Sekeping gambar yang berisi 11 orang sedang tersenyum itu tersimpan kemas di atas meja. Sehingga seseorang mengambil gambar tersebut dan mengucapkan sesuatu.
"Aku rindu kan korang"
Lalu gambar itu di letak semula ke tempat asal seperti tidak pernah terganggu. Dia menatap sedih terhadap gambar itu , sudah seminggu dia tidak bertemu dengan orang yang berada di dalam gambar itu.
Mungkin bagi orang lain seminggu hanya sebentar tapi tidak bagi dia yang begitu amat menyayangi orang orang di dalam gambar itu. Seminggu bagi nya bagaikan setahun , tetapi masalahnya adakah rakan rakannya akan memaafkan nya kerana telah menghilang selama seminggu.
Dia hanya mampu mengeluh , hanya mengeluh sahaja yang mampu di lakukan oleh nya sehinggalah dia menyadari bahawa selama ini dia hanya mengeluh dan tidak melakukan apa apa. Dia ketawa terhadap kebodohannya sendiri , mungkin jika dia bertindak daripada mengeluh semua ini tidak akan terjadi fikirnya
Perlahan lahan dia bangkit dan menuju ke dapur , sudah seminggu dia tidak menjejakkan kakinya ke dapur tersebut. Kerana dia masih trauma terhadap perkara yang berlaku di dapur itu. Selama seminggu ini dia hanya memakan makanan ringan yang sudah tertentu tidak mengenyangkan.
Tetapi dia tidak peduli , dia tidak ingin keluar sekarang. Dia ingin tetap berada di rumah , entah kenapa dia berasa lebih selamat berada di rumah berbanding di luar. Tetapi kini dia perlahan lahan mencuba untuk pergi ke dapur , dia tidak ingin mati kelaparan di dalam rumahnya sendiri
Walaupun dia pernah terfikir untuk melakukan itu , tetapi apabila dia teringat akan rakan rakannya dia terus melupakan perkara itu. Lalu manik matanya terpandang sebuah objek tajam yang bersinar. Pisau , benda itu adalah pisau. Perlahan lahan dia mengambil pisau itu dengan tangan yang terketar ketar.
Nafas dia tarik dan kemudian di hembus kembali
"Mari kita mulakan"
💎💎💎💎
Y/n Pov
Aku dan daniel sedang dalam perjalanan ke rumah daehwi , aku tidak tahu kenapa aku berasa yakin jika dia berada di sana. Lagi pula aku berasa tidak sedap hati. Tiba tiba daniel memberhentikan motorsikal nya
"Dah sampai" kata nya apabila aku seperti hendak bertanya
Dengan segera aku turun dan menuju ke hadapan pintu rumah daehwi. Daniel hanya mengikut dari belakang. Aku mendapati pintu rumah itu berkunci sama seperti yang di sampaikan oleh daniel tadi.
Mustahil
Aku mendekati pintu itu dan mencuba memutarkan tombol pintu tetapi berkunci. Aku mengeluh , mungkin betul dia tidak ada di rumahnya. Dengan perasaan yang hampa aku berjalan menuju ke arah daniel yang menunggu di belakang ku
"Dia-"
Prang!
Aku dan daniel saling berpandangan , kami baru sahaja mendengar bunyi seperti benda terjatuh. Dan aku yakin benda itu ialah besi , dengan segera kami menuju ke arah pintu semula dan mengetuk pintu itu
Tok!
Tiada balasan
Tok!
Sama juga tiada balasan
Tok!
Seperti sebelum ini tiada balasan
Tetapi kami tidak berhenti , sehinggalah daniel tiba tiba berhenti dan berkata
"Tepi" katanya , aku hanya pergi ke tepi
Buk!
Daniel melanggar pintu itu dia mencuba untuk menolak pintu itu sehingga terbuka tetapi setelah beberapa kali mencuba dia gagal.
"Y/n!"
"Hyung!"
