[16]

139 32 0
                                    

Y/n memandang minji tidak percaya , dia betul betul meminta jawapan sekarang apabila dia melihat minji membawa dirinya ke rumah daehwi. Y/n berasa hairan , untuk apa pergi ke sana fikir y/n

"Y/n jomlah pergi rumah daehwi" pujuk minji

"Untuk?" Soal y/n pula

"Entah tapi tadi 2park tu ajak kita pergi rumah daehwi dan bukan kita berdua ja tapi yang lain pun ada" terang minji lalu menarik tangan y/n agar mengikutnya

"Malaslah" kata y/n lalu menarik tangannya daripada minji

"Y/n please , aku pun nak lepak ngan diorang bukan senang tau nak rapat dengan diorang tu" kata minji sambil merayu kepada y/n , sempat minji melakukan aegyo untuk memujuk y/n agar mengikutnya

Y/n memandang minji dengan pandangan darat dan ingin kembali masuk ke dalam rumahnya. Tetapi sempat di tahan oleh minji.

"Y/n please , kalau kau ikut kau boleh jumpa daehwi -" belum sempat minji menghabiskan ayatnya y/n memotong

"Yah buat apa aku nak jumpa dia?" kata y/n

"Eii dengar dulu , kalau kau dapat jumpa daehwi boleh lah kau tanya tentang masalah daehwi. Lagipun mungkin dia nak bagitahu kalau kau tanya" kata minji menyambung ayatnya yang terpotong di sebabkan oleh y/n tadi.

"Hmm yalah" akhirnya y/n bersetuju kerana dia tahu minji tidak akan pernah menyerah untuk memujuk dirinya.

"Yeah gomawo y/n!!" Pekik minji teruja lalu memeluk y/n.

💎💎💎💎

Y/n Pov

Aku dan minji tiba di hadapan rumah daehwi , baru sahaja aku dan minji ingin menekan lonceng tiba tiba seseorang menegur kami. Dengan serentak kami menoleh ke arah suara itu. Kelihatan daniel , Jisung , Minhyun , Jaehwan , Sungwoon dan Seongwoo yang sedang berjalan ke arah kami.

"Korang buat apa kat sini?" Soal Seongwoo apabila daniel sudah memanggil kami tadi.

"Oh 2park tu ajak kitaorang datang sini" kata minji pula , aku hanya mengangguk dengan jawapan minji

"Oh kalau macam tu jom masuk" ajak Minhyun setelah mendengar jawapan minji tadi.

Kami masuk ke dalam rumah daehwi tanpa mengetuk atau menekan lonceng. Diorang hanya masuk seperti rumah sendiri. Aku dan minji hanya mengikut sahaja apa yang di lakukan oleh mereka.

"Yah hyung pun nak juga" kata daniel tiba tiba apabila melihat daehwi , jinyoung , jihoon , guanlin dan Woojin sedang makan ramen di ruang tamu

"Hyung pun" kata Seongwoo apabila melihat perkara yang sama

Dengan segera mereka menuju ke arah lima orang yang sedang makan itu. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat daniel yang berebut ramen bersama Seongwoo. Kalau macam ni aku taknak mengaku dia tu sepupu aku.

"Eiii jangan lah berebut kalau nak buat sendiri kat dapur ada banyak" kata daehwi apabila melihat dua orang itu berebut

"Siapa lambat dia tak dapat" kata Jaehwan dan Sungwoon tiba tiba lalu berlari ke dapur

"Woi!!" Jerit daniel dan Seongwoo lalu mengejar mereka berdua ke dapur.

"Jangan pelik diorang tu memang macam tu" kata Minhyun dan aku hanya tersenyum.

[C] Ability || Lee DaehwiWhere stories live. Discover now