15 - RANCANGAN CLAIRE

2.7K 374 5
                                    

"Hello?  Claire?"

Panggilan di sebelah sana berjawab. 

Claire menggigit bibir menahan sebak. Mulutnya ditekup. Entah kenapa gadis itu berasa sebak saat mendengar suara sahabatnya di dalam talian. Ya, Claire amat memerlukan seseorang.

"Jenny?"

Suara Claire sedikit tenggelam."

"Kau tak pergi sekolah ke Claire?! Kau ok?"

Suara Jenny di sebelah sana meninggi. Risau. Claire  boleh membuat panggilan telefon ketika ini? Adakah itu bermaksud sahabatnya tidak pergi ke sekolah?

"Urm..aku saje ponteng. Malas."

Claire tertawa kecil. Ketawa yang direka-reka.

Untuk makluman Jenny berhenti bersekolah ketika di usia 12 tahun. Ketika itu dirinya baru sahaja fasih membaca. Jenny seorang gadis yang dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami sedikit masalah terencat akal. Dirinya tidak mampu untuk menuntut ilmu seperti remaja lain. Oleh itu, Jenny mengambil keputusan untuk bekerja di Motel Kucing Loukas milik keluarganya sendiri bagi menyara hidup.

"Betul ke kau ok?"

Jenny musykil.

"Aku ok."

Claire tersenyum mendengar suara sahabatnya melalui speaker  telefon.

"Kenapa kau tak sekolah Claire? Betul ke kau malas? Dan kau menangis ke? Suara kau lainlah."

Bertalu-talu Jenny menyerang dengan soalan. Claire tersenyum seperi kerang busuk.

"Taklah..mana ada."

Claire menafikan. Entah-kenapa hatinya terasa berat untuk beritahu pada Jenny. Serba-salah. Air liur diteguk. Mungkin Claire patut batalkan niatnya dan mencari solusi lain bagi selesaikan masalah ini.

"Robin ada buat apa-apa ke pada kau?"

Jenny bertanya tanpa selindung.

Biji mata Claire terbuntang luas. Bagaimana Jenny tahu? Sekejap...mungkin inilah maksudnya nama buruk Robin? Nama Robin telah tercemar.

"Apa maksud kau Jenny? Aku tak faham."

Claire terus bertanya. Tiada lagi perlu diselindungkan.

"Kau takut dengan Robin ke Claire? Aku minta maaf Claire sebab buat kau terlibat dalam masalah keluarga aku."

Suara Jennye kedengaran sedih.

"Jenny.. aku tak faham apa  yang berlaku."

"Claire? Kau cuba nak sorokkan  sesuatu ke?"

Claire terkebil-kebil. Ada sesuatu tidak kena di sini. Mungkin ini peluang yang terbaik untuk Claire luahkan segalanya.

"Jenny dengar sini. Aku tak tau apa yang berlaku. Robin..Robin dia-"

"Robin sentuh kau lagi ke?"

Suara Jenny kedengaran risau yang amat. Sungguh dirinya berduka atas perbuatan sepupunya.

"Apa?"

Claire tersentak.

"Robin sent-"

"Robin sentuh aku?! Mana ada!"

Claire terus menafikan! Inilah jawapannya. Tidak akan sesekali dirinya mengeruhkan keadaan.

"Bukan ke Robin buat benda tak elok pada kau?"

Jenny terus bertanya inginkan kepastian. Anak gadis Loukas mula diasak kekeliruan.

"Tak! Tak! Tak! Dari mana kau dengar ni?"

TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now