Suasana di dalam cafe itu cukup tenang kerana jumlah pengunjungnya yang tidak terlalu ramai dan tidak terlalu sedikit. Didalam cafe itu terdapat sebuah meja yang besar dan diduduki oleh 13 orang remaja. Mereka menikmati makanan mereka tanpa sebarang bunyi , tiada sesiapa yang ingin memulakan percakapan.
Sehinggalah seseorang memecahkan keheningan yang berlaku apabila dia telah selesai menyantap makanannya.
"Wahhh kenyang akhirnya" kata Woojin sambil mengambil minumannya yang terletak di tepinya. Dia meneguk air itu sehingga habis
"Huh kenyang" kata jihoon pula
Satu persatu mereka mula menghabiskan makanan masing masing. Setelah semua telah menghabiskan makanan masing masing , Woojin yang selesai makan terlebih dahulu itu melontarkan soalan kepada daehwi
"Oh ya daehwi , mana parents kau? Takkan lama sangat dorang pergi" tanya Woojin dan mendapat anggukan daripada jihoon. Setiap kali Woojin atau jihoon bertanya mesti salah seorang daripada mereka berdua akan menyokong antara satu sama lain. Friendship goals
Deg!
Daehwi melontarkan pandangan nya ke arah luar , kebetulan meja yang mereka gunakan sekarang berhampiran kaca untuk melihat pemandangan diluar.
"Dorang takkan balik" katanya tanpa memandang ke arah Woojin
Mereka yang mendengar jawapan daehwi sedikit tersentak. Banyak soalan kini mereka fikirkan , terutamanya apa maksud daehwi ibubapanya tidak akan kembali? Perkara ini sungguh mengelirukan mereka. Y/n hanya terdiam dia dapat merasa sesuatu , dari pandangan mata daehwi.
Y/n dapat melihat dan merasa bagaimana perasaan daehwi sekarang. Sulit untuk di ertikan tetapi cukup untuk y/n fahami bahawa daehwi sedang bersedih. Dia ingin bertanya tapi jinyoung terlebih dahulu bertanya kepada daehwi.
"Takkan lah dorang emm macam mana nak cakap , takkan Dorang.......... buang kau" kata jinyoung dengan ragu takut melukakan hati sahabatnya itu. Sudah cukup apa yang telah di rasakan oleh daehwi , dia tidak ingin terus menyebabkan sahabatnya itu bersedih. Kerana bagi jinyoung semua orang berhak untuk bergembira termasuk daehwi.
Daehwi menggelengkan kepalanya perlahan , jinyoung menghembuskan nafas lega kerana dugaan nya itu salah.
"Ani , Dorang takkan buang aku sebab dorang perlukan aku , walaupun dorang selalu abaikan aku." Kata daehwi
"Huh oh ya aku belum bagitahu kan ke mana Dorang pergi?" Tanya daehwi , Mereka hanya mengangguk
"Dorang dah meninggal sehari sebelum seminggu aku berkurung di rumah" jawab daehwi sambil menunduk berusaha agar air matanya tidak mengalir. Walaupun dia berkata dia membenci ibu bapanya tetapi dia tidak boleh nafikan perasaan sayang terhadap kedua orang tuanya tidak pernah hilang. Dia hanya kecewa dengan sikap ibubapanya.
Seseorang mengusap belakang lembut , daehwi mengangkat wajahnya dan memandang ke arah orang itu. Y/n sedang tersenyum sambil mengusap lembut belakangnya. Wajah setiap seorang rakannya di pandang , mereka tersenyum ke arahnya.
"Kitaorang faham , kalau kau nak nangis , nangis ja jangan tahan. Kitaorang sentiasa ada untuk kau" kata Jisung selaku member yang paling tua.
Daehwi menggeleng lagi lalu tersenyum
"Aku dah puas menangis" kata daehwi
💎💎💎💎
Y/n dan daniel kini berada di ruang tamu. Beberapa minit yang lalu puan kang iaitu ibu daniel datang bersama daniel. Semenjak daniel berkenalan dengan y/n , dia sering mengikuti ibu nya ke rumah y/n. Hubungan y/n dan daniel juga semakin rapat seperti adik beradik tetapi kadang kala y/n tidak percaya daniel itu sepupunya."Kau rasa kalau kek coklat akan bertukar jadi pink tak kalau aku letak pewarna kat kek ni?" Soal daniel sambil mengangkat kek coklat menggunakan tangan kanan dan pewarna makanan pada tangan kirinya.
