12 - JAMINAN HARI ESOK

2.9K 378 10
                                    

"Whoaaaaa.....Apahal ni Robin berbalut bagai kepala kau?"

Dallas membulatkan matanya melihat Robin datang menghampiri ke meja makan. Suasana restoren makanan segera agak riuh-rendah.

Tanpa sepatah kata, Robin terus menarik kerusi dan duduk menghadap Dallas.

"Apa yang berlaku? Siapa belasah kau? Maaflah semalam aku tidur nyenyak sangat. Tak sedar pun kau telefon."

Dallas tertawa. Air minuman gas disedut. Agaknya apa kesan yang diterima Robin seusai kisah palsu yang direkanya? Adakah impaknya begitu besar?

"Berani kau gelak?"

Robin merenung tajam Dallas yang sedang tertawa.

"Cuba bawa bertenang. Janganlah marah-marah."

Dallas tersenyum. Segelas minuman disuakan kepada Robin.

"Minumlah, aku dah pesan untuk kau. Jangan risau. Macam biasa. Aku belanja."

Dallas mempelawa.

Robin tidak bersahut. Pandangan matanya melirik merenung orang ramai. Fikirannya pula merawang memikirkan hal lain.

Dallas berkerut melihat gerak-geri Robin. Jelas dan nyata sesuatu sedang menganggunya. Lelaki itu kelihatan begitu marah. Namun, dalam diam Dallas sempat mengukirkan senyuman sinis. Permainan baru bermula.

"Apa yang berlaku?"

Dallas menjongketkan keningnya. Sungguh dirinya teruja ingin mengetahui kisah selanjutnya.

Robin menarik nafas dan menghembuskan keluhan. Cuba menenangkan dirinya.

"Aku kena halau."

Akhirnya lelaki berambut hitam itu mula berbicara.

"Apa? Kau kena halau?"

Dallas membuntangkan biji matanya. Wah, sampai kena halau? Hebat.

"Ayah Jenny halau aku keluar dari rumah."

"Kenapa?"

"Kau tau, Claire? Si perempuan sial tu."

Robin menggigit bibir menahan amarah. Sakit hatinya saat menyebut nama gadis berambut emas itu.

"Claire? Apa dia buat?"

Dallas berpura-pura bertanya. Hakikatnya lelaki itu tahu apa yang Claire telah lakukan. Semuanya kerana ia adalah rekaan semata-mata. Direka dengan baik oleh Dallas Lawrence sendiri.

"Entah apa dia cerita pada Jenny. Katanya aku buat benda tak elok padanya. Sial. Si Jenny ni pulak satu perempuan bangang. Percaya cakap betina tu."

Robin meluahkan dengan penuh rasa marah dan kecewa.

"Apa? Claire masih nak bagitau pada Jenny?"

Dallas berkerut seribu.

Robin turut berkerut seribu saat mendengar maklum balas daripada sahabat pengawasnya itu.

"Apa maksud kau 'masih'?"

Robin merenung dalam pandangan mata Dallas. Dadanya mula berdegup kencang. Seolah-olah dapat rasakan bahawa sesuatu yang tidak enak bakal didengar.

"Hmm..tak sangka betul. Aku ingat dia tak maksudkan."

Dallas melurut dagunya.

"Apa ni? Cakap jelah terus-terang!"

Robin mula hilang sabar. Suaranya ditinggikan.

Pelanggan yang duduk berdekatan dengan meja mereka mula terpandang-pandang.

TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now