07 - GOSIP HANGAT

3.3K 413 3
                                    

MOTEL KUCING LOUKAS.

Paket makanan kucing digunting. Butiran makanan pelbagai bentuk dicurahkan ke dalam beberapa mangkuk kecil yang bewarna-warni. 

"Makan tengahari! Makan tengahari! Oh!Oh! Mari makan!"

Claire menyanyi-nyanyi sambil membawa mangkuk berisi makanan kucing. Bunyi kucing mengiau kedengaran begitu bising. Satu persatu sangkar kucing dibuka. Setiap sangkar dihidangkan dengan semangkuk makanan kucing berperisa ikan tuna. Air minuman makhkluk berbulu gebu semuanya diganti.

"Oh, makan..makan...mari makan!"

Sekali-sekala Claire menari-nari sambil membuat kerja. Rambut yang diikat ekor kuda bergoyang-goyang.

"Amboi, Claire..riangnya hati."

Suara seorang gadis tiba-tiba mencelah. Siapa lagi kalau bukan Jenny Loukas. Sahabat baik Claire juga anak kepada pemilik motel kucing ini.

"Haha! Oh, hai Jenny! Bila sampai?"

Claire melambaikan tangannya pada gadis bernama Jenny.

"Baru je. Ada pelanggan kata nak singkatkan masa penjagaan kucing. Mungkin esok dia akan ambik."

Jenny memberitahu sambil meletakkan barang-barang yang baru dibeli pada meja kaunter.

"Oh, tuan siapa tu?"

Claire bersuara seraya menarik kerusi. Punggung dilabuhkan.Ah, lega betul dapat duduk.

"Si gebu dan montok. Nanti kau siapkanlah dorang."

Jenny bersuara sambil memyusun barang-barang.

"Baiklah! Arahan diterima!"

Claire memberi tanda tabik hormat.

"Mari makan...makan sedap-sedap..makan sampai kenyang..nanti senang hati.."

Si gadis berambut emas kembali berdiri dan sambung menjalankan tugas sambil menyanyi-nyanyi.

"Claire.."

Jenny tersenyum melihat gelagat sahabatnya.

"Yep?"

"Aku tengok kau ni..gembira semacam je. Ada apa-apa ke?"

Kening dijongketkan. Senyuman nakal terukir di bibirnya.

"Haha..mana ada."

Claire hanya sekadar tersengeh seperti kerang busuk. Merepek je Jenny ni.

"Yelah ni?"

Kening Jenny dijongketkan berkali-kali.

"Yalah. Kenapa?"

Claire berkerut seribu. Pelik. Macam ada yang tak kena.

"Amboi...pandai ye kau simpan rahsia."

Jenny menyilangkan tangan di dada.

"Eh? Rahsia apa? Mana ada simpan apa-apa."

Claire semakin keliru dan terpinga-pinga. Sungguh dirinya tidak faham.

"Kau ingat aku tak tau apa jadi semalam?"

"Hmm??"

Apa maksud Jenny? Semalam? Adakah peristiwa di dewan makan semalam?

"Biar aku teka. Kau ni mesti tengah gila bayang kan? Lelaki mana yang bertuah tu."

Jenny serkap jarang. Pandai bermain kata supaya Claire terlepas cakap.

Lelaki mana yang bertuah? Entah kenapa yang bermain di dalam minda Claire adalah wajah Teddy. Ya, memang Claire gembira kerana Teddy sudi menerima sapu tangannya. Sejak dari tadi memang Claire memikirkan tentang Teddy.

Wajah Claire tiba-tiba bertukar merah.

"Eh, tak! Mana ada! Kau jangan salah faham!"

Claire mula kelam-kabut.

"Hah! Kan betul. Untungnya Dallas Lawrence datang selamatkan kau daripada samseng Robin."

Jenny menghembuskan keluhan bahagia.

"Eh? Apa?"

Claire terkedu. Dallas?! Apa ni? Bukan Dallas lah yang buat diri Claire rasa bahagia. Tapi Teddy!

"Oh, tolonglah Claire. Ramai saksi nampak Dallas selamatkan kau. Untungnya."

"Eh, mana ada. Aku langsung tak fikir pasal dia."

"Mesti ramai cemburu. Kau kena hati-hati. Dallas tu ramai peminat."

Jenny mula menasihati Claire. Peringatan yang tidak harus diabaikan.

"Bukanlah, Jenny! Aku rasa kau salah fahamlah."

Bersugguh-sungguh Claire menafikan. Itu tidak benar!

"Aku dengar budak baru tu punca kau terheret dalam masalah dengan Robin. Lepas tu dia tak nak tolong pun kau. Teruknya perangai dia. Pentingkan diri."

Jenny mempamerkan ekspresi meluat.

"Jenny kau jangan percaya dengan khabar angin tu, boleh tak? Semuanya tak betul."

Claire mula terasa jelik.

"Eh, Claire! Kalau betul lah kau nak tau kau suka ke tidak orang tu. Kau tanya diri kau sendiri. Kau selalu fikirkan pasal dia tak?"

Jenny bersungguh-sungguh bercerita. Jari telunjuk ditekankan pada dada Claire.

Claire terdiam. Ye ke? Claire memang sentiasa fikirkan tentang Teddy sejak dua menjak ini. Tapi itu tak bermakna...Claire cuma ingin mencungkil rahsia Teddy. Itu sahaja.

Tapi masalah sekarang adalah. Jenny sangka Claire menaruh perasaan pada Dallas! Itu sungguh menjijikkan.

"Baiklah, Jenny! Cukup! Aku tak ada langsung minat dekat lelaki hipokrit dan sombong tu! Untuk pengetahuan kau. Aku memang benci dengan Dallas!"

Bersungguh-sungguh Claire suarakan kebenciannya.

Jenny tertawa besar.

"Kenapa kau gelak ni?"

Claire mula terasa jelik.

"Betul cakap Dallas. Kau tak akan mengaku!"

Ketawa Jenny bersambung-sambung."

"Hah? Apa? Dallas?"

Pandangan mata Claire membulat.

"Ah, sudahlah Claire! Aku dah dengar sendiri daripada Dallas. Kau dan dia memang dah ada hubungan. Cuma kau je tak nak mengaku!"

Claire tergamam.

"Apaaaaaa!!!?"

Fitnah apakah ini?! Apa niat Dallas buat semua ni?!

Fitnah apakah ini?! Apa niat Dallas buat semua ni?!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEDDY (Sample) Where stories live. Discover now