BAB 7

423 22 1
                                    

Keesokan paginya, Ammar dah boleh discharge dari hospital. Dia mengemas barang-barangnya. Tiba-tiba dia ternampak segelung black belt. Dibeleknya black belt tu.

'' Oh Yana punya ke? Hish budak ni pelupa betul. '' kata Ammar selepas mambaca nama yang terdapat pada black belt itu.

-----------------------------------------

'' Hello Nasyirah. Saya nak awak suruh 2 orang pekerja lelaki ambilkan kereta saya. Nanti saya send location. Kunci spare ada dekat dalam pejabat saya dalam laci meja. '' kata Ammar.

'' Baik tuan.. '' Nasyirah.

'' Lagi satu dapatkan maklumat tentang seorang budak perempuan ni. Elliyana Hanisah binti Dato' Zulkifli Rashid. Saya nak maklumat dia sampai dekat saya sebelum jam 3.30 petang. Faham? '' arah Ammar.

'' Faham tuan.''

Panggilan telefon dimatikan. Ammar berehat di ruang tamu. Jam telah menunjukkan jam 1.30 petang. Dia naik ke bilik untuk menunaikan solat Zohor. Selepas melaksanakan kewajipan, dia turun semula ke ruang tamu.

Dia terdengar bunyi enjin kereta berhenti dihadapan rumahnya. Kereta Audi A5 miliknya telah sampai ke pangkuan. Dia membuka pagar rumah dan kereta itu diparkir rapi.

'' Terima Kasih sebab bawa balik kereta saya. Nah.. '' Ammar memghulur wang sebanyak RM300 kepada dua orang pekerjanya itu.

'' Tapi tuan.... ''

'' Dah tak ada tapi-tapi. Anggap ni sebagai sedekah untuk kamu dan keluarga kamu. '' kata Ammar.

Pekerjanya itu memgucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Ammar mnutup pintu pagar rumahnya dan masuk ke rumah.

Ting! Ting! Ting!

Ammar membuka Iphone 7 miliknya dan membuka aplikasi Whatsapp. Kelihatan Nasyirah meninggalkan beberapa mesej. Laju je tangan Ammar membuka mesej Nasyirah.

International School Kuala Lumpur ( ISKL ) Portal
Student Information

Name : Elliyana Hanisah binti Dato' Zulkifli Rashid
Age : 17 years old
DOB : 27th March
POB : Prince Court Medical Centre
Father's name : Dato' Zulkifli Rashid
Mother's name : Datin Marissa Damia
Sibling : Elmustafa Harris bin Dato' Zulkifli Rashid
UPSR : 5A's
PT3 : 9A's 1B
Hobby : Taekwondo
Awards : Icon of Princess Personality, Excellent Student Award 2017, Best Taekwondo Student Award 2015-2017

'' Hmm boleh tahan juga budak gigi besi ni. '' bisik hati Ammar.

Nasyirah is typing...

Ex-Boyfriend : Tengku Johari bin Tengku Sulaiman.

'' Nasyirah ni saje nak ngusik aku ke apa? '' kata Ammar sambil tergelak kecil.

------------------------------------------------------------

'' Mana abang pergi ni? Kereta takde pun? Assalammualaikum. Abang! Yana dah balik.'' Jerit Yana.

Dia membuka pintu. Rumah kosong. Tiada orang. Dia berjalan menuju ke bilik. Sticky note ditampal di pintu bilik.

Yana.. abang pergi airport ambil abah dengan ummi. Duduk rumah diam2. Jangan keluar pergi mana2.

'' abah dengan ummi nak balik? Oh yes! Kena masak sedap-sedap ni. '' bisik hatinya dengan teruja.

Yelah siapa tak rindu dekat parents yang dah lama tak balik ke rumah. Lagi lagi Ummi dan abah Yana ni. Baru ditinggalkan 2 minggu untuk ke Mekah... nasib baik bukan setahun...

Setulus Cinta Tali Pinggang HitamWhere stories live. Discover now