06 - SAPU TANGAN

3.1K 402 4
                                    

Teddy meneguk air liur. Entah kenapa pandangan matanya berani diangkat. Wajah syaitan Robin direnung. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang. Berdebar-debar yang luar biasa. Inilah perasaan yang paling Teddy takut untuk rasa.

Debaran ini adalah mimpi ngeri.

Teddy meneguk air liur.

"Lepaskan dia."

Suara seorang lelaki mencelah sekaligus memecahkan suasana tegang.

"Dallas?"

Claire berkerut. Apa dia buat dekat sini? Oh, dia pengawas.  Baru sekarang nak muncul?

"Berani kau timbulkan kekecohan di sini."

Si pengawas merenung pandangan mata Robin.

Robin turut membalas renungan mata si ketua pengawas.
Perlahan-lahan tangannya diturunkan daripada pegelangan tangan Claire. Faham maksud renungan sahabatnya itu.

Dallas sempat mengerling pandangan matanya pada Teddy. Apa dia buat di sini bersama Claire? Pasti ada sesuatu yang berlaku antara mereka. Teddy hanya sekadar kekal membisukan dirinya. Mujur Dallas muncul. Teddy langusung tidak memiliki sekelumitpun kekuatan untuk bersuara.

Dallas Lawrence kemudian melirikan pandangan mata pada Claire.

"Kau okey?"

Si pengawas bertanya, kononnya prihatin.

Tiada jawapan daripada Claire. Si gadis hanya memutarkan bola matanya. Meluat dengan sikat hipokrit Dallas.

"Robin."

Dallas berkalih pada Robin.

"Ikut aku ke bilik disiplin."

Dallas memberi arahan dan terus mengatur langkah.

"Baiklah, tuan."

Robin tertawa kecil. Selangkah dua berjalan, lelaki samseng itu berhenti melangkah saat berdepan dengan Teddy.

Teddy terus menundukkan pandangan matanya.

"Nama aku Robin. Ingat tu."

Pak!

Selamba sahaja Robin menampar  kepala Teddy dengan kuat dan kembali mengatur langkah mengekori Dallas ke bilik disiplin. Hilai-tawanya kedengaran bergema di ruang udara.

"Hmph! Lelaki gila."

Claire merengus.

Suasana kian reda. Pelajar lain mula berpusu-pusu meninggalkan ruang dewan makan.

Maka tinggallah Teddy dan Claire berdua.

"Urghh..menyampah aku."

Claire memutarkan bola matanya. Menyampah dan meluat. Menyampah pada Robin kerana sikap samsengnya. Meluat pada Dallas kerana acah-acah wira. Padahal dia sendiri pernah membuli dan seumpama. Dasar hipokrit!

Teddy hanya sekadar membisukan dirinya. Degupan jantungnya yang menggila sebentar tadi kini beransur tenang. Pukulan ombak cemas yang datang menyerang kian reda.

Pandangan mata Claire beralih pada Teddy. Merenung wajah lelaki kurus itu. Oh,wow..dia kelihatan begitu teruk. Tak cukup dengan pucat dan cengkung, ini ditambah pula dengan lebam. Kuat betul Robin hentam dia.

"Kau tak apa-apa?"

Claire bertanya.

Teddy tidak memberikan sebarang jawapan. Sudah gaharu, cendana pula. Sudah tahu, bertanya pula. Dah haru, birulah mukanya. Sisa air ludah Robin yang terkesan pada wajahnya dilap dengan lengan baju.

"Teddy."

Claire meghulurkan sapu tangan bercorak kartun beruang pada Teddy.

Untuk seketika, pandangan mata Teddy terpaku merenung sapu tangan itu. Bercorak kartun beruang. Tapi untuk apa? Itu persoalan yang terpamer pada wajahnya yang cengkung.

"Bibir kau berdarah."

Si gadis berambut emas masih menghulurkan sapu tangan tersebut.

Oh.. Itu rupanya.
Lama Teddy merenung sapu tangan itu. Tanpa sepatahpun kata, Teddy akhirnya pun mengambil helaian kain itu dan terus berlalu pergi.

Biji mata Claire membulat. Oh, wow. Sangkanya Teddy tidak akan mengambilnya. Lembut jugak hati lelaki ni. Ingatkan kering je.

"Oh, lepas ni..aku akan ajar Teddy ucapkan terima kasih."

Claire tersenyum gembira.  Satu langkah maju ke hadapan!
Hasratnya bakal dipenuhi.

  Satu langkah maju ke hadapan!Hasratnya bakal dipenuhi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now