Alarm pada Iphone 7 Ammar berbunyi untuk mengejutkan dirinya agar bersiap untuk ke pejabat. Ammar lantas bangun dan mengambil tualanya lalu menuju ke bilik air. Selepas bersiap, dia menunaikan solat Subuh. Selepas menunaikan kewajipan, dia memilih baju. Dia mengenakan kemeja dan kot biru tua serta seluar slack pada dirinya. Dia memeriksa aplikasi Whatsappnya dan kelihatan Nasyirah, pembantu peribadinya meninggalkan satu mesej.
'' Assalammualaikum Tuan Ammar, harini ada meeting jam 9.00 pagi - 3.00 petang dengan Empire Holding.''
Kelihatan mesej itu dihantar pada jam 6.30 pagi tadi dan sekarang sudah jam 7.00 pagi.
'' Sempat lagi nak breakfast ni. Singgah McD je lah nanti. '' bisik hatinya.
Dia mencapai briefcase dan kunci kereta. Telefon dan wallet juga tidak lupa. Kalau tak ada, Ammar sanggup balik ke rumah hanya untuk telefon kesayangannya dan walletnya. Nasib baik jarak rumah dengan office dekat je.
Ammar mengunci pintu rumahnya lalu masuk ke dalam perut kereta. Audi A5 itu meluncur laju.
Setibanya di McD, Ammar mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan Drive-Thru kerana dia malas nak keluar dari kereta. Lebih-lebih lagi bila dia nampak ramai pelanggan beratur panjang.
'' Haish! Memang taklah aku nak keluar. Pagi-pagi pun ramai ke? Dah lah aku lapar ni. '' sambil memegang perutnya.
Setelah order, Ammar memeruskan perjalanan ke pejabat. Ammar menjeling jam tangannya dan menunjukkan jam 8.15 pagi. Ammar menekan pedal minyak. Kelajuannya meningkat. Dia tak mahu lambat ke pejabat. As CEO SkyUnit Holding, dia perlu jadi role model kepada staffnya.
Kereta diparkir di tempat khas. Tangan kiri memegang bungkusan makanan dan tangan kanan memegang briefcase. Pintu entrance dibuka. Butang lif ditekan untuk menuju ke tingkat 7. Keluar sahaja dari lif, Ammar menuju ke bilik pejabatnya dan Nasyirah sempat memberi senyuman dan sapaan.
'' Assalammualaikum and Good Morning Tuan Ammar. Meeting akan berlangsung lagi 30 minit ye. '' kata Nasyirah.
'' Waalaikumussalam. Morning. Ok. Hhmm Nasyirah selepas meeting ni saya nak awak batalkan semua appointment sebab saya ada urusan penting yang nak diselesaikan. Thanks.''
'' Baik Tuan. Have a nice day. '' kata Nasyirah sambil melemparkan senyuman.
Nasyirah ni dah jadi P.A Ammar selama 3 tahun. Dari Nasyirah single sampailah Nasyirah dah kahwin, dia tetap setia dengan SkyUnit Holding dan Tuan Ammar. Lagipun Nasyirah faham dengan perangai bossnya. Jadi, dia dah biasa lebih-lebih lagi hal yang berkaitan dengan syarikat.
Ammar menikmati breakfastnya dengan tergopoh-gapah memandangkan dia hanya ada 30 minit. Setelah selesai, dia mengemas meja makan. Baju dikemaskan dan menuju ke meeting room.
YOU ARE READING
Setulus Cinta Tali Pinggang Hitam
RomanceMengisahkan tentang Ammar, 34 yang telah jatuh cinta pada seorang remaja yang baru meningkat ke alam dewasa iaitu Yana, 17. Pertemuan yang tak disangka telah membuatkan mereka mengenali antara satu sama lain. '' Sekeras wanita, ada lembutnya... '' b...