24 - CLAIRE, INI UNTUK KAU

3.3K 382 45
                                    

"Bangun Claire.."

Teddy bersuara mendatar. Pandangan matanya merenung wajah Dallas dengan pandangan mata yang kosong.  Segala perasaan takut berusaha dibuang.

Dallas tersentak dan pantas menoleh.

Claire turut mengangkat wajahnya yang jelas kelihatan tidak terurus. Air mata menitis. Bibir si gadis terketar-ketar.

"Teddy?"

Wajah Claire jelas mempamerkan ekspresi penuh keliru. Bagaimana lelaki ini boleh ada di sini? Adakah kali ini Teddy hadir untuk membantunya?

Teddy meneguk air liur dan memberanikan diri untuk merenung pandangan mata Dallas Lawrence. Jantung Teddy  berdegup dengan begitu kencang.  Perasaan takut mula memenuhi ruang jiwanya. Mampu ke dirinya menyelamatkan Claire dalam keadaan begini?

Dallas menjongketkan keningnya. Kedua tangan disilangkan pada dada.

"Wah, Teddy. Si jerangkung bernyawa. Apa kau buat dekat sini? "

Dallas mengukirkan senyuman sinis. Sungguh Dallas terasa lucu. Apa Teddy nak buat? Nak jadi adiwira? Si lembik macam Teddy nak jadi wira penyelamat?

Teddy masih membisu. Rasa benci dan takut bercelaru dan mula memuncak. Pandangan mata terus beralih pada Claire.  Tidak sanggup lelaki berwajah pucat itu merenung wajah Dallas. Teddy tidak memiliki keberanian.

"B-b-bangun Claire."

Ujar Teddy sekali lagi. Namun, kali ini nadanya kedengaran begitu gugup. Sungguh lelaki itu cuba untuk memberanikan dirinya.  Lelaki berwajah cengkung sungguh berharap agar rasa takut tidak menguasainya.

Claire kekal lagi bersimpuh di atas lantai. Air mata tidak henti-henti mengalir.  Masih terkejut dan terpinga-pinga atas apa yang telah menimpa dirinya.

Dallas sempat melirikkan pandangan matanya pada Claiere Venema.

"Kau percayakan budak lembik tu ,Claire?"

Dallas bertanya seraya tertawa.

Teddy kekal  berdiri di situ memerhatikan mereka berdua. Irama degupan jantung lelaki berambut hitam semakin laju. Keringat dingin mula menitis dari dahi.

"Kau nak apa budak jerangkung? Nak bebaskan hamba seks ni daripada aku?"

Si lelaki durjana bertanya selamba dengan menggunakan bahasa kesat dan penuh penghinaan. Mula terasa jelik dengan kehadiran Teddy.

Bisa terasa jantung Teddy mendengar ungkapan lelaki itu.  Sungguh api kemarahan mula menyala namun malangnya ia menjadi samar-samar kerana rasa gementar yang memenuhi ruang jiwanya. Oh,tolonglah. Kenapa rasa takut ini begitu menganggu dirinya.

"B-bangun..Cl-Claire..."

Ujar Teddy sekali lagi. Tangannya mula menggeletar. Buku lima dikepal. Entah kenapa kakinya membatu. Terasa begitu berat untuk melangkah. Apakah benar dirinya begitu takut untuk menghampiri Dallas Lawrence?

Pandangan mata Claire berkaca-kaca. Claire perlu bertindak dan gagahkan diri untuk berdiri. Teddy adalah harapannya. Tak kiralah betapa lemahnya Teddy. Claire lebih percayakan lelaki itu.

"Apa ni, Claire? Ini ke orang yang nak selamatkan kau. Lawak betul lah. "

Dallas tertawa terkekeh-kekeh. Apakah Teddy sedang melakonkan rancangan komedi?

Gadis  berambut emas itu tidak peduli. Dia perlu dapatkan Teddy secepat mungkin. Kelam-kabut Claire Venema berdiri.  Belum sempat si gadis melangkah Terus Dallas merentap lengan gadis itu!

Teddy tersentak. Jantungnya semakin kencang berdegup. Kedua kakinya terasa goyah. Claire berada di dalam tangan Dallas Lawrence. Apa yang patut Teddy lakukan?

TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now