[20]

121 25 0
                                    

Terkejut , mereka terkejut mendengar pengakuan daehwi bahawa dia membenci kedua orang tuanya. Tetapi walaupun begitu mereka faham mengapa daehwi berasa seperi itu. Mereka turut bersimpati terhadap daehwi yang melalui perkara itu.

"Dan..." daehwi berhenti bersuara untuk seketika. Mereka mengerutkan dahi , kemudian daehwi menghembus nafas kemudian menyambung semula ceritanya.

"Semenjak dari hari tu aku mula ponteng sekolah , melepak dan tak buat kerja sekolah." Sambung daehwi dan sekali lagi menyebabkan mereka semua terkejut , amat terkejut dengan perkara itu.

Mereka tidak percaya dengan pengakuan daehwi , mustahil orang seperti nya berperangai seperti itu fikir mereka. Daehwi memandang ke arah wajah seorang seorang rakan rakannya , kemudian dia tersenyum.

"Tapi tu sebelum aku jumpa dengan korang" kata daehwi lagi

Mereka semua berdiam diri , y/n meminta daehwi untuk meneruskan ceritanya.

"Ya sebelum ni aku selalu ada masalah disiplin , tapi semenjak aku jumpa dengan korang aku mula berubah" kata daehwi

Flashback

"Huargghh bosannya" kata daehwi lalu menendang sampah yang menghalang jalannya

Dia berhenti di hadapan kedai , dia merapikan hoodie nya agar menutupi pakaian sekolahnya. Daehwi tidak ingin ditangkap sedang ponteng sekolah sebab itulah dia memakai hoodie untuk melindungi uniform nya daripada kelihatan.

Dia memasuki kedai itu dan mengambil beberapa makanan ringan. Dia membawa makanan ringan itu ke tempat pembayaran dan membayar makanan itu.

"Kamu sakit ka?" Soal cashier itu.

"Uhuk! Uhuk! Emm ya" tipu daehwi sambil berpura pura batuk , cashier itu mengangguk lalu memberi baki wang milik daehwi

"Sila datang lagi" kata cashier itu apabila daehwi telah keluar daripada kedai itu.

Daehwi hanya mengangguk lalu berlalu pergi dari situ. Sekali lagi dia tersenyum apabila berjaya menipu seseorang lagi. Untuk minggu ini dia telah menipu sebanyak 4 orang , dia sedikit berasa bangga walaupun perkara itu tidak berbaloi.

Dia mengambil tempat di sebuah taman dan mula memakan makanan ringan yang baru sahaja di beli tadi. Selesai makan dia hanya meninggalkan sampah itu di atas meja taman itu , tanpa sebarang niat untuk mengutip sampah itu.

"Oi , kalau ada orang cari aku cakap ja kau tak tahu tau" kata orang itu lalu bersembunyi di sebalik semak , daehwi memandang pelik terhadap orang itu

"Woojin!!" Jerit seseorang tiba tiba , membuat kan daehwi terkejut mendengar jeritan itu.

"Oh hai kau ada nampak Woojin?" Soal orang itu tiba tiba

Daehwi mengerutkan dahinya , siapa Woojin? Soalnya dalam hati

"Siapa Woojin? Kau siapa?" Soal daehwi

"Aduh macam mana aku boleh lupa kau tak kenal aku dan Woojin." Orang itu menepuk dahinya

"Btw aku jihoon" kata orang itu lalu menghulurkan tangannya

"Daehwi" daehwi menyambut huluran tangan itu

"Aku rasa Woojin yang kau cari ada kat situ" daehwi menunjuk ke arah semak dimana Woojin sedang bersembunyi dan memerhatikan mereka.

"Yah kan aku dah kata jangan bagi tahu" kata Woojin lalu berdiri dan mendedahkan dirinya.

"Oh sini rupanya kau , sini kau" jihoon berlari ke arah Woojin

"Wuarghh beruk mengamuk!!" Jerit Woojin lalu berlari daripada jihoon.

Skip

"Oh macam tu" kata daehwi apabila jihoon menceritakan sebab dia mengejar Woojin.