Aku menoleh ke arah suara itu dan dua orang sedang datang menghampiri kami berdua. Jihoon dan Woojin
"Cepat tolong kitaorang tolak pintu ni" aku meminta bantuan daripada mereka berdua , tanpa banyak tanya mereka segera membantu daniel untuk menolak pintu itu
Y/n Pov End
Setelah beberapa kali mencuba akhirnya pintu terbuka , dengan segera y/n , daniel , Woojin dan jihoon memasuki rumah itu. Mereka memerhati sekeliling rumah itu , kelihatan sedikit tidak teratur dan perkara yang mengecewakan mereka ialah mereka tidak menjumpai daehwi
Dengan segera mereka menuju ke arah dapur kerana daniel dan y/n yakin mereka terdengar bunyi itu daripada dapur. Tetapi sama seperti ruang tamu tiada sesiapa di sana. Sehinggalah y/n terpandang ke bilah pisau yang mempunyai darah pada hujungnya. Pisau itu terletak di atas lantai seperti baru sahaja terjatuh. Mereka menekup mulut tidak percaya.
"Tak mungkin" kata kata yang keluar daripada mulut Woojin
"Tak dia ok" kata jihoon menenangkan semua yang berada di sana
Mereka semua berfikir mungkin daehwi membunuh diri dan hanya mendiamkan diri. Tetapi yang mengelirukan mereka mana daehwi , suasana berubah menjadi hening sehinggalah seseorang bersuara. Suara yang mereka ingin dengar selama ini
"Apa korang buat kat sini!?" Tanya suara itu sedikit terkejut melihat empat orang teman nya berada di dalam dapur rumahnya
Dengan serta merta tumpuan mereka beralih ke arah punca suara itu. Mereka terkejut dalam masa yang sama gembira dan banyak perasaan yang lain kini bercampur. Sukar untuk mengambarkan perasaan mereka berempat apabila melihat seseorang yang selama ini mereka cari.
"Daehwi!" Dengan segera daniel, jihoon dan Woojin berlari mendekati daehwi
Mereka bertiga dengan segera memeluk daehwi , y/n hanya tersenyum melihat sahabat itu berpelukan. Dia turut berasa gembira melihat daehwi yang kini baik baik sahaja , tetapi dia hairan dari mana darah pada pisau itu datang.
Kemudian matanya tertumpu pada tangan kiri kanan daehwi yang berbalut kain putih , y/n mendekati empat orang sahabat itu apabila pelukan mereka telah terlerai. Dia mencapai tangan daehwi dan kini semua terkejut melihat tangannya yang berbalut dengan kain putih
"Jadi betul?" Tanya y/n
"Daehwi kenapa kau buat macam ni?" Tanya daniel yang turut terkejut memandang tangan daehwi
"Aku tak sangka" kata jihoon
"Perkara ni bahaya tau tak!" kata Woojin sedikit membentak , dia berfikir mungkin daehwi mencederakan diri sendiri
"Apa?!" Tanya daehwi dia bingung dengan pemikiran rakan rakannya sekarang
"Huh , cuba kau cerita kenapa kau cederakan diri sendiri" kata daniel
Daehwi memandang rakan rakannya tidak percaya , dia tidak menyangka rakan rakan nya akan berfikir seperti itu. Dia menggeleng kan kepalanya dan kemudian berkata
"Aku tak cederakan diri sendirilah"
"Kalau macam tu luka dan darah pada pisau ni" kata jihoon sambil menunjuk ke arah pisau yang mereka temui tadi
"Sebenarnya...."
TBC
Wait for next chapter to know what happen to daehwi before they enter daehwi's house btw vote and comment
YOU ARE READING
[C] Ability || Lee Daehwi
Фанфик[Complete] Apakah rahsia yang disembunyikan olehnya? Disebalik wajah tersenyun dan sifatnya yang ceria tersebut. Sebuah rahsia yang telah tersimpan lama tanpa ada rasa ingin meluahkan rahsia tersebut. Tetapi nampaknya seseorang mengetahui rahsia te...