[19]

139 26 0
                                    

Tepat pukul 7 pagi seseorang telah terjaga daripada lenanya. Berasa rakannya masih belum bangun , dia bangun dengan perlahan agar tidak mengejutkan rakannya itu . Dia - y/n menuju ke ruang tamu untuk melihat sama ada mereka sudah terjaga atau belum. Nampaknya mereka semua masih terlena.

Y/n menuju ke arah tingkap untuk melihat ke luar. Dia tersenyum melihat cuaca cerah yang menghiasi pemandangan nya pada pagi itu. Sehingga menyebabkan dia ingin bersenam pada pagi itu tetapi disebabkan hanya dia seorang sahaja yang terbangun dia membatalkan niatnya itu.

Lalu dia menuju ke dapur dan melihat ke arah peti sejuk , mencari barang makanan yang boleh di jadikan sarapan pagi mereka. Lalu dia ternampak beberapa keping roti dan mentega. Dia berfikir ingin menyediakan roti bersalut mentega pada pagi itu.

Dia mengambil barang yang perlu untuk menyediakan sarapan pada pagi itu dan tidak lama kemudian kerja nya telah selesai. Dia mengambil bahagiannya dan meninggalkan selebihnya di atas meja untuk yang lain. Lalu Dia menuju ke luar untuk menghirup udara segar sebentar.

Sebaik sahaja y/n keluar untuk bersenam seseorang terjaga daripada lenanya. Orang itu ialah daehwi , dia terjaga sebaik sahaja terdengar bunyi pintu di tutup. Perkara pertama yang dilihat olehnya ialah seorang perempuan sedang berjalan keluar. Dia tahu orang itu adalah y/n , dia hanya membiarkan sahaja.

Kemudian daehwi menuju ke arah bilik air yang berada di sebelah dapur. Dia telah menyediakan pakaian nya semalam sebelum y/n dan minji masuk tidur di dalam biliknya. Dia ingin mandi dan membersihkan diri. Setelah selesai dia keluar dan menuju ke dapur , ingin menyediakan sarapan.

Tetapi niatnya terhenti apabila melihat roti bersalut mentega diatas meja. Dia menyangka orang yang menyediakan makanan itu ialah y/n memandangkan hanya y/n sahaja yang terjaga. Dia duduk di bangku meja makan lalu mengambil sekeping roti dan memakan roti itu.

Daehwi teringat kembali , perbualan nya bersama y/n semalam. Dia terfikir mungkin sudah tiba masanya untuk berkongsi masalahnya dengan rakan rakannya. Tapi entah kenapa dia masih berasa ragu , dia risau melihat reaksi rakan rakannya apabila mengetahui segalanya.

Perkara negatif sering menghantuinya iaitu dia sering berfikir jika dia berkongsi masalahnya tiada sesiapa yang mendengar dan dia juga pernah berfikir mungkin mereka akan meninggalkannya. Tapi dia sudah mencuba untuk membuang segala pemikiran itu.

Lamunan nya terhenti apabila seseorang duduk di hadapannya. Dia sedikit terkejut apabila seseorang secara tiba tiba muncul , tetapi dia lega apabila orang itu adalah y/n. Lalu dia kembali memakan roti itu. Y/n pula hanya meminum minuman yang di ambil olehnya tadi sebelum duduk di hadapan daehwi.

"Y/n" panggil daehwi tiba tiba , y/n berdehem sebagai balasan kepada panggilan daehwi

"Aku emm , aku nak tanya pendapat kau" kata daehwi

"Ok" jawab y/n lalu membetulkan duduknya dan memfokuskan penglihatan nya kepada daehwi.

"Kalau aku bagitahu apa sebab aku jadi macam ni , ada orang ka yang nak dengar?" Soal daehwi.

"Mestilah , aku akan dengar. Minji akan dengar dan Dorang pun akan dengar" kata y/n sambil menunjuk ke arah dirinya kemudian ke bilik daehwi dan ruang tamu.

Daehwi tersenyum mendengar jawapan y/n , baru sahaja dia ingin melanjutkan soalan nya. Tiba tiba.

"Mestilah kitaorang akan dengar!" Jerit 11 orang yang kini berada di hadapan y/n dan daehwi. Daehwi dan y/n terkejut dan hampir terjatuh daripada tempat duduk mereka tadi.

"Korang nak aku mati awal ka?!" Kata y/n dan daehwi serentak , kemudian semua terdiam. Tiba tiba tiga orang bersorak dan berkata.

