"Tolong hargai nyawa kau. Tak semua orang mampu hidup lama."
Teddy bersuara mendatar. Pandangan mata hijau lelaki itu merenung pandangan wajah gadis yang berdiri di hadapannya. Gadis yang cuba ingin menamatkan riwayatnya.
Pandangan mata biru Claire pula masih terkaku merenung wajah lelaki yang pucat itu. Tangannya entah kenapa menjadi terketar-ketar.
Terdiam seribu bahasa.
Jantung Claire Venema berdegup dengan begitu kencang. Terlalu banyak perkara yang menjadi faktor jantungnya menggila. Pertama, Teddy telah meluahkan rasa cintanya. Kedua, yang paling gila si lelaki bacul itu dengan selamba dan begitu berani telah mencium bibirnya. Ketiga, si botol peluntur itu pula tiba-tiba bergolek dengan sendiri dan terus jatuh ke dalam parit saat Claire cuba mencapainya. Dan yang terakhir, bagaimana pelajar baru itu dapat mengetahui bahawa Claire Venema berhasrat ingin mengakhirkan nafasnya.
"Jaga diri."
Ujar Teddy ringkas seraya itu dirinya terus melangkah pergi meninggalkan si gadis berambut kuning keemasan di situ bersendirian.
Langit yang kelam perlahan-lahan bertukar cerah saat awan mendung berlalu pergi. Sisa-sia gerimis masih lagi menitis jatuh di tanah Kota Magna.
Wajah Claire Venema masih lagi mempamerkan raut ekspresi yang penuh dengan sejuta kekeliruan.
Jantungnya masih berdegup-degup dengan rentak irama dangdut yang gila.
Apa yang berlaku? Siapa Teddy yang sebenarnya? Hasrat yang terpadam kini kembali menyala memenuhi ruang hati.
Aku mesti cungkil rahsia Teddy. Aku perlu tau.
Jari-jemari perlahan-lahan menyentuh bibirnya sendiri. Wajahnya bertukar merah.
"Bodoh, Teddy. Kau curi ciuman pertama aku."
♦
Dallas merenung wajahnya pada cermin. Rahangnya diusap perlahan. Celaka betul. Robin telah menghentak wajahnya dengan begitu kuat. Sebatang gigi geraham tercabut. Mujur bukan gigi di bahagian hadapan. Sehari selepas dirinya dibelasah, lelaki itu mula mengalami masalah bengkak yang luar biasa pada bahagian rahang. Setelah seminggu cuti, akhirnya bengkaknya pun susut. Namun, tidak lupa juga dengan kesan lebam yang bersepah-sepah kelihatan pada tubuhnya.
Tapi tak apa. Nyawa-nyawa ikan pun dibelasah masih lagi mampu terbaring di atas tilam yang empuk. Masih lagi mampu melihat dunia. Masih lagi mampu menjalani rutin harian seperti hari yang normal.
Robin pula? Agaknya apalah yang dia tengah buat?
♦
"Robin? Kau melampaulah. Kau tak takut ke pada balasan Takdir?"
Jenny membebel sambil megganti air minuman di setiap sangkar kucing yang menginap di Motel Kucing Loukas.
Robin yang sedang membelek Majalah Mingguan Kucing tertawa sinis. Kata-kata Jenny itu langsung tidak diangkat serius.
"Apa? Kenapa kau gelak?"
Jenny berkalih pada Robin dan bercekak pinggng.
"Balasan apa? Aku tak buat apa-apa pun mak bapak aku campak aku."
Robin terus membelek majalah. Hadirnya Robinson di Motel Kucing itu hanyalah kerana ingin melepak semata. Hari ini Robin ponteng sekolah.
"Apa maksud kau?"
Jenny menggigit bibirnya.Geram apabila Robin langsung tidak mempedulikan kata-katanya.
"Aku dilahirkan tanpa dosa pun aku terpaksa tanggung macam-macam musibah."
YOU ARE READING
TEDDY (Sample)
Mystery / Thriller(Editing in Progress) Claire Verena, si gadis sunyi yang mengimpikan keajaiban berlaku dalam hidupnya. Bagaikan hajat dikabul bintang harapan, dirinya bertemu dengan seorang pelajar baru di sekolahnya. Teddy. Pelajar yang serba-serbi kekurangan. S...