BAB 35

229 7 0
                                    

Sudah tiba masanya abang Harris membina rumah tangga. Majlis yang diadakan di hotel itu disambut dengan meriah sekali. Kawan-kawan sepejabat abang Harris turut datang untuk memeriahkan majlis.

" Hmm cantiknya kak Balqis.. " puji Yana kepada wanita tidak bertudung itu.

" Alahai... Yana pun apa kurangnya? " kata kak Balqis.

" Sudah-sudah. Yana suami kamu mana? Dia tahu ke kamu dekat sini? " kata ummi.

" Ye ummi. Am tahu Yana dekat sini. Dia dengan abang Harris la tu. " kata Yana lagi.

" Ha baguslah. " - Ummi

Telefon Yana berdering.

My lovely husband ❤

" Hello Sayang. " - Ammar

" Iye Abang? Kenapa? " - Yana

" Takde apa. Sayang ok tak? You have to accompany the bride. " - Ammar

" Yes Abang. I'm okay. Kenapa risau sangat? Ummi pun ada ni. " - Yana

" Eh Sayang lupa ke? Next week Sayang SPM. Ni dah breakfast belum? " - Ammar

" Abang! Sayang tak nyanyuk lagi tau! " marah Yana.

Ammar ketawa kecil.

Ummi memukul lengan Yana.

" Apa cakap dengan suami macam tu? " - Ummi

Yana menggeleng tanda tidak setuju.

" Dah. Sayang dah breakfast. Abang Harris dah siap ke? " - Yana

" Dah.. kak Balqis? " - Ammar

" Dah juga.. so abang, see you at downstair. Bye " - Yana

" Bye. Love you! " - Ammar

" I love you more abang! " - Yana

Panggilan telefon dimatikan. Yana mengukir senyuman. Ummi pula bercekak pinggang.

" Eee kamu ni. Ummi kahwinkan kamu sekali lagi nanti baru tahu. " kata Ummi.

Yana dan kak Balqis ketawa kecil. Betapa bahagianya keluarga mereka.

-------------------------------------------------------

Ketika di dewan, kelihatan ramai tetamu meraikan ketibaan pengantin. Yana, ummi dan Puan Komariah iaitu ibu kak Balqis menemani pengantin perempuan. Begitu juga dengan Ammar dan Abah yang menemani abang Harris.

" Tarik nafas bang. In Shaa Allah sekali lafaz. " Ammar cuba menenangkan Abang Harris yang sedang berhadapan dengan tok kadi dan bakal bapa mertuanya itu.

" Boleh kita mula? " kata Tok Kadi.

Abang Harris mengangguk tanda setuju.

" Elmustafa Harris bin Dato' Zulkifli Rashid "

" Saya! "

" Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Shuhada Balqis Khan binti Zamarul Ali Khan dengan mas kahwinnya RM2500 tunai. "

" Aku terima nikahnya Shuhada Balqis Khan binti Zamarul Ali Khan dengan mas kahwinnya RM2500 tunai. "

" Sah? "

" Sah! "

" Alhamdulillah. "

Kelihatan semua orang berasa lega dan bersyukur. Yana melihat wajah ummi dan abah. Kelihatan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa telah dilaksanakan dengan baik. Abang Harris pula sudah menjadi ketua keluarga. Dia ada tanggungjawab yang besar. Abang Harris menuju ke arah kak Balqis. Cincin telah disarung. Kak Balqis menyalam tangan abang Harris dan abang Harris mengucup dahi kak Balqis.
Semua orang tersenyum melihat pasangan mempelai itu.

Setulus Cinta Tali Pinggang HitamWhere stories live. Discover now