[25]

121 23 0
                                    

"Wahhh sedapnya" kata minji sebaik sahaja dia menjamu selera di rumah jihoon.

Mereka memutuskan untuk makan dahulu , kemudian mula bermain permainan yang sudah di rancang oleh Woojin dan jihoon. Y/n yang berada di sebelah minji daripada tadi asyik memandang ke arah daehwi. Dia berfikir apa yang patut dia lakukan untuk menggembirakan daehwi.

Apabila tiba tiba daehwi memandang ke arah nya , dia terburu buru fokus kepada makanan nya semula. Daehwi pula hanya tersenyum kemudian kembali fokus kepada makanannya.

"Huh nasib baik dia tak nampak" kata y/n perlahan takut didengari oleh sesiapa.

"Tapi aku nampak" kata seseorang dengan perlahan kepada y/n

"Eomma!!" Jerit y/n terkejut apabila terdengar suara orang itu.

Kini semua mata tertumpu ke arahnya , y/n menutup mulutnya menunduk meminta maaf. Manakala orang yang menjadi punca dia menjerit tadi hanya tertawa.

"Hahaha , yang kau terkejut sangat kenapa?" Soal orang itu yang masih tertawa.

"Isshh nasib baik oppa ni sepupu aku kalau tak dah lama aku kerjakan" kata y/n kepada orang itu , iaitu daniel yang merupakan sepupunya

"Hehehe tapi aku nampak apa kau buat tadi" kata daniel lalu tersengih

"So?" Soal y/n mencuba untuk kembali menikmati makanannya.

"Nak aku bagitahu dia?" Soal daniel yang ingin mengusik y/n

"Bagitahu lah nanti aku bagitahu minji" kata y/n lalu tersengih kemenangan.

"Eleh sikit sikit nak mengugut" kata daniel lalu kembali menikmati makanannya.

💎💎💎💎

Y/n Pov

Aku sedang memerhati mereka yang sedang bermain , aku tidak dapat mengikuti mereka kerana aku berasa malas. Lagi pula mereka hanya menghabiskan masa dengan bermain game. Aku tak tahu apa yang di fikirkan 2park tu , tapi biarlah mereka buat perkara yang mereka nak.

Tadi mereka bermain permainan lain , sekarang hanya bermain game. Hmm, tiba tiba rasa haus la pula. Aku berdiri dan menuju ke dapur.

Y/n Pov End

💎💎💎💎

Daehwi duduk di atas lantai sambil memandang ke arah rakan rakannya dengan pandangan yang tidak berpuas hati. Dia baru sahaja kalah dalam permainan video yang di mainnya tadi , dia tidak berpuas hati kerana guanlin dan Woojin berkerjasama untuk mengalahkan nya. Manakala dia sendirian melawan mereka berdua.

Woojin dan guanlin hanya tertawa dan saling menepuk tangan apabila rancangan mereka berjaya. Lalu mereka bermain semula dengan rancangan untuk menyingkirkan yang lain. Sasaran pertama mereka jihoon dan kemudian jinyoung

"Jihoon hati hati Woojin ngan guanlin nak kenakan kau tu" kata daehwi apabila mengetahui rancangan Woojin dan guanlin.

"Yah main tipu" kata jihoon

Woojin dan guanlin hanya menjelirkan lidah sahaja

"Sungwoon hyung tolong aku kalahkan drakula dan tiang ni" kata jihoon

"Ok" kata Sungwoon

"Yah!!" Kata Woojin dan guanlin serentak , tidak berpuas hati dengan nama gelaran yang di beri dan kerana jihoon mengikut strategi mereka

[C] Ability || Lee DaehwiWhere stories live. Discover now