Rupanya jihoon mengejar Woojin kerana Woojin meninggalkannya sendirian untuk mengemas barang barang mereka. Walaupun mereka tidak tinggal bersama tetapi mereka berjanji untuk saling membantu untuk mengemas memandangkan mereka pindah bersama sama.

"Hehe sorry" kata Woojin lalu mengambil sebungkus makanan ringan milik daehwi

"Sorry , sorry , kau tau tak kita kena kemas barang cepat esok kita kena daftar masuk sekolah baru tu" kata jihoon lalu mengambil makanan ringan milik daehwi

Daehwi pula tidak ambil tahu kerana dia mengambil terlalu banyak makanan ringan tadi.

End Flashback

"Hahaha aku masih ingat macam mana muka Woojin waktu tu hahaha" tawa jihoon dan daehwi ikut tertawa bersama nya. Woojin pula memasang wajah masam

"So waktu tu kau tipu kitaorang?" Soal Woojin tiba tiba

"Hehe , peace no war" kata daehwi lalu tersengih

"Apa dia kata?" Soal minji

"Dia kata dia sakit dan disebabkan dia bosan dia keluar" kata Woojin

"Tapi macam mana kau boleh kenal dengan yang lain?" Soal y/n pula

"Oh semenjak dari hari tu aku mula rapat dengan 2park ni dan diorang kan mudah rapat dengan orang. Aku ikut ja dan lama lama aku mula rapat dengan jinyoung , guanlin dan hyung yang lain." Terang daehwi , y/n hanya mengangguk

"Tapi hyung masih tak percaya , nasib baik kau jumpa 2park ni" kata Jisung

"Hehe hyung jangan risau , aku janji takkan ponteng lagi" janji daehwi

"Ok tapi kalau hyung dapat tahu kau ponteng tau lah apa kami nak buat" kata Sungwoon tiba tiba lalu tersenyum bersama dengan Jisung dan Minhyun. Mereka bertiga memang baik tapi jika menghukum tiada siapa yang berani melawan mereka bertiga.

"Errr ok hyung aku janji" kata daehwi takut di hukum oleh mereka bertiga

"Emmm hyung aku lapar lah" kata daehwi tiba tiba

"Haah lah perut aku dah buat konsert dah ni" kata guanlin menyokong kata kata daehwi

"Kita pergi makan dulu , lepas tu aku sambung cerita boleh?" Soal daehwi

"Ok" balas Jisung

"Yeah!! hyung belanja" daehwi , jihoon , Woojin , guanlin dan jinyoung berlari ke arah sebuah cafe berhampiran meninggalkan y/n , minji , Jisung ,Minhyun , Sungwoon , daniel , Seongwoo dan Jaehwan di taman.

"Tak guna ong cepat kita tak boleh kalah" kata daniel lalu berlari

"Ya betul tu aku taknak belanja , bye siapa lambat dia belanja" kata Seongwoo lalu mengejar daniel diikuti Jaehwan

"Apa lah , tak sangka dia tu sepupu aku "kata y/n lalu menggelengkan kepalanya melihat daniel yang berperangai seperti kanak kanak itu

"Tapi cute lah diorang" kata minji dan mengundang tawa Jisung , Sungwoon dan Minhyun.

"Hahaha jom gerak nanti Sungwoon belanja" kata Jisung dan mendapat jelingan maut daripada Sungwoon

"Ok!" Kata y/n dan minji serentak

Lalu mereka berlima berjalan dengan santai sambil bersembang sembang. Apabila mereka tiba di sana , makanan mereka telah terhidang. Nampaknya mereka tidak perlu bersusah payah untuk memesan makanan mereka

TBC

Tolong bagitahu kalau cerita ni semakin membosankan (╥﹏╥). Nanti saya akan cuba buat part seterusnya jadi lebih menarik

Vote and Comment

Silalah comment saya sebenarnya suka baca komen readers , so jangan takut nak komen apa apa. Bye~ ( ^^)

[C] Ability || Lee DaehwiWhere stories live. Discover now