"Mengaku apa?dia siapa?" Kata seseorang menyebabkan y/n membeku.
"Errr mengaku yang -" belum sempat y/n menghabiskan ayatnya seseorang memotong kata katanya
"Yah apa yang korang bincang ni tak ajak aku" kata orang yang memotong kata kata y/n.
'Huhuhuhu thanks daniel oppa sebab selamatkan aku' kata y/n di dalam hati
"Eh hyung buat apa kat sini?" Tanya orang itu
"Oh dorang tu minta hyung ambilkan snek , suka hati ja nak arah arah orang btw apa korang buat kat sini?" Tanya daniel sebaik sahaja dia selesai memberitahu tujuan nya untuk datang ke dapur.
S
elesai sahaja bercakap dia menuju ke arah kabinet yang berada di dapur dan memilih beberapa makanan ringan. Kemudian dia kembali fokus kepada tiga orang yang berada di dapur sekarang.
"Aku nak cari makanan ja" kata orang itu , minji memandangnya tidak percaya.
"Biar betul daehwi , tadi kau baru ja makan sekarang dah lapar balik. Woahhh aku tak sangka yang kau ni kuat makan" kata minji
Menyebabkan y/n dan daniel tertawa dengan reaksinya. Bagaimana tidak ketawa jika minji kelihatan amat terkejut semasa berkata tadi. Minji juga memandang daehwi tidak percaya , daehwi pula hanya memutar biji matanya malas
Pelik sangat kah? Jika dia kuat makan. Lagipun entah kenapa tiba tiba dia berasa lapar , walaupun baru sahaja selesai makan. Tapi semua ini salah jihoon dan Woojin yang mengambil makanannya tadi. Sebab itulah daehwi masih berasa lapar.
"Biarlah yang penting aku takkan gemuk bukan macam kau" kata daehwi lalu bersiap sedia melarikan diri daripada minji. Dan dengan segera dia melarikan diri apabila dia sudah selesai bersuara.
"DAEHWI!!!" Jerit minji lalu mengejar daehwi
Y/n dan daniel ketawa terbahak bahak melihat wajah marah minji. Sangat melucukan dan comel (fikir daniel) , mungkin ini sebab kenapa jihoon dan Woojin suka mengusiknya.
"Kau pula?" Tanya daniel kepada y/n apabila tawanya sedikit mereda
"Hah oh aku cuma bosan lagipun aku rasa haus lah" kata y/n , daniel hanya mengangguk dengan jawapan y/n
"Dah jom pergi ruang tamu , takut kat sini ada hantu" ajak daniel
"Oppa kat sini takda hantu lah " kata y/n lalu berjalan mendahului daniel
"Mana kau tahu , lagipun eh y/n tunggu" kata daniel lalu mengejar y/n yang kini berada di hadapannya
Y/n yang mendengar namanya di panggil oleh daniel hanya mencepatkan langkah nya. Dia tertawa apabila melihat daniel yang tergesa gesa mengejarnya menuju ke ruang tamu. Dengan makanan ringan yang banyak pada tangannya menyebabkan daniel sedikit lambat.
Sebenarnya y/n terfikir juga untuk menolong daniel tapi entah kenapa dia berasa seronok mengusik sepupunya itu. Kini y/n tahu betapa seronoknya mengusik orang tapi akhirnya y/n membantu daniel untuk membawa semua makanan itu. Kesian fikir y/n.
💎💎💎💎
"Aku gemuk sangat ka?" Minji melihat wajahnya di cermin
Dia tidak terima jika dirinya di gelar gemuk oleh daehwi , setahunya dia tidak gemuk. Tapi apabila daehwi mengatakan perkara itu kepadanya petang tadi , dia mula berasa bahawa dirinya gemuk. Dia memandang lagi dirinya di hadapan cermin.
Y/n yang dari tadi hanya memerhatikan minji menggelengkan kepalanya. Lalu dia bangkit dan menuju ke arah minji , rasa kesian pula apabila melihat minji seperti itu. Tapi pada pendapat y/n , minji tidaklah gemuk. Saiz badannya kategori ideal fikir y/n
Dia menuju ke arah minji , lalu berkata.
