PROLOG

10K 657 26
                                    

Aku Claire.

Rutin harian persekolahan aku membosankan. Maklumlah aku bernafas di dunia yang kosong. Aku mengimpikan kehidupan seperti di kaca tv. Hmm, hidup bagaikan sang puteri, anak orang kaya-raya. Ada pemandu kereta mewah. Oh! Oh! Kalau ada kuasa tukar-tukar baju pun menarik. Alangkah indahnya sekiranya aku juga memiliki kuasa sihir dan magis. Ataupun jadi wirawati yang hapuskan penjenyah!

Tapi itu semua karut dan mustahil! Aku ni kuat berangan. Haih.. tapi aku masih berharap untuk sesuatu yang luar biasa berlaku dalam hidup aku.

Bagaikan hajat dikabulkan bintang harapan, kehidupan aku berubah apabila muncul seorang pelajar lelaki baru di sekolah aku.

Bercakap tentang pelajar baru. Biasanya mereka pasti akan memiliki paras rupa yang menarik, tubuh yang menggoda, seorang yang bijak, dan mahir bersukan.

Namun, kisah kali ini amatlah berbeza. Pelajar yang baru tiba di sekolah aku ni merupakan seorang yang lembik, pengecut, badan macam papan tak berkotak, urmmm bodoh, dan langsung tak menarik! Dia kelihatan membosankan.

Tapi itu tak bermaksud aku nak merungut tentang dia! Sejujurnya aku dapat rasakan sesuatu yang istimewa tentang dia. Dia seorang yang misteri.

Namanya Teddy. Cukup comel namanya untuk dijadikan bahan ejekkan. Dia tak comel pun. Muka dia macam jerangkung.

Oh, kau tak tau! Sekolah aku ni ramai samseng dan kaki buli. Memandangkan aku ni agak pentingkan diri aku pun jauhkan diri aku daripada masalah mereka.

Tapi, kerana Teddy. Aku berani tampilkan diri. Mungkin.
Siapa sangka? Keberanian aku merupakan satu kesilapan.

Tanpa diduga, aku tersingkap rahsia Teddy.

Kau nak tau rahsia Teddy?

Psst...dia ada ---

dia ada ---

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now