21 - UGUTAN SI GILA

2.8K 352 36
                                    

Claire berselubung di dalam selimut. Sepi sahaja ruang kamar. Bunyi kipas langsung tidak kedengaran. Gara-gara drama cinta klise berbumbungkan langit gerimis, Claire Venema akhirnya jatuh sakit.

Air hingus tidak henti-henti mengalir. Macam paip bocor. Hidung sudahpun merah melecet dek kerap kali dikesat dengan tuala sapu tangan. Sekali-sekala kedengaran Claire terbatuk-batuk.

Sudah tiga hari Claire tidak pergi ke sekolah. Pandangan matanya asyik tertacap pada skrin telefon pintar. Dadanya masih berdebar. Berdebar terkenang peristiwa tiga hari yang lalu. Tidak cukup rahsia misteri Teddy nak dicungkil, sekarang ditambah pula dengan rahsia soal hati dan perasaan si Tedros Theodore.

"Aku cintakan kau."

Suara tenang Teddy masih tergiang-giang kedengaran di dalam jiwanya.

Apakah benar Teddy cintakan dirinya? Adakah bait kata itu cuma sekadar zahir di hujung lidah dan datangnya bukan dari hati?

Claire terlalu terdesak inginkan jawapan! Teddy sengaja menyakitkan  hatinya! Bodoh betul! Pandangan mata biru Claire kekal merenung ruangan peti mesej Teddy.
Pesanan mesej yang dihantar kepada Teddy di baca.

Teddy 🐻💕
Teddy, aku nak
penjelasan. Kenapa
kau buat semua tu.
Siapa kau sebenarnya?

Sekarang ni tak ada masa lagi nak main-main tarik tali. Pesanan mesej pun dihantar secara terus-terang. Tak ada lapik-lapik.  Tak ada kias-kias.

Bodoh Teddy! Kenapa tak balas!

Dah dua hari kot! Tak akan nak hantar mesej lagi. Nampak sangat Claire yang terdesak. Ego masih ada.

Urgh.. pedulilah! Bodoh! Entah-entah sengaja Teddy cakap macam tu supaya Claire rasa dihargai dan tidak akan bertidak bunuh diri sesuka hati.

Telinga Claire terasa hangat.

Bodoh. Pedulikan tentang rasa cinta bodoh Teddy tu! Tak kiralah betul ke tidak, walaubagaimanapun Claire tidak akan sesekali menerima cinta daripada lelaki pelik yang kurus, pucat dan berwajah cengkung! Entah makhluk alien daripada planet pluto agaknya si Teddy ni.

Ya, Claire tak peduli sekiranya Teddy tak maksudkan rasa cintanya itu. Itu lebih  baik. Duh, tolonglah. Siapa nak bercinta dengan si jerangkung lembik dan bacul. Wajah Claire memerah bagaikan tomato ceri.

Tapi Claire tetap hargai niatnya untuk membuatkan dirinya rasa dihargai dan tidak akan sesekali cuba untuk membunuh diri sekali lagi.

Ya, Claire dah belajar sesuatu dari Teddy. Hargai nyawa.

Tapi...

Telinga Claire kembali terasa hangat. Meremang terasa seluruh tubuhnya. Jantungnya mula menggila menendang dadanya.

Bodohnya Teddy! Kau boleh bohong kata kau cintakan aku... tapi..

Kalau ya pun nak tipu tak perlulah cium aku! Ihhhh!!!! Geramnya!

Claire menggigit bibir. Tidak mampu gadis itu lupakan bagaimana perasaan hembusan nafas hangat lelaki itu berada di dalam ruang mulutnya.

Urgh! Bodoh!  Bodoh! Bodoh!

Jantung Claire masih lagi berdegup-degup.

Urgh...tapi Claire tidak boleh terus jauhkan diri daripada Teddy. Rasa ingin tau gadis itu semakin bertambah-tambah. Bagaimana Teddy boleh tau suara hatinya?
Siapa Teddy sebenarnya?

Bloop!Bloop!Buk!! 💌

Lamunan Claire berkecai! Bunyi notifikasi mesej masuk!
Siapa?! Siapa?! Siapa!?

TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now