"Kau tak gemuk lah" kata y/n
"Betul ka? Tadi daehwi kata aku gemuk" kata minji pula.
"Dia gurau ja tu , aku tengok kau ni mana ada gemuk" kata y/n berterus terang kepada minji sambil tersenyum.
Minji memandang y/n yang tersenyum kepadanya dan kemudian dia tersenyum semula. Dia berasa Gembira kerana mendapat rakan seperti y/n.
"Thanks y/n nanti aku tolong kau untuk date ngan daehwi" kata minji
"Yah" geram y/n
"Kenapa?! Betullah" kata minji apabila melihat reaksi y/n
"Eiii kan aku dah kata aku taknak cakap tentang dia" kata y/n lalu berpura pura merajuk kepada minji.
"Hehehe sorry tapi betul aku tak tipu akan tolong" kata minji meyakinkan y/n dengan kata katanya
Dia bukan bermain main mengenai perkara itu dia serius. Sebab itulah dia bersungguh sungguh ingin membantu y/n agar bersama dengan daehwi. Sebenarnya dia sudah lama ingin daehwi dan y/n bersama sebagai kekasih tapi dia risau jika y/n tidak memiliki perasaan terhadap daehwi.
Tentang daehwi pula , dia tahu daehwi menyimpan perasaan pada y/n. Dia juga berasa hairan mengapa y/n tidak dapat melihat perasaan daehwi. mungkin disebabkan masalah yang di hadapi daehwi , y/n tidak dapat melihat perasaan itu. Bagaimana dia mengetahui mengenai perasaan daehwi sudah tentu daripada 2park.
💎💎💎💎
Daehwi Pov
Aku menggosok telinga ku yang terasa sakit , nak tahu kenapa sebab tadi minji tarik telinga aku. Sebab aku kata dia gemuk , tapi itu aku gurau ja tak sangka dia marah sampai tarik telinga aku
(╥﹏╥)Aku memandang ke arah jam , hmmm pukul 12 malam. Lalu aku melihat ke arah dua orang yang masih bermain permainan video. aku kini berada di ruang tamu bersama dengan jihoon dan Woojin. Yang lain pula sudah pergi ke tempat tidur masing masing , kami ada kat sini sebab tak dapat tidur
"Bilalah giliran aku ni?" kata aku apabila daripada tadi aku masih belum mendapat giliran untuk bermain.
"Tunggu aku kalahkan jihoon dulu" kata Woojin , jihoon menjeling ke arahnya.
"Aku akan pastikan kau kalah" kata jihoon
Haih kalau macam ni baik aku pergi masuk tidur.
Aku berdiri tanpa meminta kebenaran kepada mereka berdua. Lalu aku menuju ke arah bilik perkongsian ku dengan jinyoung , tak sangka besar juga rumah jihoon ni.Untuk pergi ke bilik itu aku melalui bilik yang di gunakan oleh y/n dan minji. Aku ingatkan Dorang dah tidur tapi rupanya belum , nak tahu macam mana aku tahu? Aku terdengar Dorang bercakap. Entah sembang tentang apa?
"Thanks y/n nanti aku tolong kau untuk date ngan daehwi"
"Yah"
"Kenapa?! Betullah"
"Eiii kan aku dah kata aku taknak cakap tentang dia"
Aku hanya mendengar itu sahaja , Tapi Aku tak silap dengar kan apa yang minji cakap?
Apa maksud dia nak tolong y/n date ngan aku? Takkan dia tahu aku suka kat y/n , tapi macam mana dia tahu? Ini mesti kerja 2park ni. Harap harap y/n tak tahu lagi.
TBC
HAPPY 500+ READS DAN 200+ VOTES 🎉🎉 thanks sebab baca cerita yang tak seberapa ni (╥﹏╥)
VOTE AND COMMENT PLEASE
YOU ARE READING
[C] Ability || Lee Daehwi
Fiksi Penggemar[Complete] Apakah rahsia yang disembunyikan olehnya? Disebalik wajah tersenyun dan sifatnya yang ceria tersebut. Sebuah rahsia yang telah tersimpan lama tanpa ada rasa ingin meluahkan rahsia tersebut. Tetapi nampaknya seseorang mengetahui rahsia te...