Eomma kau" kata y/n terkejut dan daniel hanya tertawa.
"Haha yeah dia Eomma aku , so kita ni sepupu" kata daniel sambil tersenyum ke arah y/n
End Flashback
"Tak sangka kitaorang ni sepupu" kata y/n sambil berjalan sendirian.
Kemudian langkahnya terhenti apabila dia ternampak seseorang yang di kenalinya. Iaitu ibunya , dia tahu hari ni ibunya akan pulang awal kerana rumah mereka akan ada tetamu iaitu ibu daniel yang tidak dapat datang pada hari itu.
"Eomma!" Jerit y/n lalu berlari ke arah ibunya iaitu puan park yang sedang membawa beberapa beg plastik yang berisi barang dapur. Hampir saja bungkus itu terlepas daripada tangan puan park akibat terkejut dengan jeritan y/n
"Kamu ni y/n , nasib eomma ni tak lemah semangat " kata puan park kepada y/n dan y/n hanya tersengih ke arah ibunya
Lalu y/n mengambil beberapa beg plastik yang berada pada tangan ibunya. Ibunya hanya membiarkan saja y/n membantu nya.
"Oh ya Eomma daniel kata eomma dia tak dapat datang hari ni" kata y/n kepada ibunya.
"Eh kamu dah kenal daniel" soal ibunya dan y/n hanya mengangguk
"Tapi kan Eomma macam mana dia boleh kenal
y/n? Y/n tak kenal dia pun , baru hari ni y/n Kenal dia" kata y/nLalu ibu y/n memberitahu bahawa sebelum ini daniel ada datang bersama ibunya pada malam hari pertama mereka pindah ke rumah baru mereka. Y/n tidak ada pada hari itu kerana terpaksa menghadiri kelas tambahan. Y/n hanya membuat bentuk O dengan menggunakan mulutnya.
Skip
Keesokkan harinya y/n dan minji berjanji untuk pergi ke sekolah lagi bersama sama seperti biasa. Pagi itu y/n bertolak awal kerana minji juga ingin ke sekolah awal. Supaya boleh nampak crush katanya , y/n pula hanya iyakan saja kerana dia tidak mempunyai masalah jika ingin datang awal ke sekolah.
Mungkin sebab y/n dan daniel sepupu minji menjadi lebih bersemangat untuk datang awal ke sekolah. Sebaik saja y/n memberitahu nya semalam melalui mesej minji tidak henti henti menghantar mesej kepada y/n untuk bertanya mengenai daniel. Y/n beruntung kerana dia tidak tahu apa apa mengenai daniel dan terselamat daripada beribu soalan minji.
Semasa sedang dalam perjalanan ke rumah minji untuk bertolak bersama ke sekolah , Y/n ternampak seseorang yang kelihatan pelik. Orang itu hanya menunduk ke bawah sambil berjalan. Y/n memerhati orang itu , orang itu seorang lelaki yang berpakaian sekolah sepertinya.
Tetapi y/n tidak dapat mengenalpasti siapa orang itu kerana orang itu berada jauh beberapa meter dari nya. Yang dia tahu orang itu memakai jam berwarna ungu. Y/n hanya mengikuti orang itu daripada belakang dan tanpa y/n sedari dia telah melepasi rumah minji.
"Yah y/n tunggu lah" kata minji daripada belakang apabila y/n hanya melepasi rumah nya.
"Hah" y/n terkejut lalu memandang ke arah minji yang mengajarnya dan kemudian dia berhenti.
Dia menunggu minji dan kemudian memandang ke hadapan semula untuk mencari orang itu tetapi hampa kerana orang itu telah menghilang entah kemana. Minji memandang ke arah tempat yang dipandang oleh y/n
"Hmmm , takda pun" kata minji sambil meletakkan tangannya di atas kening dan kelihatan seperti sedang tabik hormat.
"Apa?" Tanya y/n
"My lovely crush lah , siapa lagi. Flip hair sikit" kata minji yang masih tercari cari
"Kenapalah aku ada kawan macam ni" kata y/n lalu berjalan meninggalkan minji.
"Eh tunggu lah" kata minji sambil mengejar y/n.
Apabila dia berjaya menyamakan langkahnya dengan y/n , dia mula bertanya mengenai daniel walaupun dia tahu bahawa y/n mungkin tidak mengetahui apa apa tentang daniel. Tapi minji tidak peduli , dia tetap ingin bertanya kepada y/n.
TBC
Ok dalam ff ni daniel adalah sepupu y/n. Part ni belum keluar lagi WannaOne , mungkin next part tapi tak pasti. Btw vote and comment
YOU ARE READING
[C] Ability || Lee Daehwi
Fanfiction[Complete] Apakah rahsia yang disembunyikan olehnya? Disebalik wajah tersenyun dan sifatnya yang ceria tersebut. Sebuah rahsia yang telah tersimpan lama tanpa ada rasa ingin meluahkan rahsia tersebut. Tetapi nampaknya seseorang mengetahui rahsia te...