22 - LARI, CLAIRE. LARI

2.8K 338 11
                                    

Kota Magna. Daerah Lavender.

Malam sepi, sunyi dan gelap. Hanya diterangi dengan lampu jalan.

Claire merenung papan tanda Hotel Lavender. Hotel satu bintang. Pandangan mata biru si gadis berkalih merenung pada bangunan itu pula. Air liur diteguk.

Betul ke Dallas hanya sekadar ingin mengambil gambar? Betul ke? Betul ke Dallas boleh bantu hentikan gejala buli di sekolah?

Si gadis berjaket berkerudung bewarna kelabu melangkah masuk ke dalam bangunan Hotel Lavender. Untuk seketika langkah Claire berhenti. Tubuhnya mengigil kesejukan. Si gadis berambut kuning keemasan itu sedang demam.

Di luar pula langit mendung tidak henti-henti menurunkan hujan gerimis. Mujur bukannya hujan yang lebat mahupun ribut. Tak dapat nak bayangkan bagaimana.

Pandangan mata Claire Venema merenung sekeliling. Orang tak ramai. Yang kelihatan cuma seorang penyambut tetamu di bahagian kaunter pendaftaran. Sekarang bukan musim bercuti. Lagipun siapa yang akan kunjungi Kota Magna waktu begini? Apatah lagi ini bukan musim cuti sekolah. Kalau Dallas lakukan apa-apa, bagaimana dirinya ingin dapatkan bantuan?

Claire mula berasa cemas. Tubuh Claire semakin mengigil. Bukan kerana cuaca yang sejuk semata. Namun, kerana rasa takut yang menghantui dirinya.

Dallas Lawrence. Dia lebih menakutkan berbanding hantu.

Bodoh.

Claire meneguk air liur.

Bodohnya aku. Kenapa aku beranikan diri datang ke sini? Dallas penipu. Entah-entah dia akan buat benda tak elok pada aku. Bodohnya. Macam mana aku boleh terpedaya?

Semuanya kerana Claire begitu terdesak. Terpedaya dengan tawaran daripada pelajar contoh dan juga pengawas sekolah.

Mujur kewarasannya dikembalikan. Claire telah membuat keputusan. Dia perlu patah balik!

Telefon pintar pantas dicapai dari beg kecil yang tersilang pada bahunya.

Hotel Lavender terletak agak jauh dari rumah pangsa Magna. Membazir duit dengan menaiki teksi datang ke sini untuk bertemu Dallas semata.

Bodohnya kau Claire! Bodohnya! Kenapa tiba-tiba jadi begitu bodoh! Ini Dallas Lawrence! Tak akan tak kenal lagi!

Claire Venema tidak henti-henti menyumpah dirinya. Sungguh dirinya kesal atas tindakan yang telah dirinya ambil.

Terkial-kial jari Claire menekan skrin telefon pintar. Aplikasi Teksi dibuka. Tempahan perlu dibuat untuk pulang ke kediaman. Gadis itu perlu pulang cepat sebelum Dallas sedar dan menganggunya.

Dahi Claire berkerut. Kenapa sistem di dalam telefon pintarnya seakan-akan tersangkut? Claire menggigit bibir. Dadanya berdebar-debar.

"Alamak talian tak ada ke? Kenapa lambat?"

Claire berbisik geram.Gadis itu semakin resah dan tidak keruan.

Skrin telefon pintar tiba-tiba bertukar putih! Tidak kenapa sekarang?

Raut wajah si gadis jelas mempamerkan ekspresi keliru. Ada gangguan talian ke?

Bzzzzz....bzzzzzz....bzzzzzz....

Telefon pintar di tangan tiba-tibs bergetar. Siapa?

Panggilan masuk daripada Dallas Jilake 👺

Jantung Claire serta-merta berdegup dengan kencang saat nama lelaki itu terpampang pada skrin telefon.

Bzzzzz....bzzzzz...bzzzz..

Disebabkan terlalu takut, peluh dingin mula kelihatan mengalir pada dahinya. Bertenang Claire. Jangan buat Dallas syak kau nak batalkan rancangan untuk berjumpa dengan dia. Lelaki sial tu tak boleh tau kau dah tiba di sini dan ingin berpatah balik.

Claire menghembuskan keluhan.
Panggilan dijawab. Terketar-ketar tangan Claire melekapkan telefon pada telinganya.

"H-hello.."

Bibir Claire terketar-ketar mengucapkan sepatah perkataan. Agak gugup kedengaran suaranya.

"Hai, Claire sayang. Lama lagi ke? Bila nak naik? Aku dah lapar."

Suara jalang Dallas kedengaran di dalam talian. Terasa meremang seluruh tubuh Claire.

"A-aku..dalam perjalanan."

Claire gugup saat berdusta. Dirinya bersungguh-sungguh cuba mengumpul kekuatan sebanyak yang mungkin untuk bersuara.

"Kenapa ni, sayang? Kau takut ke? Jangan risau, aku akan layan kau elok-elok nanti."

"Aku dalam perjalanan."

Ujar Claire sekali lagi. Sungguh dirinya berdebar dan gelabah saat mendengar segala bait ungkapan jalang daripada Dallas Lawrence.

"Kau pakai jaket kelabu kan?"

Dallas bertanya dalam suara mendatar. Tawa sinis jelas kedengaran di dalam talian.

Pandangan mata Claire terus terbuntang luas! Gadis itu terdiam. Jantungnya laju menendang-nendang dadanya. Dallas tau? Dia dah nampak ke?

"Aku dah nampak kau, Claire Venema. Jangan risau aku akan turun jemput kau naik ke bilik."

Ujar Dallas bersahaja. Panggilan terus dimatikan.

Cemas dan seriau mula memenuhi ruang dada Claire. Sebelum Dallas nampak dirinya, lebih baik Claire bertindak menjauhkan dirinya daripada lelaki sial dan celaka itu. Tiada saat yang boleh dibazirkan, dengan pantas Claire belari keluar dari bangunan Hotel Lavender itu.

Dalam masa yang sama, susuk tubuh seorang lelaki bertopi dan berjaket gelap kelihatan berdiri di tepi bangunan dari tadi, hanya sekadar memerhatikan Claire berlari keluar.

Senyuman sinis terukir pada bibir.

"Claire...claire...kau cuba nak larikan diri?"

Dallas Lawrence berbisik perlahan.

Malangnya Claire, langsung tidak sedar akan kewujudan lelaki berinti syaitan yang sejak dari tadi sudah pun perhatikan dirinya.

"Lari, Claire. Lari. Mari kita lihat, sejauh mana kau boleh lari."

Dallas tertawa sinis. Lelaki itu terus mengorak langkah untuk dapatkan mangsanya.

 Lelaki itu terus mengorak langkah untuk dapatkan mangsanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now