[22]

121 24 0
                                    

Pagi yang cerah , semua orang selalunya akan memulakan hari dengan hati yang tenang. Tapi tidak bagi daehwi , dia kini sedang berpeluh peluh. Dihadapan dua orang sedang berlari dahulu meninggalkannya yang sedang kepenatan. Apabila melihat daehwi yang kepenatan dua orang itu mengundurkan langkah dan menuju ke arah daehwi.

"Aku nak balik , aku dah penat" kata daehwi sambil menunduk dan meletakkan tangannya pada lututnya.

"Tak boleh , kau kena bersenam" kata salah seorang daripada dua orang yang mengganggu pagi daehwi

"Betul tu , cepat tegak dan lari lagi" kata lagi seorang

"Tak nak , dahlah korang berdua awal pagi serbu rumah aku" balas daehwi lalu duduk sahaja pada jalan raya yang kini sedang kosong tanpa kereta.

Dua orang itu , jihoon dan Woojin hanya tersengih mengingat betapa awalnya mereka berdua mengajak daehwi untuk berlari pagi. Awal pagi lagi iaitu pada pukul 5 pagi , mereka berdua telah berada di hadapan rumah daehwi dan menekan lonceng berkali kali. Daehwi yang belum terbangun tidak mendengar bunyi lonceng itu.

Lalu jihoon dan Woojin mengetuk lagi sehinggalah seseorang membuka pintu , muncullah daehwi yang baru terjaga dari lena di hadapan pintu. Dia tidak dapat berbuat apa apa apabila jihoon dan Woojin menariknya ke dalam rumah. Mereka menyuruh daehwi menukar pakaiannya daripada pakaian tidur kepada pakaian sukan.

Daehwi yang masih mamai kerana baru bangun tidur hanya mengikut sahaja , jihoon dan Woojin menunggunya di ruang tamu. Tidak lama kemudian dia turun dan sekali lagi jihoon dan Woojin menariknya. Tidak lama kemudian mereka berdua mengajaknya untuk berlari pagi dan dia tidak dapat mengelak kerana kunci rumahnya ada pada Woojin

"Hehe ini untuk kesihatan kau lah" balas Woojin pula apabila daehwi merungut

"Aku sihat lah , bila masa pula aku sakit?" Kata daehwi lalu berdiri semula

"Eh ya lah kenapa kita ajak dia lari pagi tadi?" Tanya jihoon , Woojin hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Daehwi menepuk dahinya dan hanya mampu pasrah kerana mendapat rakan seperti mereka berdua. Entah kenapa tiba tiba mengajaknya lari pagi

💎💎💎💎

Daehwi Pov

Aku tak tahu apa muslihat 2park ni. Yang aku tahu sekarang ni aku penat , aku nak balik lagi pun dah sejam kami lari. Aku memandang ke hadapan , nampak mereka berdua sedang leka. Aku memperlahankan langkah ku , risau jika mereka sedar bahawa aku ingin melarikan diri. Apabila mereka mula menjauh , aku mengambil jalan lain.

Aku melarikan diri daripada 2park itu , akhirnya aku tiba di sebuah perhentian bas. Aku melihat ke kiri dan kanan , selamat tiada 2park tu. Akhirnya aku boleh rehat. Aku mengatur langkah ke arah perhentian bas itu lalu duduk , nasib baik aku ada bawa telefon aku tadi. Taklah aku bosan

Entah apa yang 2park tu fikir , aku baru ja plan nak tidur lama lama tadi. Dahlah datang awal pagi , kunci rumah aku pun diorang tak nak pulangkan. Huwaaa someone help me (╥﹏╥)

Ting!

Eh Siapa yang mesej aku ni? Aku harap bukan 2park tu. Nama y/n tertera pada skrin telefonku , huh nasib baik. Tanpa menunggu lama aku membaca mesej yang dihantar oleh y/n.

Y/n 😺

Hi

Sorry kalah kacau

Hi y/n~

Taklah mana ada kacau

[C] Ability || Lee DaehwiWhere stories live. Discover now