[08]

157 29 8
                                    

Y/n sedang termenung sendiri di dalam biliknya , lagu yang berbunyi daripada tadi hanya di biarkan. Dia sedang berfikir mengenai perbincangannya bersama daniel semalam. Dia masih teringat segala yang mereka katakan semalam

Flashback

Y/n Pov

"Aku nak tanya sesuatu ni" aku bertanya sambil memandang ke arah daniel.

Dia kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu nampak nya aku boleh harapkan dia. Kemudian dia mula bersuara

"Hmm kenapa?" Tanya daniel

"Berapa lama kau kenal daehwi?" Kemudian daniel kelihatan seperti berfikir lagi

"Lama dah dan jangan panggil aku guna kau , aku ni lebih tua so kena panggil aku oppa" balas daniel , aku hanya memandangnya dengan wajah datar.

"Yalah yalah"

"Hmm daehwi tu dia ada apa apa masalah tak?"

"Entah aku nampak dia ok ja takda masalah apa apa" kata daniel dan aku hanya mengangguk

Aku memandangnya sekali lagi apabila dia kelihatan seperti hendak bersuara lagi. Mungkin dia ingat sesuatu.

"Sejak bila kau ambil berat tentang dia ni?"

Mula dah

"Ohhh~ aku dah faham , nampaknya ada orang suka daehwi" kata daniel sambil memasang wajah 😏

Ok aku tarik balik apa aku cakap tadi , dia ni sama ja tak boleh di harap. Pemikiran dia dan minji sama ja

End Flashback

Y/n kemudiannya berfikir semula , siapa lagi orang yang boleh di harap untuk semua ni. Dia malas berhadapan dengan orang seperti Daniel dan Minji .

"Eh sejak bila aku pasang lagu ni" tanya y/n seorang diri apabila mendapati telefonnya sedang memainkan sebuah lagu.

Padahal sebenarnya dia sendiri yang memasang lagu pada telefonnya tadi. Ingin hilangkan bosan katanya dan kini entah bagaimana dia boleh melupakan perkara itu.


💎💎💎💎


"Jadi kau nak cakap yang daehwi tu sembunyikan sesuatu" tanya minji serius. Setelah y/n memberitahu minji bahawa dia telah melihat ke mata daehwi dan mengetahui perasaan daehwi , minji kini kelihatan serius

"Nampak nya macam tu lah" kata y/n dan minji kelihatan seperti sedang berfikir.

"Tapi aku nampak dia macam ok ja , hyper lagi" kata minji yang masih tidak percaya bahawa daehwi menyembunyikan sesuatu yang tidak ingin diketahui oleh semua orang termasuk rakan rakannya sendiri

"Sebab tu lah aku hairan , aku rasa semua tu cuma lakonan dia" balas y/n

"Hmm mungkin , so kau nak buat apa?" Tanya minji

"Aku rasa nak cari tahu tapi nanti dia fikir aku ni busybody la pula" kata y/n sambil tersengih.

"Haha baik kita jangan masuk campur , kita tunggu dia bersedia untuk cerita kan semua masalah dia dulu" kata minji dan mendapat anggukan daripada y/n.

Walaupun y/n benar benar ingin tahu tapi dia tidak ingin di anggap sebagai seseorang yang suka menjaga tepi kain orang. Y/n bersetuju dengan kata kata minji untuk membiarkan daehwi bersedia untuk berkongsi masalahnya dengan mereka.

[C] Ability || Lee DaehwiWhere stories live. Discover now