"Oi" kata seseorang yang di kenali sebagai minji oleh y/n
"Apa ingat aku takda nama " kata y/n dan minji hanya tersengih ke arah y/n
"Hehe takda cuma aku lupa nak cakap semalam cikgu suruh bagitahu kat kau dan daehwi untuk ambil peralatan sukan kat stor" terang minji panjang lebar kepada y/n. Y/n pula sudah mengeluh malas
"Kenapa aku pula" kata y/n tidak puas hati
"Kau kan bertugas untuk minggu ni" kata minji dan barulah y/n faham kenapa cikgu menyuruhnya untuk pergi mengambil dan menyediakan peralatan itu.
"Tapi-" tidak sempat y/n ingin sambung memprotes , minji yang tahu apa yang ingin dikatakan oleh y/n memotong
"Minggu ni kau dan daehwi bertugas , dah cepat ajak daehwi nanti cikgu marah" kata minji lalu menolak y/n ke arah daehwi yang sedang bersembang bersama dengan jihoon dan Woojin
Manakala , daehwi pula sedang seronok bersembang bersama dengan jihoon dan Woojin. Tiba tiba kedatangan y/n menyebabkan mereka bertiga memandang ke arah nya. Y/n yang tujuannya untuk mengajak daehwi untuk mengambil peralatan sukan hanya memandang ke arah daehwi
"Daehwi , cikgu nak kita dua ambil peralatan sukan dan jangan tanya kenapa" kata y/n dan apabila dia ternampak Woojin yang seperti ingin bertanya dengan segera dia berkata jangan tanya.
"Hahaha" jihoon mentertawakan Woojin
"Ok jom" kata daehwi lalu menarik tangan y/n
"Wuuu~" kata jihoon dan Woojin serentak le arah daehwi dan y/n.
Minji yang turut menyaksikan perkara itu hanya tertawa. Y/n pula hanya membiarkan sahaja Woojin dan jihoon yang suka mengusik orang. Tetapi y/n berasa hairan kenapa daehwi menarik tangannya kerana boleh sahaja y/n pergi dengan sendiri tanpa di tarik tapi mungkin daehwi hanya ingin menyiapkan kerja mereka dengan pantas. Fikir y/n.
Tidak lama kemudian y/n dan daehwi tiba di stor sukan. Mereka mengagihkan tugas masing masing . Mereka mengambil keputusan untuk mengambil peralatan yang ringan terlebih dahulu untuk memudahkan kerja mereka.
Memandangkan hari ini pelajar perempuan kelas mereka akan bermain bola jaring dan pelajar lelaki akan bermain bola sepak. Y/n dan daehwi memutuskan untuk mengambil jaring terlebih dahulu. Y/n mengambil jaring untuk bola jaring dan daehwi akan mengambil jaring untuk bola sepak.
"Huaaa~ aku dah penat" kata daehwi lalu terduduk di tepi pintu stor sukan
"Itu pun penat" kata y/n sambil menggelengkan kepalanya
"Yalah dahlah dewan ngan stor ni jauh ,sakit kaki tau tak" kata daehwi pula dan y/n hanya tertawa dengan perangai daehwi yang bagi y/n seperti kanak kanak itu.
Y/n setuju dengan kata kata daehwi , stor dan dewan dimana mereka mengumpulkan semua peralatan itu sedikit jauh.
💎💎💎💎
Rakan sekelas y/n sudah berada di dewan di mana y/n dan daehwi mengumpulkan peralatan itu. Semua peralatan seperti jaring dan lain lain telah tersusun kecuali bola untuk mereka bermain sahaja yang tiada. Y/n dan juga daehwi juga tiada.Cikgu meminta mereka memanaskan badan terlebih dahulu sementara menunggu daehwi dan y/n tiba. Mereka berlari lima pusingan mengelilingi gelanggang di dewan itu.
Apabila mereka menyelesaikan larian mereka , minji mendekati jihoon dan Woojin. Dia ingin bertanya sesuatu kepada mereka kerana y/n dan daehwi masih belum tiba
"Oi 2park" Kata minji dengan selamba kerana dia sudah terbiasa memanggil mereka berdua dengan panggilan itu. Jihoon dan Woojin juga tidak marah di panggil dengan nama itu.
Jihoon dan Woojin serentak memandang ke arah minji.
"Apa?" kata kedua duanya serentak
"Nampak daehwi dan y/n tak?" Soal minji
Jihoon dan Woojin hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Minji sudah berasa hairan , namun perasaan hairan itu hilang apabila dua orang yang di carinya itu datang bersama dengan bola bola yang akan mereka gunakan hari ini.
"Y/n!~" kata minji lalu berlari ke arah y/n
Y/n meletakkan bola yang berada di dalam genggamannya , begitu juga dengan daehwi. Kemudian y/n berjalan mendekati minji yang berlari ke arahnya dan daehwi berjalan ke arah jihoon dan Woojin.
"Lamanya apa yang korang buat hah?" tanya Woojin lalu merangkul bahu daehwi sebaik saja daehwi tiba ke arah nya dan jihoon
"Issh mana ada" kata daehwi lalu melarikan diri daripada Woojin.
"Habis tu kenapa lama sangat?" Tanya jihoon pula
"Hmmm entah" kata daehwi lalu tersenyum
Woojin dan jihoon sudah berfikiran yang pelik pelik apabila melihat senyuman daehwi , walaupun sebenarnya daehwi hanya berpura pura sahaja . Dia ingin mengenakan kedua dua orang rakannya itu . Woojin dan jihoon memandang daehwi dengan pandangan yang sukar untuk di tafsir
"Yah! Takda apalah , tadi kitaorang lambat sebab kitaorang tak jumpa bola tu kat mana" kata daehwi apabila dia menyedari pandangan pelik daripada Woojin dan jihoon itu. Dia sendiri binggung dengan pemikiran kedua orang rakannya itu.
"Huh , nasib baik" kata daehwi di dalam hati apabila Woojin dan jihoon mempercayai ceritanya , walaupun dia tidak menceritakan semuanya.
💎💎💎💎
"Y/n aku nak balik~" rengek minji apabila dia terpaksa berada lama sedikit di sekolah kerana ada urusan. Hari itu , kelab minji iaitu kelab ICT mengadakan perjumpaan dan minji sebagai setiausaha kelab itu wajib hadirY/n hanya mampu menggelengkan kepalanya , dia juga hairan bagaimana minji mendapat jawatan itu jika minji merupakan seorang yang pemalas.
"Haih macam mana lah diorang pilih kau jadi setiausaha " kata y/n bergurau dengan minji , sengaja agar minji menghadiri perjumpaan itu.
"Ehh diorang pilih aku sebab aku ni layak tau , cuma hari ni aku rasa malas lah" kata minji dan tidak lagi merengek seperti tadi
"Takda malas malas , bye aku nak balik" kata y/n lalu meninggalkan minji yang sedang mencebik
Setelah beberapa minit meninggalkan sekolah y/n mengambil keputusan untuk singgah sebentar ke sebuah gerai ais krim. Dia tiba tiba ingin makan ais krim petang itu.
TBC
Long time no update , sorry for the boring chapter
Vote and Comment
YOU ARE READING
[C] Ability || Lee Daehwi
Fanfiction[Complete] Apakah rahsia yang disembunyikan olehnya? Disebalik wajah tersenyun dan sifatnya yang ceria tersebut. Sebuah rahsia yang telah tersimpan lama tanpa ada rasa ingin meluahkan rahsia tersebut. Tetapi nampaknya seseorang mengetahui rahsia te...