Awal pagi lagi meja daehwi telah di penuhi oleh pelajar tidak tertinggal jihoon , Woojin , y/n dan minji. Pelajar daripada kelas daehwi bertanya di mana daehwi selama ini dan kenapa dia tidak hadir ke sekolah kepada daehwi. Tetapi daehwi hanya menjawab bahawa dia sakit.
Kemudian setelah melontarkan banyak soalan kepada daripada pelajar pelajar itu mula berpecah dan melakukan hal masing masing. Akhir nya daehwi boleh bernafas dengan tenang apabila tidak dikerumuni oleh pelajar pelajar itu lagi.
"Wuh ada artis la hari ni" usik minji sebaik saja semua pelajar itu menjauh daripada meja milik daehwi.
"Artis , artis. Tau la aku ni famous" kata daehwi
"Tapi betul ka sebab kau sakit, kau tak datang sekolah?" Tanya minji kepada daehwi
Daehwi hanya mengangguk , y/n memandang ke arah Woojin dan jihoon. Mereka berdua hanya mengangkat bahu kerana mereka tidak tahu jika daehwi berbohong atau tidak. Y/n mengeluh dan memandang ke arah daehwi semula.
Tidak lama kemudian guru tiba dan memberi pengumuman bahawa hari ini mereka akan melakukan kerja masing masing kerana semua guru terlibat dengan mesyuarat.
"Weyh kita jalan jalan nak?" Ajak daehwi sebaik sahaja cikgu keluar daripada kelas mereka
"Jom , aku dah bosan ni" kata Woojin bersetuju dengan kata kata daehwi
"Jihoon tak nak ikut?" Soal daehwi
"Taknaklah aku nak tidur" kata jihoon
"Ok bye, jom Woojin" ajak daehwi dan kemudian dia dan Woojin mula meninggalkan kelas
Melihat daehwi dan Woojin yang sudah keluar y/n menuju ke arah jihoon. Dia ingin bertanya sesuatu kepada jihoon. Sempat dia menarik minji untuk pergi bersama nya ke arah jihoon
"Jihoon" panggil y/n
"Hmm , kenapa?" Tanya jihoon
"Aku nak tanya sesuatu" kata y/n dan jihoon membetulkan duduk nya untuk mendengar soalan daripada y/n
"Dia takda bagitahu korang apa apa" tanya y/n
"Takda dia cuma cakap dia sakit tu ja , tapi takkan sebab tu ja kot" kata jihoon pula
"Betul tu , aku rasa dia mesti sembunyikan sesuatu" duga minji pula
"Emm selama ni dia ada masalah tak?" Soal y/n lagi dan jihoon menggelengkan kepalanya
"Entah selama ni aku tengok dia ok nampak macam takda masalah" kata jihoon
"Tapi aku yakin dia sembunyikan sesuatu" sambung jihoon lagi
"Aku pun rasa macam tu , so nak siasat" tawar y/n
Minji dan jihoon memandang sesama sendiri lalu tersenyum. Mereka berdua kemudiannya memandang ke arah y/n dan mengangguk serentak. Mereka berdua bersetuju dengan cadangan y/n
💎💎💎💎
"Betul ka kau sakit sebab tu tak pergi sekolah selama seminggu?" Soal guanlin ingin mendapat kepastian daripada daehwi. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan daehwi sebelum ini
"Ya guanlin , berapa kali aku nak cakap" kata daehwi mengiyakan bahawa apa yang di katakan sebelum ini adalah benar walau pun sebenarnya adalah sebaliknya.
"Habis tu kenapa menghilang seminggu" soal jinyoung pula dan mendapat anggukan daripada guanlin
Woojin hanya memandang dua orang itu , dia tidak ingin masuk campur proses bertanya jinyoung dan guanlin. Walaupun Woojin sebenarnya ingin bertanya sekali lagi. Tetapi dia sudah penat bertanya kerana jawapan daehwi tetap sama walau berkali kali dia bertanya.
YOU ARE READING
[C] Ability || Lee Daehwi
Fanfiction[Complete] Apakah rahsia yang disembunyikan olehnya? Disebalik wajah tersenyun dan sifatnya yang ceria tersebut. Sebuah rahsia yang telah tersimpan lama tanpa ada rasa ingin meluahkan rahsia tersebut. Tetapi nampaknya seseorang mengetahui rahsia te...