[28]

115 19 4
                                    

Loceng telah pun berbunyi menandakan waktu rehat telah tiba. Y/n mula mengemaskan mejanya dan bersedia untuk berehat. Tetapi aktivitinya terhenti apabila seseorang bersuara di belakangnya. Lalu dia memandang ke belakang dan rupanya orang itu adalah jinyoung , y/n mengerutkan dahinya.

"Kenapa?" Soal y/n

Minji pula sudah tersengih dan menyiku pinggang y/n. Manakala , daehwi pula hanya memandang dengan pandangan hairan dan sedikit berasa risau . Woojin dan jihoon tersenyum memandang reaksi daehwi. Secara senyap senyap mereka berdua memberikan thumbs up kepada minji. Minji juga membalas perkara itu

"Err a—aku , eh takpalah nanti aku mesej kau" kata jinyoung ragu lalu menuju ke arah guanlin yang menunggu nya di luar kelas.

"Kenapa dengan dia tu?" Tanya minji kepada y/n

"Entah" soal y/n lalu memandang ke arah daehwi , Woojin dan jihoon.

Woojin dan jihoon hanya tersengih. manakala daehwi pula sebaik sahaja y/n memandangnya , dia terus melarikan pandangannya daripada bertembung dengan y/n.

"Wei daehwi kau rasa kenapa jinyoung pergi jumpa y/n tadi?" Soal jihoon

"Entah" balas daehwi sepatah , entah kenapa dia tiada mood untuk berbincang mengenai jinyoung yang menemui y/n.

"Aku rasa yang jinyoung tu suka kat y/n lah" kata Woojin memberi pendapat

"Hah biar betul?!" Tanya daehwi terkejut

"Kenapa? Oh aku lupa , kau pun suka kat—" sebelum jihoon menyelesaikan ayatnya , daehwi terlebih dahulu menutup mulut jihoon menggunakan buku notanya.

"Jangan cakap kuat kuat lah" kata daehwi sedikit geram dengan jihoon.

"Jadi kau nak buat apa?" Soal Woojin , daehwi terdiam lalu berfikir sebentar

"Huh aku tak tahu" kata daehwi lalu mengeluh

"Macam ni lah , kalau kau suka kat dia baik kau terus terang sebelum orang lain yang dapat dia" nasihat jihoon sambil menepuk bahu daehwi , daehwi hanya berdiam diri sambil mencerna maksud kata kata jihoon.

"Sekarang ni lebih baik kita pergi makan sebab perut aku daripada tadi minta makan" kata Woojin pula bukan memberi nasihat tetapi lebih mementingkan perutnya yang kelaparan.

💎💎💎💎


"Aku nak pergi tandas sekejap" kata daehwi lalu berjalan berpisah dengan y/n , minji , Woojin dan jihoon

"Ok" balas Woojin

Mereka berempat menuju ke arah kantin bersama sama. Minji meminta untuk y/n menunggu sahaja di meja dan dia akan pergi membeli makanan untuk mereka. Woojin dan jihoon juga mengikuti minji , meninggalkan y/n bersama dengan jinyoung dan guanlin.

Jinyoung kelihatan gelisah , manakala guanlin kelihatan tenang sambil bermain dengan telefonnya. Mereka bernasib baik kerana waktu rehat di benarkan menunggukan telefon , jika tidak sila ucapkan selamat tinggal kepada telefon guanlin.

"Emm apa yang kau nak cakap tadi?" Soal y/n ingin memecahkan suasana sunyi antara mereka bertiga.

"Hah? Oh emm petang ni boleh jumpa aku kat rooftop sekolah?" Kata jinyoung dengan sedikit yakin daripada sebelum ini.

"Ermm ok , tapi tak boleh ka bagitahu sekarang?" Kata y/n

"Mana boleh nanti tak jadi lah surprise" kata jinyoung pula

"Surprise apa pula ni" tanya y/n

"Ada lah" kata jinyoung

"Bagitahu lah" pujuk y/n

"Tak boleh , kalau nak tahu datang tau" kata jinyoung lalu mencubit hidung y/n

"Yalah" kata y/n lalu mencebik

Lalu mereka berdua tertawa bersama , guanlin pula hanya membiarkan sahaja mereka berdua tanpa niat ingin memasuk campur urusan mereka. Lalu dia ternampak daehwi yang sedang memandang sedih dan cemburu? ke arah y/n , dia mengagak daehwi melihat kemesraan jinyoung dan y/n tadi.

Tetapi guanlin hanya berlagak seperti biasa apabila daehwi mendekati mereka. Setiba nya daehwi di meja mereka , daehwi kelihatan tersenyum tetapi y/n berasa curiga dengan senyuman itu. Lalu dia mencuba untuk melihat ke arah mata daehwi

Dia dapat merasa bahawa daehwi sedang cemburu , y/n mengangkat sebelah keningnya hairan dengan daehwi. Satu perkara yang menyebabkan y/n hairan ialah dia tidak tahu apa penyebab daehwi berasa cemburu.

Tetapi dia baru menyedari dia tidak dapat mengetahui siapa orang yang di sukai daehwi , mungkin di sebabkan dia menyukai daehwi dia tidak dapat mengetahui perkara itu. Lamunan nya terhenti apabila jinyoung menghayun hayunkan tangannya di hadapan y/n

"Eh?! Aku melamun ka tadi?" Tanya y/n

"Haah" balas daehwi sepatah tanpa memandang ke arah y/n

"Apa yang kau fikir tadi sampai melamun ni?" Soal jinyoung

"Hehe takda lah" kata y/n lalu tersengih kekok

Suasana tidak lagi sunyi apabila daehwi tiba kerana daehwi dan guanlin sedang rancak bersembang. Manakala , y/n dan jinyoung pula sedang bersembang bersama. Sesekali daehwi memandang ke arah y/n dan mengalihkan pandangannya apabila y/n memandang ke arah nya.

💎💎💎💎


"Kau yakin ka semua ni akan menjadi?" Tanya minji sambil bersembunyi di sebalik dinding

Jauh di hadapan mereka kelihatan y/n dan jinyoung yang sedang bersembang dengan ceria. Daehwi dan guanlin yang sedang bersembang kadangkala tertawa.

"Kitaorang yakin"kata Woojin dan jihoon serentak

"Ok" kata minji , sebenarnya dia tertanya tanya bagaimana Woojin dan jihoon berjaya meyakinkan jinyoung untuk menolong mereka

"Weyh macam mana korang pujuk jinyoung untuk tolong korang ni?" Tanya minji

Woojin dan jihoon tersengih , lalu menceritakan bagaimana mereka memujuk tetapi lebih kurang memasuki jinyoung untuk bersetuju dengan idea mereka. Minji tertawa mendengar cerita mereka berdua , rasa kasihan pula terhadap jinyoung. Tetapi dia harus berterima kasih kepada jinyoung selepas ini.

"Dahlah jom kita pergi sana" kata minji

Lalu mereka bertiga membawa makanan sambil berlagak seperti biasa. Dalam kepala mereka telah memikirkan alasan kenapa mereka lambat tiba tadi. Minji betul betul berharap agar rancangan ini berhasil dengan jayanya.


TBC

Next part ialah flashback , macam mana 2park tu pujuk jinyoung untuk setuju dengan rancangan ini.

Untuk yang tak faham , sebenarnya Woojin , jihoon dan minji merancang sesuatu untuk daehwi dan y/n. Rancangan apa? Next part akan bongkarkan segalanya.

Vote and Comment

[C] Ability || Lee DaehwiWhere stories live. Discover now