Malam yang sepi menjadi tegang apabila kenderaan Polis Rosamund tiba. Mereka kini semuanya berada di luar kawasan bangunan lama kompleks sukan.
Kedua tangan Robin digari.
"Kau ditahan atas tuduhan mencabuli wanita dan kau bertindak hampir bunuh seseorang."
Adam, selaku ketua Unit Rosamund di situ bersuara. Seraya itu pandangan mata Adam melirik pula pada Dallas yang kelihatan sungguh teruk akibat dibelasah Robin.
"Kau pun sama, ikut aku. Aku perlukan maklumat."
Adam memberi arahan.
Dallas hanya sekadar mengangguk. Oh, siapa tau? Betapa berbahagianya Dallas. Dirinya bersorak dari dalam. Seusai sahaja Robin membuat panggilan untuk bertemu dengan Dallas terus sahaja si pengkhianat itu membuat laporan palsu pada pihak Rosamund.
Katanya kononnya Robin ingin membelasahnya sehingga nyawa-nyawa ikan kerana telah mendedahkan rahsia tingkah-laku buruk Robin kepada penjaganya sehingga di halau keluar dari rumah.
✉
✉
Robin
Aku akan belasah
kau sampai nazak.
Kau tunggu.✉
Pandan muka kau Robin. Siapa suruh hantar mesej macam tu. Bijak sangat. Hah, hakikatnya bangang jugak si Robin ni. Ini Dallas lah. Akal panjang. Jangan cari masalah kalau tak nak kena heret dalam masalah lain.
Saat Adam ingin mengiringi Robin memasuki kenderaan tiba-tiba berhenti sebuah kenderaan di tepi jalan. Sepasang suami isteri melangkah keluar menghampiri mereka.
"Robin!"
Suara seorang wanita kedengaran berteriak saat menghampiri Robin.
"Mama?"
Apa ibu saudaranya buat di sini? Macam mana mereka tau?
Pak!
Wajah Robin ditampar kuat! Terasa panas dan berbirat pipinya dengan kesan telapak tangan.
"Ini ke yang kamu balas! Sampai hati kamu buat macam ni!"
Gabriella menjerit sekuat hati. Air mata seorang ibu menitis. Jelas wajahnya mempamerkan raut kekecewaan. Dadanya kelihatan turun dan naik menahan sebak dan amarah.
Robin tergamam. Lelaki itu meneguk air liur. Pandangan mata ibu saudaranya direnung. Cuba ingin menjelaskan segalanya. Namun, bagaikan cuba mencapai bulan di langit, ia mustahil.
"Ini ke yang mama dapat! Ini ke yang mama dapat? Jawab! Ini ke yang mama dapat?!"
Gabriella memukul-mukul dada Robin saat mengutarakan soalan yang sama berkali-kali. Air mata terus mengalir. Esak tangisan mula kedengaran.
"Kenapa kamu buat macam ni...Kenapa Robin?"
Gabriella Loukas akhirnya melekapkan wajah di dada anak saudaranya. Sungguh dirinya hampa dengan anak yang sudi dirinya besarkan setelah disingkirkan oleh ibubapa kandung. Esakkan hibanya terus kedengaran.
Robin terkedu. Tergamam. Tidak mampu keluarkan sebarang kata. Perasaan apa ini? Robin tak tau.Tidak pernah dirinya menjiwai perasaan yang teruk sebegini. Pandangan wajahnya tertunduk. Sungguh hatinya terasa sakit yang amat.
"Inilah akibatnya kalau tak nak dengar cakap aku. Aku dah kata dari dulu lagi. Budak ni akan menyusahkan kita. Kau tak nak percaya."
Gandor Loukas menyampuk dari tepi. Jarinya tidak henti-henti menunding pada Robin. Wajahnya jelas mempamerkan ekspresi benci dan meluat.
Dallas dalam diam tersenyum sinis. Dramanya berjalan dengan begitu lancar. Salah siapa? Siapa suruh bertindak begitu berani memberi amaran untuk belasahnya? Padan muka.
YOU ARE READING
TEDDY (Sample)
Mystery / Thriller(Editing in Progress) Claire Verena, si gadis sunyi yang mengimpikan keajaiban berlaku dalam hidupnya. Bagaikan hajat dikabul bintang harapan, dirinya bertemu dengan seorang pelajar baru di sekolahnya. Teddy. Pelajar yang serba-serbi kekurangan. S...