"Sebenarnya...."
Flashback
Nafas dia tarik dan kemudian di hembus kembali
"Mari kita mulakan"
Daehwi mencapai pisau yang tersusun di atas rak. Perlahan lahan dan berhati hati agar pisau itu tidak mencederakan nya. Lalu dia mengeluarkan sayur yang berada di peti sejuk , sayur itu di beli oleh daehwi beberapa hari yang lalu. Dia ingin menyediakan makanan untuk dirinya sendiri.
Dia memotong sayur itu dengan berhati hati dan dia berjaya tetapi tanpa di sangka , akibat kecuaian nya dia tertoreh tangannya sendiri. Perkara itu menyebabkan dia terkejut dan dengan refleks melepaskan pisau itu.
Prang!
Pisau itu terjatuh ke lantai , tanpa menghiraukan pisau itu daehwi berlari ke dalam biliknya untuk mencari kotak first aid. Dia menyelongkar biliknya tetapi dia tidak menemukan kotak itu. Lalu dia menuju ke bilik mandi dan membasuh lukanya
Dia membuka kabinet yang berada di bilik mandi dan menemukan kotak itu di sana. Dia mencapai kotak itu dan membuka kotak itu , dia mengambil kain. Apabila dia ingin mengambil ubat , ubat itu tiada pada kotak itu. Daehwi mengerutkan dahinya.
Lalu dia menyelongkar bilik mandi itu dan tidak lama kemudian dia menemukan ubat itu. Dengan segera dia mengubati lukanya dan membalut luka itu sendiri. Setelah selesai dia menyimpan kotak itu semula.
"Oh tidak" kata daehwi apabila mendapati bilik mandi nya kini tidak kemas seperti tadi.
Lalu dia mengemas bilik mandi dan kemudian menuju ke biliknya sekali lagi dia mengutuki dirinya kerana membuat sepah apabila mencari sesuatu. Sekali lagi dia mengemas
"Huh siap akhirnya" kata daehwi lalu mengelap Peluh nya yang mengalir
Lalu dia berjalan menuju ke dapur tetapi suara seperti orang sedang berbincang menghentikan langkah nya. Dengan perlahan lahan dia menuju ke dapur dan dia terkejut melihat daniel , y/n , jihoon dan Woojin berada di dapur rumahnya
"Macam mana diorang masuk?" Fikirnya
"Apa korang buat kat sini?" Tanya daehwi dan semua mata tertumpu kepadanya
End Flashback
Semua memandang daehwi tidak percaya , selepas dia menceritakan perkara yang sebenarnya. Mereka tidak percaya bahawa cerita itu adalah benar , mereka risau jika daehwi hanya mereka cerita sahaja.
"Betul ni?" Soal y/n
"Ya betul , aku tak tipu" kata daehwi bersungguh sungguh
"Lagi pun takkan lah aku nak cederakan diri sendiri , luka sikit pun dah sakit" kata daehwi lagi
"Betul juga , hari tu luka sikit dia hampir nangis" kata Woojin sambil mengingat semula kenangan lama
"Mana ada!aku tak nangis la" Kata daehwi pula
"Ada aku kata kau nangis?" soal Woojin pula
"..." daehwi tidak membalas
"DAEHWI!"
daehwi memandang ke arah punca suara yang bising itu. Dia terkejut apabila melihat Jisung , Jaehwan , sungwoon , guanlin , jinyoung dan Minhyun yang datang kepadanya sambil menjerit memanggil namanya.
💎💎💎💎
Y/n menghempaskan dirinya ke katil miliknya. Dia bersyukur kerana daehwi tidak apa apa walaupun daehwi tidak menceritakan apa penyebab dia berkurung di dalam rumah. Tetapi yang menyebabkan y/n hairan ialah apabila mereka bertanya kenapa , daehwi pasti akan mengubah topik.
YOU ARE READING
[C] Ability || Lee Daehwi
Fanfiction[Complete] Apakah rahsia yang disembunyikan olehnya? Disebalik wajah tersenyun dan sifatnya yang ceria tersebut. Sebuah rahsia yang telah tersimpan lama tanpa ada rasa ingin meluahkan rahsia tersebut. Tetapi nampaknya seseorang mengetahui rahsia te...