14 - ANGKARA SIAPA?

2.7K 359 5
                                    

Hari ini merupakan hari Isnin. Hari pertama bagi memulakan persekolahan buat minggu yang baru. Namun, Claire Venema membuat keputusan untuk tidak pergi ke sekolah. Kekal terbaring di atas katil bersama selimut tebal yang membaluti tubuhnya. Wajah gadis itu kelihatan begitu sembam.

Pandangan matanya leka membelek telefon pintar. Berusaha ingin mengkhayalkan mindanya daripada memikirkan hal semalam.

Sejujurnya peristiwa yang berlaku di waktu senja semalam merupakan perkara yang paling tidak boleh dirinya lupa.
Claire takut untuk berdepan dengan Robin. Takut terserempak di sekolah. Claire Venema trauma dengan Robin. Siapa tak takut? Ditengking herdik. Lelaki itu juga telah mengugut untuk membunuhnya.

Sepanjang malam Claire langsung tidak dapat tidur. Hampir setiap saat dirinya menangis teresak-esak. Bersendirian tanpa sesiapa untuk meluahkan perasaannya.

Sesuatu telah berlaku dan Claire tidak mampu merungkainya.

Siapa yang patut Claire rujuk?

Jenny?

Seringkali Jenny dijadikan tempat bagi dirinya meluahkan perasaan namun, kali ini Jenny adalah teman yang tidak sesuai untuk dijadikan tempat aduan.

Claire tidak mahu merosakkan hubungan kekeluargaan Jenny dan Robin yang sudah sedia keruh. Lagipun, Jenny ada maklumkan padanya bahawa mereka sedang menghadapi sedikit masalah keluarga.

Masalah keluarga?

Dahi Claire berkurut. Ruang peti mesej pantas dibuka.

💌
Jenny 😘
Adalah sikit masalah keluarga. 😅

Mesej yang dihantar Jenny semalam direnung. Adakah ini satu kebetulan? Masalah keluarga? Tidak. Ini bukan kebetulan. Ia berkaitan.

"Aku bagi kau satu lagi peluang. Bersihkan nama aku, yang kau dah kotorkan pada Jenny."

Suara Robin tergiang-giang di dalam minda si gadis berambut kuning. Ya, tidak boleh dinafikan lagi. Perkara ini berkaitan.

Namun, apa yang berlaku?

Claire bingkas duduk bersila di atas katil. Si gadis berusaha memerah kepala otaknya.

Bersihkan nama baik Robin?

Jenny bodoh percayakan cakap aku?

Maksudnya aku telah katakan sesuatu yang tidak benar kepada Jenny berkenaan Robin?

Apa yang telah berlaku pada Robin?
Robin begitu marah dan kecewa. Lelaki itu mengugut untuk bunuh aku sekiranya aku tak bersihkan nama dia.

Apa fitnah yang telah dilemparkan ke atas Robinson Howie?

Claire menggigit bibir menahan geram. Apa yang berlaku? Siapa punya kerja ni?! Siapa yang begitu kejam mempermainkan dirinya? Seseorang telah melaga-lagakan mereka. Siapa yang sakit hati padanya! Siapa yang bencikan dirinya dan juga Robin?

Siapa? Angkara siapa?!

Claire tersentak. Pandangan matanya terbuntang. Hanya seorang sahaja yang terlintas di mindanya.

Tedros Theodore.

Teddy? Adakah Teddy yang lakukan semua ini? Teddy..lelaki itu begitu jelik dengan sikapnya yang cuba mencungkil rahsianya. Tambahan pula Robin telah membuli Teddy dengan begitu teruk.

Mungkin ini adalah sebahagian daripada permainan Teddy? Teddy ingin membalas dendam.

Pandangan mata Claire terbuntang saat terlihat susuk tubuh seorang lelaki tiba-tiba mucul di hujung simpang masuk lorong sempit di mana Claire dikepung Robin. Seorang lelaki berjaket berkerudung hitam kelihatan berdiri di situ.

"Teddy?"

Claire berbisik perlahan nama lelaki itu. Pandangan matanya berkaca-kaca. Pandangan yang merayu memohon pertolongan.

Robin turut menoleh. Pandangan mata lelaki itu terus merenung pelajar baru itu.

Teddy hanya sekadar berdiri di situ. Mempamerkan ekspresi wajah kosong tanpa perasaan.

"Kau nak masuk campur? Marilah.."

Ujar Robin penuh angkuh.

Teddy hanya sekadar membisukan dirinya. Lelaki berwajah cengkung itu hanya mampu merenung pandangan mata Robinson Howie.

Claire mengigit bibirnya. Jantung gadis itu berdegup dengan begitu kencang. Dirinya kini benar-benar bergantung harap pada Teddy.

Lama Teddy dan Robin bertentang mata namun, tak berapa lama kemudian, akhirnya lelaki berwajah pucat itu pun menundukkan pandangan matanya. Terus melangkah pergi meniggalkan mereka berdua di situ.

Teddy ada di sana ketika dirinya diancam Robin. Adakah ia merupakan satu kebetulan? Atau..adalah ketika itu Teddy sedang ketawakan dirinya?

Bibir Claire terketar-ketar menahan sebak saat mengimbas kembali peristiwa yang berlaku di waktu petang semalam. Semua ini, menyakitkan fikirannya. Hatinya terluka. Adakah benar semua ini aturan permainan Teddy?

Sekiranya tidak... Kenapa Teddy tidak membantunya? Kenapa? Adakah semua ini adalah permainan Teddy?

Air mata Claire mula menitis. Mungkin, ini merupakan amaran daripada Teddy supaya tidak cuba untuk menghampirinya.

Claire menyeka air mata yang mengalir deras. Gadis itu benar-benar takut. Terlalu takut.

Claire perlu lakukan sesuatu. Dirinya tidak boleh berdiam. Kalau tidak, bila perkara ini akan selesai? Dirinya tidak boleh selama-lamanya terkurung di dalam bilik ini.

Jari-jemari Claire mendail nombor telefon seseorang. Siapa lagi kalau bukan sahabatnya, Jenny Loukas. Claire inginkan jawapan. Telefon pintar dilekapkan pada telinga.

Truttt...truttt...truttt...trutt...

Claire menahan sedu saat menanti panggilan di sebelah sana berjawab. Air mata diseka. Nafas ditarik dan dihembuskan bagi cuba meraih ketenangan. Claire perlu dapatkan penjelasan daripada Jenny.

"Hello? Claire?"

Panggilan di sebelah sana berjawab.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now