05 - LAUK AMPHIBIA

3.4K 433 17
                                    

Waktu rehat.
Dewan Makan Sekolah Tinggi Magna.

Saat Teddy membuka bekalan makanan yang dibawa, kelihatan seekor katak bewarna hijau meloncat keluar dari kotak berisi makanan tersebut. Pandangan mata Teddy terkaku merenung si katak.

Apahal binatang ini berada di dalam bekalan makanannya? Si celaka mana yang meletakkannya?
Mujur hidupan itu tidak mati lemas dan masih mampu bernafas. Kalau dah jadi bangkai macam mana?

Busuklah nanti.

Pandangan mata Teddy terus mengamati si katak. Kembang tekak dibuatnya.

Si katak terus mengembungkan bawah dagunya.

Urgh! Teddy tersentak! Si katak ini. Apa yang dia nak? Berambuslah pergi!

"MAKAN!"

Kepala Teddy tiba-tiba terhempas di atas meja. Habis terlambung bekal makanan. Si katak hijau terus melompat lari.

"Macam mana, Teddy? Sedap tak lauk amphibia tu?"

Seorang lelaki duduk di atas meja sambil tangannya masih menekan kepala Teddy dengan kuat. Pada bibirnya terukir satu senyuman sinis.

Suasana dewan makan mula kecoh.

Ramai pelajar mula berbisik. Tak berani nak masuk campur. Gila nak masuk campur? Itu Robin. Pelajar samseng yang digeruni.

"Kau tau kenapa aku buat macam ni?"

Rambut Teddy ditarik. Pelajar baru itu hanya sekadar membisukan diri. Jantungnya berdegup kencang. Takut. Inilah situasi yang paling Teddy gerun. Dibuli. Dirinya berasa sungguh gentar. Teddy tidak memiliki walau sekelumit pun kekuatan untuk bertindak. Betapa malangnya.

"Aku buat macam ni sebab kau menyombong bila terserempak dengan aku. Kau patut tegur aku. Bagi salam. Faham?"

Rambut Teddy terus ditarik sehingga kepalanya terdongak.

"Semua orang hormat aku. Kecuali kau. Sekarang aku nak bagi kau satu pengajaran."

Ujar Robin penuh angkuh. Setelah itu lelaki itu terus meludah pada wajah Teddy.

Teddy tersentak apabila diludah. Dadanya berombak deras. Perasaan marah dan takut bercelaru.

Robin tertawa.

"Satu kali ludah. Itu pulak untuk 'R'."

Sekali lagi Robin meludah pada wajah Teddy.

Jantung Teddy semakin berdegup kencang. Dadanya berombak deras.

"Itu untuk 'O'."

Kepala Teddy dihentak pula pada meja! Pelajar lain mula bersorak. Tak tau lah bersorak untuk siapa.

"'B'"

Rambut ditarik kasar dan wajah Teddy dihentak lagi sekali pada meja.

" 'I' "

Kali ini Robin turun dari meja. Tali leher Teddy ditarik.

"Ini untuk 'N' . Macam tu nama aku dieja. Aku harap selepas ni kau akan ingat nama aku."

Satu tumbukkan hinggap pada wajah Teddy. Lelaki itu tersungkur pada meja kayu sehingga terbalik!

Suasana mula hingar-bingar! Ramai berbisik dan sorakkan menjadi semakin kuat.

Robin mencekak kolar baju Teddy. Memaksa lelaki itu untuk berdiri.

Teddy tercungap-cungap bernafas kencang. Kenapa semua ini berlaku ke atas dirinya? Sampai bila?

"Sekarang bagitau aku. Apa nama aku tadi?"

Robin merenung tajam pandangan wajah Teddy. Senyuman angkuh terukir megah pada bibirnya.

TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now