[17]

142 25 2
                                    

"Truth or dare" kata jihoon dan Woojin serentak

Mereka bertiga menepuk tangan gembira seakan akan memenangi hadiah loteri tempat pertama. Hal ini kerana mereka yakin mereka akan berjaya mendapatkan maklumat daripada daehwi. Walaupun perkara ini sedikit memaksa tetapi mereka tidak peduli mereka hanya ingin daehwi bersikap lebih terbuka.

Mereka tidak ingin terjadi perkara yang buruk kepada daehwi. Cukup daehwi telah menghilang selama seminggu yang menyebabkan mereka semua berasa risau dan berasa gagal menjadi rakan yang baik kepada daehwi. Mereka tidak ingin perkara itu terulang semula tetapi dengan perkara yang lebih teruk

Setelah mendapat persetujuan daripada semua orang Woojin mengeluarkan sebotol minuman yang telah kosong. Semua mula duduk dalam bentuk bulatan dan membiarkan botol itu dipusingkan oleh Woojin. Tidak mengambil masa yang lama akhirnya botol itu berhenti tepat pada minji menyebabkan Woojin sedikit kecewa.

"Truth or dare?" Soal Woojin

"Dare" jawab minji yakin

"Aku nak kau jerit yang kau sayang 2Park" kata Woojin sambil tersengih dan bertepuk tangan dengan jihoon. Minji menghembus nafas dan kemudian mula menjerit.

"AKU SAYANG 2PARK!!" Jerit minji diikuti tawa semua yang berada disana.

"Ok giliran aku pula" kata minji lalu merebut botol itu dan mula memusingkan botol itu.

Tidak lama kemudian botol itu berhenti di hadapan Sungwoon. Sungwoon memilih dare seperti minji dan berjaya menyelesaikan cabarannya. Kemudian setelah beberapa pusingan akhirnya botol itu berhenti di hadapan daehwi apabila y/n memutarkan botol itu.

"Truth or dare?" Soal y/n

Daehwi kelihatan seperti sedang berfikir dan kemudian menjawab

"Dare" jawap daehwi menyebabkan minji , jihoon dan Woojin mengeluh kecewa

"Aku dare kau bagitahu perkara yang kau tak pernah bagitahu kitaorang" kata y/n. Minji , jihoon dan Woojin senyap senyap memberikan y/n thumbs up diatas kepintarannya untuk memancing daehwi agar memberitahu perkara sebenar.

"Hmmm kejap aku fikir dulu" balas daehwi pula , tidak lama setelah daehwi berfikir akhirnya dia mula bersuara.

"Entah aku tak tahu , apa yang korang nak tahu?" Bukannya memberi jawapan , daehwi malah memberi soalan kepada mereka.

"Bagitahu apa ja yang kau nak bagitahu" balas minji pula

"Sebenarnya dalam masa satu minggu aku kat rumah...." daehwi menjeda percakapannya , mereka mendiamkan diri untuk mendengar ayat seterusnya yang akan di lontarkan oleh daehwi

"Aku cuma makan makanan ringan" sambung daehwi dan mendapat pandangan darat daripada semua yang berada di rumahnya pada petang itu.

"Apa?" Soal daehwi apabila melihat reaksi rakan rakannya.

"Takda lah , lebih baik kita - wuuaarghh!!" Kata minji dan kemudian terjerit apabila tiba tiba bunyi guruh berdentum dengan kuat.

Semua yang berada disana turut terkejut tetapi bukan disebabkan oleh bunyi guruh itu tetapi disebabkan oleh minji yang menjerit sebelum guruh itu berdentum. Minji melihat petir terlebih dahulu diluar melalui tingkap rumah daehwi dan kemudian terjerit sebelum bunyi guruh datang.

[C] Ability || Lee DaehwiWhere stories live. Discover now