[09]

149 29 4
                                    

Selepas perjumpaan antara y/n , daehwi , minji , Woojin dan jihoon pada petang itu , daehwi dan y/n pulang dahulu bersama memandangkan Woojin dan jihoon sedang di denda oleh minji. Mereka berdua pulang dahulu kerana tidak ingin menganggu minji yang sedang mendenda 2park itu.

Daehwi dan y/n sedang menunggu bas bersama memandangkan tiada teksi yang lalu pada masa itu. Mereka berdua hanya berdiam diri sehinggalah y/n memulakan percakapan.

"Emm daehwi" panggil y/n dan daehwi memandang ke arahnya.

"Kenapa?" Tanya daehwi

Y/n sebenarnya ingin bertanya mengenai masalah yang di miliki oleh daehwi tetapi dia tidak berani untuk bertanya. Akhirnya dia mengumpulkan segala keberanian nya dan mula bersuara

"Kau- eh bas dah tiba jom naik" kata y/n , nampaknya dia masih belum mempunyai keberanian untuk bertanya kepada daehwi.

"Ok" balas daehwi lalu menaiki bas mendahului y/n , y/n hanya mengeluh dan mengikut daehwi daripada belakang

"Oh ya pasal yang hari tu" kata daehwi apabila y/n duduk di sebelahnya

Y/n mengangkat sebelah keningnya , menanti daehwi melanjutkan kata katanya.

"Kenapa kau ikut jihoon, Woojin , jinyoung dan guanlin intip aku hari tu?" Tanya daehwi

"O-oh tu , emm diorang yang paksa aku , ha jihoon ya dia nak aku ikut" kata y/n , dalam hati dia mengutuk dirinya kerana tergagap sedikit tadi

"Hmm ya ka?" Kata daehwi lalu mendekatkan wajahnya kepada y/n , menyebabkan y/n terundur sedikit

"Iyalah" kata y/n lalu menolak daehwi agar menjauh darinya , hampir sahaja wajah y/n menjadi merah di hadapan daehwi. Tetapi nasib baik y/n sempat mengalihkan pandangannya sebelum dia menolak daehwi tadi.

"Oh , tapi kenapa muka kau merah tadi? Kau sakit?" Tanya daehwi dan y/n pura pura tidak mendengar apa yang di katakan oleh daehwi

"Y/n , y/n , y/n!" Daehwi memanggil y/n beberapa kali

"Apa?!" Kata y/n apabila daehwi tidak henti henti memanggil namanya.

"Taknak turun?" Tanya daehwi

"Eh dah sampai? Tak sedarlah pula" kata y/n lalu turun daripada bas tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada daehwi.

"Eh sampai hati tak ucap selamat tinggal" kata daehwi sambil melihat y/n yang sedang turun daripada bas

"BYE!" jeritan seseorang daripada luar bas membuatkan daehwi memandang ke arah luar bas.

Dia tersenyum lalu melambai semula ke arah y/n yang sedang melambai kepadanya.

💎💎💎💎

Tidak lama kemudian daehwi tiba di hadapan rumah seohi , kelihatan kereta yang di naiki oleh keluarga seohi telah terletak di tepi rumah itu. Daehwi berjalan mendekati rumah itu dan melangkahkan kakinya masuk ke dalam

"Oh hai daehwi selamat pulang" tegur ibu seohi ramah dan daehwi tersenyum lalu menjawab

"Ya" kata daehwi

"Kamu dah makan?" Tanya ibu seohi prihatin

"Sudah tadi dengan kawan , daehwi pergi bilik dulu" kata daehwi lalu menunduk dan menuju ke arah biliknya.

"Kalau kamu lapar pergi kat dapur ada makanan" pesan ibu seohi sebelum daehwi menuju ke biliknya.

Apabila dia tiba di dalam biliknya , dia menutup pintu. Lalu dia berbaring dan menatap ke arah siling biliknya , sesekali dia mengeluh. Dia betul betul berharap segala perkara yang berlaku terhadapnya akan berakhir dengan segera.

[C] Ability || Lee DaehwiWhere stories live. Discover now