Tepat jam 12.00 tengah hari, Ammar keluar dari pejabat. Dia turun dari tingkat 7 dan masuk ke dalam perut kereta. Belt milik Yana ada di seat sebelah. Dia menuju ke sekolah Yana untuk memulangkan belt itu.
Setibanya di ISKL, dia keluar dari perut kereta dan menuju ke pondok pengawal. Pas lawatan diberikan.
" Assalammualaikum pak cik, Saya nak jumpa Elliyana Hanisah Dato' Zulkifli Rashid. Macam mana nak jumpa dia ye?" Tanya Ammar.
" Waalaikumussalam. Oh Yana ke? Encik boleh terus ke pejabat. Kerani boleh buat announcement terus."
" Oh terima kasih pak cik. "
Ammar menuju ke pejabat dan memberitahu kerani bahawa dia nak berjumpa dengan Yana. Kerani itu menurut lantas membuat pengumuman.
" Attention to Elliyana Hanisah binti Dato' Zulkifli Rashid from 5 Budi, please go to the office now. I repeat, Attention to Elliyana Hanisah binti Dato' Zulkifli Rashid from 5 Budi, please go to the office now.
--------------------------
" Wei Yana! Turun office. " kata Kama.
" Ye aku dengar. " katanya sambil mengemas buku- buku dan pergi bersama begnya.
" Yana! Nape bawa beg? " tanya Kama lagi.
" kau tengok jam sekarang dah pukul berapa? 12.20 p.m. kan? Another 10 minutes. Chill la. Cikgu pun tak masuk. Bye Kama! 😉 " kata Yana.
Yana menekan butang lif untuk menuju ke office. Terbeliak biji matanya melihat Ammar berada di depan office. Dia berjalan ke arah Ammar. Yana mendongak. Tinggi Yana 156 cm je tau.
" Encik Ammar nak apa? Macam mana tahu saya sekolah dekat sini?"
" Tak payah nak panggil encik sangat la. Panggil je Ammar. Macam mana saya tahu tu tak penting. Nah... belt awak. "
" Wahhhhahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh thanks a lot. Oh my god.. thank you !!! "
Disebabkan Yana terlalu gembira, dia TERpeluk Ammar. Selama 1 minit, baru dia tersedar. Ammar terkaku.
" Ahh sorry! Sorry! " pinta Yana sambil menekup mukanya menahan malu.
Seumur hidup dia tak pernah peluk lelaki selain daripada abah dan abangnya.
" Encik Amm.... eh Ammar.. saya sebenarnya ada kelas taekwondo kejap lagi."
" Oh ye ke... takpelah awak tukar baju dulu then saya pergi solat Jumaat. " kata Ammar.
Yana terus melangkah ke bilik persalinan untuk menyalin baju Dobok ( baju taekwondo). Tudung bawal dimasukkan ke dalam baju. Tali pinggang diikat kemas. Apabila dia keluar dari bilik persalinan, dia terkejut melihat Ammar yang sedang menunggunya. Mata Ammar tidak lekang memandang dirinya.
" Masya-Allah cantiknya dia pakai baju tu." Bisik hati Ammar.
" Yang dia ni dah kenapa... tengok aku macam nak makan? Tak pernah tengok orang pakai baju ni ke sebelum ni? " bisik hati Yana.
" Ammar, Yana habis class pukul 3.30 petang nanti. Ammar pergi la Solat Jumaat. Sir Ahmad pun tak ada ni." Kata Yana lagi.
" Okay. Saya pergi dulu. Awak tunggu saya dekat sini. " arah Ammar.
Yana mengiyakannya sahaja. Malas dia nak berlawan mulut. Dia masuk ke dalam dewan dan memulakan latihan. Sir Ahmad pergi solat Jumaat jadi sempatlah sikit dia hafal Taegeuk yang disuruh oleh Sir Ahmad minggu lepas.
* Taegeuk : pergerakan dalam seni taekwondo.
YOU ARE READING
Setulus Cinta Tali Pinggang Hitam
RomanceMengisahkan tentang Ammar, 34 yang telah jatuh cinta pada seorang remaja yang baru meningkat ke alam dewasa iaitu Yana, 17. Pertemuan yang tak disangka telah membuatkan mereka mengenali antara satu sama lain. '' Sekeras wanita, ada lembutnya... '' b...