10 - NOTIFIKASI MESEJ

3K 376 28
                                    

Jenny menangis teresak-esak di dalam bilik. Duduk tersandar di atas katil. Sedih setelah melihat pergaduhan yang berlaku dalam keluarganya. Terluka hatinya melihat kepala Robin dihentak sehingga berdarah dengan topi keledar. Pedih hatinya melihat Robin tergamak menjerit pada wajah bapanya.Apa yang lebih memedihkan adalah Robin telah meninggalkan rumahnya.

Sejujurnya, Jenny amat sayangkan Robin. Mereka dibesarkan bersama. Seringkali Robin dimarah oleh ayahnya walaupun kesalahan itu adalah berpunca daripada Jenny sendiri.

Namun, Robin tidak pernah menyimpan dendam pada Jenny.

Telefon pintar dibuka. Nombor Robin kerap-kali didail. Namun panggilan langsung tidak dijawab. Air mata diseka. Adakah mereka tidak akan bertemu lagi?

BIP! BIP!  📣📣

Jenny tersentak. Bunyi notifikasi mesej masuk.

Mesej daripada ROBIN GILA  📩📩📩

Ruangan mesej pantas dibuka.

ROBIN GILA
Apa yang kau nak?


Robin, kau kat mana? balik lah.😢

ROBIN GILA
Untuk apa? Kau nak tengok bapak kau mati?


Jangan cakap macam tu.

ROBIN GILA
Habis tu kau nak aku buat apa?
Cium kaki bapak kau?
Sujud mintak ampun?


Aku tau abah memang melampau.
Tapi sampai bila?
Tak akanlah kita tak akan jumpa lagi? 💔

ROBIN GILA
Nak jumpa? Boleh.
Lepas aku bunuh bapak kau.
Kau dan mama boleh jumpa aku dekat
tali gantung. 👍👍👍

Jenny terus melemparkan telefon pintar di atas tilam. Sedih hatinya membaca cara Robin membalas mesejnya. Robin masih marah. Mungkin ini bukanlah masa yang terbaik untuk memujuk sepupunya itu.

Jenny menyeka air mata. Air hingus dilap dengan sapu tangan. Nafas ditarik. Cuba meredakan rasa hibanya.

Untuk seketika pandangan mata Jenny merenung beg plastik kecil yang terletak di atas meja kecil di tepi katil. Beg plastik kecil itu dicapai. Objek tersebut telah Jenny kutip di atas lantai ruang tamu seusai Robin melangkah keluar. Terjatuh daripada tangan Robin ketika kepalanya dihentak dengan topi keledar.

Ini barang Robin? Apa yang ada di dalamnya? Agaknya Robin marah tak kalau dia tengok? Jenny mengintai di dalam plastik itu. Sebuah kotak baldu kecil? Maaf Robin kerana curi-curi tengok barang kau.

Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak Jenny mengambil keputusan untuk melihat apa yang berada di dalamnya tanpa fikir dua kali. Kotak baldu bewarna merah itu dibuka.

Jenny membuntangkan biji matanya. Seutas gelang jam tangan emas kelihatan. Pandangan mata Jenny terpaku.  Ia kelihatan sungguh cantik. Satu kad ucapan terselit di dalam kotak itu. Segala bait tulisan di baca. Air mata yang kering kini kembali mencurah jatuh.

Esakkan Jenny kembali kedengaran.

"Selamat hari lahir budak gedik.
Moga kau akan jadi lebih dewasa dan berhenti merengek macam monyet. Aku dah meluat. ಠ_ಠ"
Robin.

 ಠ_ಠ"Robin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now