BAB 5

446 19 1
                                    

Yana berjalan pantas. Risau betul dia dengan lelaki tadi.

'' Hmm nurse? Saya nak tanya.. tadi saya ada selamatkan salah seorang mangsa samun. Paramedik ada bagitahu nurse? '' Yana.

'' Oh ye ye... ada.. cik nak melawat Tuan Ammar ye? Sekejap ye.'' Nurse.

Yana pun tak tahu nama lelaki tadi. Dia mengiyakannya sahaja.

'' Ok cik, ward Tuan Ammar nombor 550 ye. Cik belok kanan dan wardnya ada dekat sebelah kiri cik. '' Nurse.

'' Ok .. thanks nurse. Before that, nah surat laporan polis. Saya nak minta tolong nurse ni. Tolong bagi surat ni dekat mangsa ye. '' Yana.

'' Ok. Sebelum tu.. nama Cik?'' Nurse.

'' Yana '' katanya sambil tersenyum sehingga menampakkan bracesnya.

Yana menuju ke bilik Ammar. Dia mengikut kata-kata nurse tadi. Bilik itu diketuknya sebelum masuk. Yana teringat akan kata-kata abangnya.

FLASHBACK
Ketika Yana berumur 16 tahun, dia selalu kacau abangnya buat kerja.

'' Lain kali kalau nak masuk bilik orang, ketuk dulu dik. Ni main semberono je. '' Harris

End of flashback.

Yana tersenyum apabila teringat akan kata-kata abangnya.

Apabila dia masuk, dia melihat sosok tubuh seorang lelaki terbaring lemah di atas katil. Beltnya dibuka dan diletakkan diatas meja. Beg galas diturunkan ke lantai.

Dia termenung melihat wajah mangsa. Matanya meliar sehingga ke kepala katil. Terpampar namanya.

'' Syed Muammar Aiman bin Syed Amir Muzaffar. Sedapnya nama. '' bisik hati Yana sambil tersenyum.

Entah kenapa tiba-tiba sahaja Yana prihatin terhadap Ammar. Yana bukannya kenal sangat dengan lelaki ni. Mungkin dia lebih tua daripada Yana dan itu yang membuatkan Yana risau terhadap Ammar.

Setelah beberapa minit Yana termenung, dia pun ingin melangkah keluar. Tanpa dia sedari, Ammar telah sedar dari pengsan. Tangan Yana yang berlapik digenggam. Iya, digenggam erat oleh Ammar. Namun, ketika itu, Ammar lemah. Yana melepaskan tangannya dari genggaman Ammar.

'' Terima kasih sebab selamatkan saya tadi. Siapa nama? '' Tanya Ammar.

'' Oh ha sama-sama. Just a small matter. By the way, saya nak tanya awak, awak tak ada tangan sendiri ke nak pegang? Suka hati je nak pegang tangan orang. '' marah Yana.

Ammar tergelak kecil.

'' Oh girl. You really made my day. Tiba-tiba je nak marah. '' bisik hati Ammar.

'' Sorry. Hmm awak tak jawab lagi pertanyaan saya. '' tanya Ammar.

'' Oh... hehehe Yana! '' sambil membuat peace dan senyum sehingga menampakkan bracesnya.

'' Tadi marah sangat. Ni sengih-sengih pulak. Aduhai macam-macam. '' bisik hati Ammar lagi.

'' Ok Tuan Ammar. Saya nak balik dulu. Assalammualaikum. '' pinta Yana sambil mengambil beg galasnya.

'' Waalaikumussalam '' jawab Ammar.

'' Hey Qtpie, take care please. '' Hati Ammar berbisik.

Setulus Cinta Tali Pinggang HitamWhere stories live. Discover now