"Kalau kau taknak makan cakap , aku boleh tolong makan kek tu" balas y/n lalu mencuba merampas kek milik daniel itu
"Aipp ni aku punya" kata daniel lalu memasukkan kek itu ke dalam mulutnya
"Y/N! , DANIEL!"
"uhuk! Uhuk!" Tersedak daniel apabila tiba tiba ibunya menjerit daripada dapur. Y/n tertawa apabila melihat daniel tersedak tapi akibat dasar kesian dengan segera y/n memberikannya air apabila melihat daniel tersedak.
"Oh kat sini rupanya" kata puan kang apabila melihat y/n dan anaknya yang berada di ruang tamu
"Kenapa aunty?" Soal y/n
"Yah eomma uhuk! sikit lagi niel nak pengsan tau tak" kata daniel sambil terbatuk batuk
"Makanan dah siap , kamu ni kan eomma dah kata jangan bercakap waktu makan nanti tercekik. Tengok sekarang salahkan Eomma pula , Eomma dah pesan taknak dengar" jawab puan kang sambil membebel
Daniel hanya mampu mencebik apabila ibunya membebel kepadanya. Kerana kali ini bukan salah dirinya tetapi ibunya. Ibunya punca dia tersedak tadi , tapi apakan daya dia tidak mampu melawan. Takut ibu nya mengamuk sebab dia melawan. Y/n hanya tertawa melihat gelagat dua beranak itu.
💎💎💎💎
Jihoon mengetuk pintu rumah Woojin , tidak lama kemudian pintu terbuka. Woojin membenarkan jihoon masuk. Malam itu jihoon akan bermalam di rumah Woojin , mereka merancang ingin melakukan sesuatu. Memandangkan ibu bapa Woojin tidak ada di rumah mereka berdua memutuskan untuk berbincang di sana kerana tidak ingin diganggu.
Mereka mengeluarkan sehelai kertas A4 dan marker. Mereka ingin merancang segalanya dengan teliti. Jihoon menulis sesuatu di atas kertas itu.
Plan to help daehwi by 2Park
Plan A
Mereka berdua saling berpandangan lalu tersenyum.
"Apa plan A?" Soal Woojin
"Entah aku ingat kau yang fikir plan A" balas jihoon pula
"Eh apa pulak bukan kau ka yang mesti fikir" balas Woojin pula , jihoon mengerutkan dahinya
"Tak masalahnya sekarang siapa yang kena fikir ni?" Soal jihoon
Mereka berdua terdiam untuk seketika , lalu Woojin berkata.
"Jom fikir sama sama" kata Woojin , jihoon mengangguk
Mereka berdua berbincang bersama mengenai rancangan mereka. Setelah Beberapa minit berbincang dan beradu pendapat akhirnya mereka berdua selesai membincangkan rancangan mereka. Jihoon melipat kertas itu lalu menyimpan di tempat yang selamat. Hanya mereka berdua sahaja yang mengetahui di mana kertas itu tersimpan
"Ok siap" kata jihoon
"Sekarang kita nak buat apa?" Soal Woojin setelah menyimpan semua peralatan yang di gunakan oleh mereka semasa merancang tadi
"Entah , ni rumah kau kan." Kata jihoon pula
"Lawan game?" Kata Woojin lalu mengeluarkan telefonnya
"Kau join" kata jihoon
TBC
Ok i decide to continue this ff , thanks to who answer my question and tell me to continue.
So mungkin selepas plan 2Park selesai cerita ni akan tamat
Vote and Comment
YOU ARE READING
[C] Ability || Lee Daehwi
Fanfiction[Complete] Apakah rahsia yang disembunyikan olehnya? Disebalik wajah tersenyun dan sifatnya yang ceria tersebut. Sebuah rahsia yang telah tersimpan lama tanpa ada rasa ingin meluahkan rahsia tersebut. Tetapi nampaknya seseorang mengetahui rahsia te...