Ruang kamar yang gelap mula terang di sinari cahaya pagi yang hadir melalui selinapan celah langsir di jendela.
Claire menggeliat saat terjaga dari alam mimpi. Pandangan matanya terpisat-pisat. Woi..mimpi pelik betul. Ada ke mimpi naik karpet terbang keluar berjalan-jalan dengan Teddy.
Haha.. Dahinya ditepuk. Rona pada pipinya mula kemerahan. Memalukan betul. Ini fikir pasal nombor telefon Teddy lah ni.
Hmmm..sekarang pukul berapa ye? Cakap pasal Teddy, agaknya Teddy balas tak mesej dia?
Tangan Claire meraba tilam mencari telefon pintar. Oh, ada di bawah badannya. Tertindih pula. Maklumlah tertidur dengan telefon di tangan. Nampak tak betapa Claire taksub untuk merobek rahsia Teddy.
Jari menekan punat di sisi skrin telefon pintar. Skrin terus bercahaya.
Oh, dah pukul 7:30. Awal lagi. Pukul 10 nanti nak pergi ke motel kucing. Menjalankan tugas.
Saat matanya membelek skrin telefon, tiba-tiba matanya terbuntang luas!
Notifikasi mesej masuk daripada Teddy 🐻💕
Oh! Teddy dah balas! Dengan pantas Claire membuka ruangan peti mesej.
✉
00:05
Hello?
Teddy?
Kau ke tu?Teddy 🐻💕
05:20
YeClaire berkerut. Apakah? Itu je yang dia balas? Oh, mungkin dia tak tau siapa yang sedang bermesej dengannya? Tapi tak akanlah tak tau? Bukankah dia yang bagi nombor dia. Tak akan tak dapat agak. Jari-jemari Claire pantas menaip papan kekunci untuk membalas mesej Teddy.
✉
Ini aku, Claire.
Hihihi.
Selamat pagi Teddy.
🌞🐻Claire pantas menekan butang hantar. Pandangan mata asyik merenung skrin. Menantikan maklum balas daripada Teddy.
Err....
Sepuluh minit sudah berlalu. Tiada jawapan daripada Teddy. Urgh..lambatnya balas. Mungkin Claire patut mandi dulu?
Si gadis bingkas bangun dari katil. Telefon pintar di caj. Bateri telefon hampir habis. Maka, Claire pun bergegas ke almari. Pakaian tidur dibuka. Tubuhnya dibalut dengan tuala.
Bloop!Bloop! Buk!! 📩
Bunyi notifikasi mesej masuk!
Dengan pantas Claire menerpa ke arah telefon bimbit! Punggung terus dihempuk di atas katil. Ya, Claire kau taksub dengan Teddy.
Notifikasi mesej masuk daripada Jenny 😘
"Alaah..apa ni. Jenny? Ingatkan Teddy."
Claire mencebik. Hampa betul.Dahlah tu ejaan dekat-dekat. Terasa kejam pulak. Haha! Maaf Jenny. Pantas Claire membuka peti masuk mesej.
Jenny 😘
Hai, Claire.
Hari ni tak payah datang motel.
Maaf.
Ada kecemasan. 😢Dahi Claire berkerut. Kecemasan? Ada sesuatu terjadi ke?
✉
Oh. Ok.
Tapi macam mana
dengan gebu dan
si montok?Jenny 😘
Aku akan uruskan.
Tak payah risau.😁✉
Ok. Tapi kau ok?
Ada sesuatu berlaku ke?Jenny 😘
Adalah sikit masalah
keluarga. 😅✉
Oh..
Moga dipermudahkan
urusan.
Kalau ada apa-apa hal
mesejlah aku.💕😚💕😘Jenny 😘
Terima kasih Claire. 😙
Sayang kau! 💕Claire menggigit jari telunjuk merenung bait mesej daripada sahabatnya Jenny. Apa masalah yang menimpa agaknya? Robin ada buat hal ke? Selalu Jenny mengadu tentang perangai Robin yang gemar mencuri. Suka belasah anak orang dan merempit. Mungkin kali ini, masalah lain. Jenny langsung tak beritahu apa masalahnya. Kali ini ia merupakan masalah peribadi. Harap-harap bukan sesuatu yang serius.
Claire menghembuskan keluhan. Harap-harap semuanya akan baik-baik sahaja.
Baiklah...sambung mandi. Tak senonoh betul tangguh mandi untuk layan mesej semata. Sambil berkemban dengan tuala lak tu.
Bloop!Bloop!Buk! 📩
Bunyi notifikasi mesej sekali lagi membantutkan niat Claire untuk mandi.
Notifikasi mesej masuk daripada Teddy 🐻💓
"Oh! Teddy."
Pantas Claire membuka peti masuk mesej Teddy 🐻💓
Tangguh lagi mandinya.Teddy 🐻💓
Jangan ganggu aku lagi.Apakah? Claire terdiam. Dia bagi nombor. Dia kata jangan ganggu?
✉
Eh? Kenapa? 💔
Aku cuma nak berkawan.Teddy 🐻💓
Kawan?✉
Ye. 😓Teddy 🐻💓
Aku tak minat
nak berkawan
dengan orang yang
nak korek
rahsia semata.Si gadis bermata biru tersentap. Aduh...kata-kata yang berbisa menusuk kalbu. Nampak ketara sangat ke yang Claire nak korek rahsia dia? Siang-siang lagi dah kantoi. Apa ni? Tak apa Claire. Jangan mengalah.
✉
😓 Mana ada macam tu.
Kenapa fikir macam tu? 😅Teddy 🐻💓
Jangan salah faham.
Aku bagi nombor sebab
aku tak nak lagi berdepan dengan kau.
Aku cuma nak bagitau kau
supaya jangan berani datang dekat
atau bercakap dengan aku lagi.
Kau merimaskan.Hah..amik kau. Panjang menjela Teddy balas. Balas pendek-pendek, sekali panjang, sungguh kesat dan kasar bahasanya.
Claire terdiam. Jangan berdepan dengan Teddy lagi? Jangan datang dekat?
Jangan bercakap dengan Teddy?Claire merimaskan?
Adakah ini pengakhirannya? Tak nak lah macam ni!
Tidak! Tidak! Tidak!Jari-jemari gadis berambut emas terkaku. Pandangan mata biru terpaku pada skrin telefon.
Apa nak balas ni? Tolong!
YOU ARE READING
TEDDY (Sample)
Mystery / Thriller(Editing in Progress) Claire Verena, si gadis sunyi yang mengimpikan keajaiban berlaku dalam hidupnya. Bagaikan hajat dikabul bintang harapan, dirinya bertemu dengan seorang pelajar baru di sekolahnya. Teddy. Pelajar yang serba-serbi kekurangan. S...