Setelah membeli ais krim berperisa coklat, y/n menikmati ais krim itu sambil berjalan pulang ke rumahnya . Dalam perjalanan pulang dia terfikir mengenai perkara yang berlaku di stor sukan tadi , perkara yang menyebabkan mereka terlambat dan perkara yang y/n tidak sangka
Flashback
"Mana bola ni?" Soal y/n sambil memeriksa kotak kotak yang berada di dalam stor itu.
Daehwi turut mencari dan akhirnya dia menemui di mana bola bola itu tersimpan. Lalu dia memandangkan ke arah yang membelakanginya untuk memberitahu bahawa dia telah menemui bola itu.
"Y/n" kata daehwi
Y/n menghentikan pencariannya dan berpusing menghadap daehwi. Tetapi tanpa sengaja y/n tertolak kotak yang berada di belakangnya dan kotak itu hilang keseimbangannya. Y/n tidak menyedari perkara itu hanya menggosok tangannya yang sakit akibat tertolak kotak itu sedikit kuat.
Daehwi yang menyedari perkara itu mula panik apabila kotak itu seperti hendak jatuh menghempap y/n. Dengan segera dia menarik y/n dan disebabkan y/n yang terkejut dengan tarikan daehwi itu dia hilang keseimbangan dan terjatuh di atas daehwi. Mereka bernasib baik kerana kotak itu tidak terjatuh ke atas y/n
Semasa y/n terjatuh di atas daehwi tanpa sengaja dia terpandang ke arah mata daehwi dan perkara yang tidak di jangka telah di ketahui oleh y/n. Dengan segera y/n bangun dan membantu daehwi , sesekali wajahnya memerah apabila memandang daehwi.
"M- maaf" kata y/n sedikit tergagap dan daehwi hanya mengusap belakang lehernya sambil mengangguk
Suasana menjadi janggal sehinggalah daehwi memulakan percakapan dan memberitahu di mana bola itu berada. Kemudian mereka mengambil bola itu dan membawa bola itu ke dewan . Sepanjang perjalanan ke dewan tiada seorang pun yang memulakan percakapan.
End Flashback
Sesekali y/n mencuba untuk membuang ingatan itu tetapi dia gagal apabila dia teringat bagaimana perasaan daehwi . Semasa y/n memandang ke arah mata daehwi , y/n berfikir mungkin dia akan dapat membaca perasaan daehwi yang dipenuhi dengan kegembiraan tetapi dia salah.
Apa yang di baca oleh y/n hanya sebuah perasaan yang kosong dan sedih , sehingga dapat di rasai oleh y/n bahawa daehwi sedang menyembunyikan sesuatu. Y/n tahu bagaimana perasaan daehwi tetapi dia tidak tahu apa masalah yang di tanggung oleh daehwi. Disebabkan itulah dia hanya mendiamkan diri semasa berjalan bersama daehwi tadi
Tiba saja y/n di rumah , dia terus menuju ke arah biliknya. Dia menghempaskan diri nya di katil sambil memikirkan daehwi. Dia tertanya tanya bagaimana daehwi boleh menyimpan segala perasaan nya tanpa di sedari oleh orang ramai.
"Tak sangka orang yang paling hyper kat kelas aku ni ada rahsia yang dia tak nak semua orang tahu , tapi malangnya aku tahu"
"Aku tahu apa yang dia rasa tapi apa rahsia dia"
Y/n berkata seorang diri sambil memandang ke arah siling biliknya.
💎💎💎💎
"Petang ni korang busy tak" tanya daehwi kepada rakan rakannya
"Nampaknya ya" kata jihoon dan mendapat anggukan daripada Woojin
Lalu dia memandang ke arah guanlin dan jinyoung yang bersama dengan mereka untuk ke kelas Jisung dan Minhyun. Dia memandang mereka berdua dengan wajah yang berharap
"Sama lah eomma aku nak minta tolong hari ni" kata jinyoung
"Guanlin" kata daehwi
"Sorry" kata guanlin dan daehwi memasang wajah merajuk apabila mereka semua sibuk.
"Hyung~ hyung busy tak" tanya daehwi sambil memandang ke arah Jisung dan Minhyun
"Sorry hwi , hari ni kelab ICT ada perjumpaan jadi hyung dan Minhyun mesti pergi" kata Jisung yang faham kenapa daehwi bertanya jika mereka sibuk atau tidak kerana dia tahu bahawa Daehwi ingin menghabiskan masa bersama mereka
💎💎💎💎
Daehwi yang berada di taman sendirian hanya mengambil keputusan untuk duduk sebentar di bangku taman itu. Dia tidak ingin pulang ke rumah sekarang. Dia tidak ingin pergi ke rumah secepat mungkin , kalau boleh dia ingin mengelak agar pulang lambat ke rumah.Lalu dia mengambil keputusan untuk bangun dan bersiar siar sebentar. Dia mengelilingi kawasan taman itu , sesekali dia menendang batu batu kecil yang berada di hadapannya. Banyak kali juga dia mengeluh sambil bersiar siar di taman itu. Setelah jam menunjukkan pukul 5 petang , akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang .
💎💎💎💎
"Y/n tolong Eomma pergi kedai kejap"
"Ya" y/n keluar daripada bilik ku dan menuju ke arah ibunya
Setelah mengambil senarai barang yang ingin di beli y/n menuju ke arah pintu. Y/n berjalan kaki ke arah perhentian bas , tidak lama kemudian bas tiba. Y/n menaiki bas dan tidak lama bas membawa y/n ke sebuah perhentian bas yang berhampiran dengan sebuah taman. Taman itu pula berhampiran dengan mall yang selalu y/n pergi untuk berbelanja
"Eh daehwi" kata y/n apabila dia ternampak daehwi yang masih berpakaian sekolah sedang berjalan perlahan lahan
"Daehwi!" Jerit y/n dan daehwi yang terdengar namanya di panggil memandang ke arah suara yang memanggil nya
"Kenapa kau ada kat sini" tanya y/n kepada daehwi
"Errr kau pula" kata daehwi yang mengelak daripada menjawab pertanyaan y/n
"Eomma suruh pergi kedai" balas y/n
"Oh jom" kata daehwi dan y/n memandangnya pelik
"Eiii cepatlah" kata daehwi lalu menarik y/n ke arah kedai yang berhampiran dengan taman itu. Y/n hanya mengikuti sahaja
TBC
I will unpublish "roommate" cause my idea for this ff gone after exam (╥﹏╥) . If i have the idea again i will publish that ff again
Btw Vote and Comment
YOU ARE READING
[C] Ability || Lee Daehwi
Fanfiction[Complete] Apakah rahsia yang disembunyikan olehnya? Disebalik wajah tersenyun dan sifatnya yang ceria tersebut. Sebuah rahsia yang telah tersimpan lama tanpa ada rasa ingin meluahkan rahsia tersebut. Tetapi nampaknya seseorang mengetahui rahsia te...