BAB 6

429 27 0
                                    

'' Hello. Assalammualaikum. Ni ahli keluarga Tuan Syed Muammar Aiman ke? '' Nurse.

'' Waalaikumussalam. Ye saya mummy dia. Kenapa
ye? '' Tanya Pn. Sharifah.

'' Puan, anak puan terlibat dalam kes samun dan sekarang dia berada di Hospital Gleaneagles. Boleh puan datang sekarang? '' Nurse.

'' Ya Allah anak aku ! Ok. Baik nurse. Terima kasih ye.'' Katanya dengan resah.

Pn. Sharifah, ibu Ammar terus mematikan panggilan telefon dan mengajak suaminya, En. Amir ke hospital.

Sampai sahaja di wad Ammar, Pn. Sharifah memeluk anak sulungnya itu.

'' Ya Allah Ammar... macam mana boleh jadi macam ni nak? Siapa yang samun kamu? Dah buat report? '' Bertubi - tubi soalan yang dikemukakan oleh mummynya.

'' Mummy, Am okay. Belum buat report lagi. Lepas discharge nanti Am buat report. '' Jawab Ammar dengan santun.

'' Ammar barang kamu macam mana? Dah dapat balik? '' tanya En. Amir.

'' Belum daddy... sekarang ni Am redha je. '' Jawab Ammar lemah.

Tiba-tiba pintu diketuk dan kelihatan seorang nurse masuk ke dalam wad Ammar.

'' Tuan Ammar, ini semua barang Tuan Ammar. '' Kata nurse itu lalu meletakkannya di sebelah meja katil.
Kelihatan jam tangan Polo kesayangannya, wallet dan kunci kereta.

'' Tuan Ammar, lagi satu ini surat laporan polis yang telah dibuat terhadap kes samun tuan. '' Nurse itu menyerahkannya ke tangan Ammar.

Satu persatu dibaca oleh Ammar.

Kes samun di belakang lorong Restoran BBH, Setiawangsa pada 15 Oktober 2018 kira-kira jam 5.00 petang. 2 suspek bersenjatakan pisau dan parang telah melarikan diri. Barang mangsa dapat diselamatkan.
Pelapor : Elliyana Hanisah binti Dato' Zulkifli
Rashid, 17

Ammar terdiam.

'' Am kata Am tak buat report lagi? Ni kenapa tiba-tiba surat report dah ada? '' tanya Pn. Sharifah

'' Adalah tu insan istimewa tolong anak mummy yang handsome ni.'' Usik Ammar.

Mummy hanya menggelengkan kepala. Encik Amir hanya tergelak kecil melihat gelagat anak dan isterinya.

Encik Amir dan Pn. Sharifah pulang pada jam 10.00 malam. Pn. Sharifah tak henti-henti membawang dengan anak sulungnya. Mungkin dah lama tak berjumpa dengan Ammar. Lebih-lebih lagi bila Ammar dah ambil alih jawatan ayahnya di syarikat. Memang lagi busy la jawabnya.

----------------------------------------

Yana sampai di rumah pada jam 10.30 malam. Dia masuk ke rumah dan menyalam tangan abangnya, Harris yang sedang menonton televisyen.

'' Dik lambatnya kamu balik? Dari mana? Kenapa lambat sangat? Tahu tengok jam tak? 23 missed call dik. '' tanya Harris.

'' Adik ada extra class. Lepastu adik singgah McD jap. Supper. '' Tipu Yana. Padahal dia tak makan lagi.

Dia terus naik ke bilik kerana tak mahu disoal lebih banyak lagi. Dia mandi dan menunaikan solat Isyak. Dia mengemas barang untuk ke sekolah esok. Tiba- tiba dia teringat akan black beltnya tertinggal di hospital.

'' Eeee ... Yana! Macam mana boleh tinggal? Dahlah lusa ada training. Habislah nanti Sir Ahmad marah kau... padanlah dengan muka kau. '' Yana menepuk dahinya.

Yana malas nak fikir panjang. Lebih baik dia tidur.

'' Rest Yana. Today is such a tired day. Don't think about the belt. Just sleep. '' pujuk hatinya.

Yana pun tertidur.

Setulus Cinta Tali Pinggang HitamWhere stories live. Discover now