"Wuuuu~"

"Jodoh!"

"Jodoh!"

"Diamlah" y/n menggosok tangan nya yang sakit setelah mengetuk kepala minji , Woojin dan jihoon.

Y/n menyembunyikan wajahnya yang berwarna merah. Dia berasa pelik kenapa sejak akhir akhir ini wajahnya mudah menjadi merah jika di mereka mengusik nya mengenai daehwi. Daehwi pula hanya tertawa melihat reaksi y/n.

"Ok kita teruskan" kata Jisung apabila semua telah kembali tenang.

"Daehwi ceritalah , bagitahu kitaorang" kata guanlin

"Jangan risau kitaorang akan dengar semua dan akan cuba untuk tolong kau" sambung jinyoung pula

"Aku akan cerita bila aku dah sedia , buat masa sekarang aku tak rasa aku dah sedia" kata daehwi , mereka hanya mampu mengeluh tapi mereka menghormati jawapan daehwi

"Ok tapi janji kau akan bagitahu" kata y/n dan daehwi mengangguk.

💎💎💎💎

Y

/n dan minji dalam perjalanan menuju ke sebuah taman. Jihoon baru sahaja menghantar mesej kepada mereka agar datang ke sana. Mereka dengan segera ke sana apabila mengetahui tujuan jihoon menyuruh mereka untuk pergi ke sana. Iaitu daehwi akan memberitahu perkara yang dirahsiakan oleh nya di sana.

Mereka tidak ingin membuang masa dan dengan segera pergi ke sana. Apabila mereka tiba mereka melihat sekumpulan orang sedang bersembang sesama mereka. Y/n dan minji menuju ke sana , lalu mengambil tempat di sebelah mereka bersebelas.

"Baiklah memandangkan semua dah sampai , aku akan bagitahu sekarang" kata daehwi.

Mereka semua mendengar dengan teliti cerita daehwi. Daehwi menceritakan segala nya dari A hingga Z kepada mereka.

Flashback

8 tahun yang lalu

Seorang kanak kanak berumur 10 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama dengan ibunya. Kanak kanak itu adalah daehwi , dia dan ibunya amat gembira pada waktu itu. Tetapi apabila mereka tiba di rumah , segalanya berubah.

"Daehwi kamu masuk bilik kamu ya jangan keluar" arah ibunya dan daehwi mengangguk lalu menuju ke dapur meninggalkan ibunya dan ayahnya yang sedang tertunduk dan kelihatan tertekan

Tapi sebenarnya daehwi hanya bersembunyi di sebalik dinding ruang tamu dan mendengar perkara yang ingin ibu bapanya bincangkan. Perasaan ingin tahu nya menyebabkan dia mengingkar arahan ibunya.

"Kita kena pindah" kata ayahnya

"Kenapa? Apa yang dah jadi?" Soal ibunya pula

"Kewangan syarikat menurun dan mungkin akan bangkrap" jawab ayah daehwi , ibu nya terkejut

"Apa!? Tak mungkin , jangan risau saya akan ikut awak kerja dan tolong" jawab ibu daehwi

"Tapi daehwi-" belum sempat ayahnya ingin menyambung ibunya memotong

"Nanti saya uruskan" kata ibu daehwi.

Daehwi yang masih tidak mengetahui apa apa hanya berlari ke biliknya apabila melihat ibunya menuju ke arah biliknya.

End Flashback

"Semenjak dari hari tu , Eomma selalu balik lambat. Appa pun sama" kata daehwi sambil tertunduk

"Habis tu kau macam mana?" Soal daniel

"Aku , dorang hantar aku kat rumah jiran. Aku kena jaga oleh seorang nenek iaitu jiran aku selama 3 tahun. Nenek tu ajar aku untuk berdikari , aku lebih gembira tinggal kat rumah nenek tu. Tapi masa umur aku 13 nenek tu meninggal dan aku kembali ke rumah. Aku tak pernah suka untuk pulang. Semenjak tu lah aku tak pernah rasa gembira sebab keluarga lagi dan semenjak tu aku mula benci dorang" cerita daehwi.

Mereka semua terkejut mendengar kata kata daehwi. Lebih lebih lagi apabila mereka terdengar daehwi berkata bahawa dia membenci ibu dan bapanya.

TBC

Hello i'm back , harap masih ada lagi orang yang baca cerita ni.

Vote and Comment

[C] Ability || Lee DaehwiWhere stories live. Discover now